HONG KONG SHENZEN DAN GUANGZHOU CHINA

Ini adalah himpunan entry aku berkenaan dengan pengalaman aku bercuti ke Hong Kong, Shenzen dan Guangzhou pada bulan lepas. Oh, sekejap je masa berlalu. Macam pejam celik pejam celik je kan?

So, sedikit sebanyak catatan, nota dan panduan perjalanan aku sepanjang ini mungkin boleh dijadikan panduan bersama di hari mendatang nanti. YES, pengalaman percutian / pengembaraan di negara orang ini banyak mengajar kita untuk mensyukuri nikmat yang ada di tanah air sendiri. Syukur, aku dilahirkan di bumi semenanjung emas dan sebagai seorang muslim.  Continue reading “HONG KONG SHENZEN DAN GUANGZHOU CHINA”

HARI KEEMPAT – GUANGZHOU KE SHENZEN

page1

Hari keempat jugak akhirnya. Sejenuh aku bercerita kat sini, jenuh dan penat lagi aku menempuh pengembaraan 5 hari ini 🙂 Pengsan. Agak penat sebenarnya. Rasa macam dah kat negara sendiri pun ada jugak. Chewah. Lepas nie dah boleh kawen dengan awek cina lah agaknya haha. Matilah.

Seperti datangnya kami dari Shenzen menuju ke Guangzhou, seperti itu jugaklah perjalanan kami dari Guangzhou menuju ke Shenzen. Boleh rujuk kepada entry entry aku yang sebelum ini. Aku sisipkan maklumat perjalanan kami disitu. Jadi, tak perlulah aku mengulang kata bicara yang berkaitan.

Apa yang membezakannya ialah perasaan gemuruh kami agak kurang berbanding sebelum ini. Normallah tu kan? huhu.

Continue reading “HARI KEEMPAT – GUANGZHOU KE SHENZEN”

GUANGZHOU HUAISHENG MOSQUE

Guangzhou Huaisheng Mosque (Memorial Nabi) merupakan salah satu masjid tertua di China. Ia terletak di 6 Zhongshan Road, Guangta Street, Yuexiu District, Guangzhou. Nama lain bagi masjid ini ialah Masjid Besar Guangzhou dan juga Masjid Guangta ( Light Tower Mosques ).

page2 Continue reading “GUANGZHOU HUAISHENG MOSQUE”

NUR BOSTAN MUSLIM RESTAURANT

page1

Dimana ada masjid, distu ada komuniti islam dan of cz disitu jugalah terletaknya restoran makanan halal. same goes to Guangta Street ini. Aku tengok, ada kedai jual daging mentah halal, restoran makanan halal dan kedai jual barangan halal. Sebaik sahaja selesai solat isyak di Masjid yang diasaskan oleh bapa saudara nabi ini, kami singgah makan di Nur Bostan Muslim Restaurant yang terletak betul betul berhadapan dengan masjid ini. Caya lah. Aku memang lama tak makan nasi nie. Rindu yang amat huhu.

Continue reading “NUR BOSTAN MUSLIM RESTAURANT”

THE BAUHINIA HOTEL GUANGZHOU

page1

 

Kami berada di Guangzhou China selama 2 hari 1 malam sahaja. Memang tidak berniat untuk menginap lama pun kat China ini huhu. Fokus perjalanan lebih tertumpu kepada Hong Kong.

Lagi satu, niatnya nak tengok kemasyhuran jualan borong dan harga barangan yang murah kat sini. Tapi apakan daya, kehadiran kami tatkala itu merupakan perayaan besar bagi diorang. Happy Chinese New Year 🙂

Kami menetap di The Bauhinia Hotel Guangzhou. Memang dah book hotel ini awal awal lagi via Agoda. Syukurlah, Hotel ini memang dekat dengan Station Haizhu Square dan Onelink International Wholesale huhu. Tanpa disedari, berhadapan dengan hotel ini jugalah terletaknya Shoes Wholesale. Tapi, yang sedihnya Shoes Wholesale ini tutup sempena perayaan tahun baru cina haha. Pengsan. Continue reading “THE BAUHINIA HOTEL GUANGZHOU”

HELIKOPTER T-SERIES

page3

Salah satu benda yang kitorang beli kat Guangzhou China ini ialah Helikopter kawalan jauh T-Series. Harganya CNY500 sahaja. Besar kemungkinan harganya juah lebih murah daripada ini kot. Apapun, harga CNY500 ( lebih kurang RM250 ) tu dah cukup murah jugak bagi kami. Kalau kat Malaysia, boleh jadi harganya mencecah RM1000. Assume je macam tu hihi. Continue reading “HELIKOPTER T-SERIES”

HARI KETIGA – GUANGZHOU PART 3

page1

Sebenarnya, perjalanan kami di Guangzhou ini tak lah semeriah mana. Ini semua disebabkan oleh kebanyakan warga Guangzhou dan peniaga disini bercuti dan raya sakan. Not sure diorang balik kampung kat mana. Boleh?

Aku tercari cari juga nak beli apa kat sini. Dan aku tertanya tanya juga, kalau kedai kedai ini dibuka sekalipun, aku nak beli apa. Pengsan. I still cant imagine pada masa itu bahawasanya aku berada di Guangzhou China huhu.

Continue reading “HARI KETIGA – GUANGZHOU PART 3”