HARI KEEMPAT – GUANGZHOU KE SHENZEN

page1

Hari keempat jugak akhirnya. Sejenuh aku bercerita kat sini, jenuh dan penat lagi aku menempuh pengembaraan 5 hari ini 🙂 Pengsan. Agak penat sebenarnya. Rasa macam dah kat negara sendiri pun ada jugak. Chewah. Lepas nie dah boleh kawen dengan awek cina lah agaknya haha. Matilah.

Seperti datangnya kami dari Shenzen menuju ke Guangzhou, seperti itu jugaklah perjalanan kami dari Guangzhou menuju ke Shenzen. Boleh rujuk kepada entry entry aku yang sebelum ini. Aku sisipkan maklumat perjalanan kami disitu. Jadi, tak perlulah aku mengulang kata bicara yang berkaitan.

Apa yang membezakannya ialah perasaan gemuruh kami agak kurang berbanding sebelum ini. Normallah tu kan? huhu.

page2

Banyak je train untuk perjalanan dari Guangzhou Dong menuju ke Shenzen. Tak silap aku dalam kekerapan 20 hingga 30 minit kot. Macam kami, beli tiket, terus on the sport dapat naik train. Very the rakyat didahulukan pencapaian diutamakan huhu.

page7

page3

Take note OK, disini masa kelihatan segala-galanya. Memang menepati masa betul sistem keretapi diorang. KTM Komuter dan yang seangkatan dengannya memmang wajar mencontohi diorang. Gitew.

Oh ya, time kami waktu keberangkatan tu kawan aku boleh pulak sakit perut nak buang air. Terpaksalah dia melepas kat toilet di Station Guangzhou Dong tu. Katanya dalam toilet diorang teramat busuk. Kahak dan ludah merata rata. Pengsan banyak kali. Tak sanggup aku nak bayangkan.

Apa yang menariknya, disini diorang bagi air minuman percuma. Tak tahu apa sebabnya. Sempena tahun baru cina kot.

page6

Sepanjang perjalanan, aku memang tak lepaskan peluang melihat gelagat rakyat cina dan juga pemandangan persekitaran di negara China ini. Memang lain daripada apa yang aku lihat di Malaysia. Budaya berbeza beza kot.

page4

Semasa dalam perjalanan menuju ke Shenzen tu, aku tak lepaskan peluang untuk melihat sendiri bagaimana tandas di train ini. Nasib baik bersih huhu. Aku buang air kecil je pun.

page5

Aku tidak pasti budaya diorang ini menggunakan tandas cangkung atau duduk. Rasanya kebanyakan tandas yang aku pergi memang menggunakan tandas duduk. Tapi kat train ini diorang menggunakan tandas cangkung pulak.

Oh ya, Tandas di Masjid Guangta menggunakan tandas cangkung ( seingat aku ). Apapun, aku bersyukur kerana perjalanan kami lancar tanpa ada apa apa insiden buruk. Sujud syukur.

Emm, apa yang aku perasan disini ialah, tiket untuk business class ada tempat duduk. Manakala tiket untuk economy class tak ada tempat duduk. Not sure betul atau tidak. Cz aku tengok, tiap kali train berhenti di station tertentu dan ada orang yang turun, mesti ada je orang yang duduk kat tempat duduk yang kosong tu.

Besar kemungkinan tiket untuk economy class ini banyak dibeli oleh orang yang hanya naik untuk station staion yang tertentu / dekat sahaja. Sekejap je pun kalau nak berdiri sekalipun. Untung nasib, ada tempat duduk kosong.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

2 thoughts on “HARI KEEMPAT – GUANGZHOU KE SHENZEN”

  1. salam … tumpang tanya.. utk travel dr GZ ke shenzhen ni kene apply for multiple entri visa ker atau single entry pun boleh?
    no 2: senang tak nak dpt hotel kat shenzen ?
    no .3 muslim food senang tak ?

    1. Tidak. Sebab GZ dan Shenzen itu terletak di China. Ala2 Negeri mcm tu. Saya tidak tinggal / makan di Shenzen. Tp orang kata mudah. Hanya perlu ke kaunter informasi di Metro shj

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *