Jom Sertai Cabaran Mingguan Sempena Kempen Kesedaran Autisme

Kuala Lumpur, 23 April 2020 – Berikutan penularan Wabak Covid19 di seluruh dunia termasuk Malaysia secara khususnya telah mengundang kepada pemupukan rasa kasih sayang dan keprihatinan antara satu sama lain dalam kalangan rakyat Malaysia. Komuniti autisme, sebagai contoh adalah di antara mereka yang terkesan dan memerlukan perhatian serta kesedaran yang tinggi terutamanya dalam menghadapi keadaan semasa yang sangat mencabar serta penuh dengan risiko. Sehubungan dengan itu, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama GENIUS Kurnia, telah melancarkan ‘Kempen Kesedaran Autisme’ dengan mengadakan beberapa aktiviti kesedaran dalam bentuk cabaran mingguan sempena Bulan Autisme Sedunia. Aktiviti-aktiviti yang mengandungi empat cabaran mingguan hanya dilaksanakan melalui talian dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia bermula dari 20 April hingga 17 Mei 2020. Kempen ini bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang prihatin terhadap komuniti autisme dengan menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang kini terbuka kepada semua lapisan etnik tanpa had umur.

Kempen ini merupakan kerjasama di antara Universiti Putra Malaysia dan GENIUS Kurnia.

Pihak penganjur percaya bahawa ini adalah masa yang sangat tepat bagi menarik perhatian khalayak bagi mewujudkan suasana positif serta membarakan kesedaran terhadap komuniti autisme oleh sebab rakyat Malaysia yang kini berada di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi memastikan keselamatan diri sendiri serta orang tercintanya. Kempen ini teah dilancarkan secara rasmi pada 20 April 2020.

Menurut Profesor Madya Dr. Nurul ‘Ain Mohd Hasan, Penasihat Projek dan Pensyarah Komunikasi dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di UPM berkata, “Kesedaran masyarakat mengenai autisme meningkat dalam lima tahun kebelakangan ini dan terdapat pelbagai perkara yang dapat kami lakukan untuk membantu membina kesefahaman antara masyarakat dan orang ramai. PKP ini memberikan kita peluang yang sungguh baik untuk berhubung dengan komuniti autisme dalam bentuk cabaran dan sesi perkongsian cerita melalui media sosial. Rakyat Malaysia diuar-uarkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak kami bagi memastikan masanya diluangkan dengan aktiviti yang berfaedah serta sebagai suatu inisiatif membentuk platform pendidikan”.

“Pada tahun lepas, kami telah menganjurkan ‘UPM Autism Fun Run’ yang telah memberikan pengalaman yang sungguh menarik dan berfaedah serta dana yang dikumpulkan telah disalurkan kepada GENIUS Kurnia untuk membantu meningkatkan kemudahan pusatnya. Pada tahun ini, bagi meneruskan kesinambungan usaha tahun lepas, pihak kami melaksanakan kempen atas talian untuk membangkit kesedaran serta mengumpulkan dana bagi GENIUS Kurnia untuk membolehkan mereka meneruskan pendidikan yang berkualiti dan cemerlang serta intervensi awal kepada kanak-kanak autisme demi mempersiapkan dan melatih mereka untuk menghadapi cabaran ketika berada di sekolah arus Perdana kelak. Kami percaya bahawa rakyat Malaysia yang prihatin akan sentiasa terbuka dan bersedia untuk membantu kanak-kanak Autisme serta keluarganya dengan melibatkan diri sepenuhnya. Maka, kami teruskan sokongan ikhlas kami buat komuniti austime pada tahun ini juga”, tambahnya.

UPM dan GENIUS Kurnia berharap bahawa dana yang secukupnya dapat dikumpulkan tahun ini daripada organisasi-organisasi korporat serta individu untuk terus mendidik dan menyumbang kepada kesejahteraan kanak-kanak autisme melalui kempen yang dilancarkan. Mereka juga berharap untuk memastikan kanak-kanak tersebut tidak ketinggalan hanya kerana sedikit perbezaan fizikal antara mereka dengan orang lain.

Profesor Madya Dr. Hasnah Toran, Pengarah GENIUS Kurnia berkata, “Kami sangat gembira dan berterima kasih atas kesudian pihak UPM menuju kehadapan untuk mengumpul dana melalui Cabaran Mingguan dalam talian yang telah dilancarkan demi kesejahteraan kanak-kanak Autisme serta keluarganya yang menandakan tahun kedua kerjasama kami antara pihak UPM berikutan ‘UPM Autism Fun Run’ pada tahun lepas. Kami berharap bahawa lebih banyak organisasi korporat akan tampil kehadapan untuk membantu kami dengan menyumbangkan sedikit sebanyak dana demi manfaat buat pendidikan anak-anak kami ”.

INFOMASI BERKENAAN DENGAN CABARAN MINGGU PERTAMA 1:
  • Lukis sebuah lukisan kreatif atau tangkap klip video berdurasi pendek yang bertemakan Covid-19 ataupun cara duduk rumah selamat sepanjang PKP.
  • Muat naik hasil karya anda di media sosial, terutamanya Facebook dan Instagram dengan hashtag #UPM4Autism , #SemarakAutisme  dan #StaySafeAtHome
  • Jangan lupa untuk tag @GeniusKurniaOfficial dan @UPM_for_autism dalam pos anda di media social.
INFOMASI BERKENAAN SUMBANGAN DANA KEPADA GENIUS KURNIA:

Genius Kurnia FB: www.facebook.com/geniuskurniaofficial

Genius Kurnia Instagram: www.instagram.com/geniuskurniaofficial

UPM_for_Autism Instagram: www.instagram.com/upm_for_autism

Tentang Empat Perkara

Empat orang ini janganlah kamu jauhi :

  • Ayah
  • Ibu
  • Saudara Lelaki
  • Saudara Perempuan

Empat perkara ini hendaknya kamu berlindung daripadanya :

  • Buntu (Fikiran)
  • Sedih
  • Lemah
  • Kedekut

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka :

  • Yatim
  • Miskin
  • Faqir
  • Orang Sakit

Empat perkara yang memperindah dirimu :

  • Sabar
  • Tabah
  • Tinggi Ilmu (Spiritual & Fizikal)
  • Dermawan

Empat orang yang hendaknya kamu dekati :

  • Orang Yang Ikhlas
  • Orang Yang Setia
  • Orang Yang Dermawan
  • Orang Yang Jujur

Empat orang yang hendaknya jangan kamu jadikan teman :

  • Tukang Bohong
  • Tukang Curi/Rasuah
  • Tukang Hasud
  • Tukang Adu Domba

Empat orang ini jangan kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:

  • Isteri
  • Anak
  • Keluarga
  • Sahabat

Empat hal yang hendaknya kamu kurangi :

  • Makan
  • Tidur
  • Bermalasan
  • Bicara Berlebih²an/Gosip

Empat hal yang jangan kamu putus :

  • Solat
  • Qur’an
  • Zikir
  • Silaturrahim

Sumber: Facebook

Selesai Mengundi di Parlimen Parit Sulong dan DUN Sri Medan

Alhamdulillah syukur bebanyak. Pepagi buta seawal 8 pagi lebih aku ke pusat pengundian di Sekolah Agama Sri Medan. Hairan, family aku yang lain mengundi di SRK Sri Sejati. Aku pulak tercampak jauh ke pekan. Sentap.

Suasana belah pagi agak tenang sebab tak ramai lagi yang sampai. Sebab tu datang awal. Mengundi dan terus balik Kajang. Takut kesesakan lalu lintas je nanti.

Dakwat calit untuk PRU14 nie nampak lebih pekat dan tahan lama berbanding PRU13 yang lalu. Mula-mula nampak cair, tapi lama kelamaan jadi pekat.

Sama seperti PRU13, aku masih lagi saluran 3 huhu. Aku tengok tadi, saluran 1 dan Saluran 2 panjang dah beraturnya. Agaknya sebab orang muda jenis datang lewat kot huhu.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Beli Baju Raya di Jakel Ostia Bangi

Tahun lepas aku beli kain untuk baju raya di Jakel Kuala Lumpur. Tahun ini, beli kain untuk baju raya di Jakel Ostia Bangi je. Katanya disini adalah cawangan diorang yang ke 22 dan yang terbesar selepas Jakel Kuala Lumpur. Jadi, kini tak payah pergi jauh-jauh. Datang je sini sebab dekat.

Tidak seperti sebelum-sebulum ini, kali ini aku dah dapat jenis kain yang aku nak. Beli je jenis kain ‘Royal Duchess’. Rasa selesa, terletak dan sejuk katanya. Kawan-kawan yang recommend. Oleh kerana aku tak nak pening, jadinya follow je lah apa yang diorang cadangkan.

Pelayan kedai kata, jenis kain ini adalah untuk pengantin hahaha. Pengsan

Ngak usah pening-pening, datang cari warna kain yang berkenan dihati je pun. Harga pula cuba tawar semaksimum yang boleh. Beli diluar waktu perayaan lebih murah kelihatannya.

Lepas pilih kain, cari pula corak songket untuk samping yang bersesuaian. Hidup kena ada gaya beb. Harga pun not bad juga. Total harga lebih kurang RM400 lebih untuk 2 pasang.

Next, kena fikir nak cari tailor pula.

Beli Anak Pokok di Pusat Jualan Benih MARDI Serdang

Anak kampung, keje di agensi berkaitan pertanian. Jadinya, jiwa untuk bercucuk tanam tu memang kuat lah. Haruslah aku gigih menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan keliling rumah.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Apa-apa hal berkaitan pertanian, aku mesti akan rujuk kawan-kawan samaada di Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) atau MARDI. Sebab senang, maklumat yang diperolehi datang daripada individu bertauliah. Katanya.

Untuk membeli anak benih sebarang pokok pun aku akan prefer beli di mana-aman program anjuran Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani macam MAHA , Road to MAHA etc. Paling kurang pun beli di Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Harga yang ditawarkan pun boleh tahan murah dan sudah semestinya anak benihnya berkualiti dan terjamin tulen huhu.

Baru-baru ini, aku pergi membeli anak pokok di Pusat Jualan Benih, MARDI Serdang. Alang-alang jumpa Salina Mansyahar, aku suruh dia bawa aku datang sini. Pertama kali tau aku datang sini. Tapi yang menyentapkannya, anak benih tak banyak mana. Sebab musim Pilihan Raya. Jadinya, banyak anak benih yang digunakan untuk kempen pertanian bandar. Sentap

Untuk MARDI, Pusat Jualan Benih seumpama ini hanya terdapat di MARDI Serdang dan MARDI Jalan Kebun, Klang sahaja. Sebab demand katanya, jadinya sebelum nak datang untuk membeli tu, ada baiknya call dahulu 03-8953 6971 untuk sebarang pertanyaan stok. Macam aku, pada hari itu, datang sebab nak dapatkan benih anak pokok manggis. Tapi non ado. Stok habis

Jadinya, aku hanya dapat beli anak pokok petai, mangga chokanan dan pisang tanduk sahaja. Mesti mak aku suka dapat anak benih pisang tanduk hahahaha.

Waktu Operasi

Pusat Jualan Benih MARDI Serdang ini dibuka setiap hari Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 4.00 ptg). Manakala Jumaat dan Sabtu buka dari 9.00 pagi hingga 12.30tghari. Cuti umum etc diorang tutup. Tak pun, untuk sebarang pertanyaa, call je mereka seperti nombor yang aku nyatakan sebelum ini.