Niat dan Cara Mudah Mandi Wajib Mengikut Hadis

Seorang Muslim perlu mengetahui cara untuk melakukan mandi junub / mandi wajib / mandi hadas besar. Ini bagi memastikan diri dalam keadaan suci dan bersih daripada hadas, bagi membolehkan amal ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah swt.

Jimak yang diwajibkan mandi ialah sekurang-kurangnya terbenam zakar lelaki ke dalam faraj wanita atau duburnya (Walaupun tidak keluar air mani atau air mazi).

Namun, jika sekadar keluar air mazi tanpa melakukan persetubuhan, tidak perlu mandi wajib. Ini berdasarkan kepada dalil yang diriwayatkan oleh Saidina Ali ra, maksudnya:

"Saya merupakan seorang lelaki yang sering keluar air mazi. Lantas, saya meminta al-Miqdad bin Aswad untuk bertanya kepada Nabi . Maka, Baginda bersabda, 'Padanya mestilah berwuduk.' - Hadis Riwayat al-Bukhari
Niat dan Cara Mudah Mandi Wajib Mengikut Hadis
Continue reading Niat dan Cara Mudah Mandi Wajib Mengikut Hadis

Apa Hukum Perbuatan Suami Meliwat Isteri – Seks Anal

Seorang suami berhak untuk berlazat-lazatan dengan ‘merasai’ seluruh anggota tubuh isterinya. Begitulah juga sebaliknya. Dengan syarat ia ia tidak menyakitkan, memudaratkan dan tidak dilakukannya melalui lubang bontot (dubur).

Firman Allah swt, maksudnya: Isteri - isteri kamu sebagai kebun tanaman kamu. Oleh itu, datangilan kebun kamu itu menurut cara yang kamu sukai. - Surah al-Baqarah 2 : 223
Apa Hukum Perbuatan Suami Meliwat Isteri - Seks Anal

Melakukan persetubuhan melalui lubang bontot atau perbuatan meliwat atau disebut juga sebagai seks anal merupakan satu perbuatan yang mengundang dosa besar sama ada dilakukan ke atas isteri sendiri ataupun orang lain.

Orang yang melakukannya hendaklah bertaubat dan menghentikan perkara ini dengan segera kerana perbuatan ini terkutuk dan dilaknat Allah.

Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Allah tidak merahmati lelaki yang menyetubuhi isterinya di bahagian dubur.”

Hadis Riwayat Abu Daud
Continue reading Apa Hukum Perbuatan Suami Meliwat Isteri – Seks Anal

Suami Isteri – Hukum Mengisap Kemaluan dan Telan Air Mani

Lidah dan bibir merupakan antara anggota badan yang diakui berkesan untuk meningkatkan keghairahan pasangan. Perbuatan ini termasuk dalam kategori seks oral.

Islam menghalalkan perbuatan isteri menjilat seluruh tubuh suaminya termasuklah buah zakarnya. Begitu juga sebaliknya untuk suami melakukan hal yang sama terhadap isterinya. Namun, ia juga perlu mendapat persetujuan pasangan masing-masing dan tidak memudaratkan kesihatan.

Pasangan suami isteri tersebut hendaknya memastikan kebersihan kemaluan masing-masing sebelum melakukan persetubuhan (seks oral) bersama. Ini bagi memastikan kedua-duanya selamat bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.

Pada masa yang sama, perlu ditekankan disini bahawa selain daripada makan dan minum, mulut merupakan anggota badan yang mulia untuk berzikir, membaca ayat suci al-Quran, memuji Allah

Suami Isteri - Hukum Mengisap Kemaluan dan Telan Air Mani
Continue reading Suami Isteri – Hukum Mengisap Kemaluan dan Telan Air Mani

Hari Jumaat – Berapakah Kekerapan Untuk Melakukan Hubungan Suami Isteri?

Soalan yang seringkali terbuku / malu untuk ditanya. Berapa kalikah kekerapan untuk melakukan hubungan persetubuhan bagi pasangan yang telah berkahwin (suami isteri). Tiada dalil yang menjelaskan secara terperinci mengenai hal ini.

Ulama fekah berpendapat, hendaklah bersederhana dalam melakukan semua perkara. Misalnya, Dr. Wahbah al-Zuhaili, mencadangkan sang suami menggauli sang isteri sekurang-kurangnya 4 malam sekali. Manakala tempoh paling lama bagi seorang wanita (isteri) bertahan tanpa melakukan hubungan seksual adalah 4 bulan (maksimum). Kiraan ini adalah berdasarkan kepada ftawa Umar al-Khattab ra yang pernah ditanya oleh anaknya, Hafsah ra.

Walaubagaimanapun, ia juga tertakluk kepada kesediaan seseorang wanita dan kemampuan sang suami itu sendiri. Seorang suami yang bertanggungjawab seharusnya berusaha untuk memenuhi keperluan zahir dan batin untuk isterinya.

Hari Jumaat - Berapakah Kekerapan Untuk Melakukan Hubungan Suami Isteri?
Continue reading Hari Jumaat – Berapakah Kekerapan Untuk Melakukan Hubungan Suami Isteri?

Tip Malam Pertama – Adab Untuk Suami Sebelum Mendatangi Isteri

Tiada dalil khusus yang menentukan hari-hari khusus untuk melakukan hubungan suami isteri. Begitu juga halnya dengan jumlah kekerapannya.

Untuk Suami : Adab Sebelum Melakukan Hubungan Seksual

Terdapat adab yang boleh dilakukan oleh suami sebelum bersetubuh dengan isteri. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam karangannya kitab al-Figh al-Islami, berikut adalah antara adab-adab yang boleh dilakukan:-

Tip Malam Pertama - Adab Untuk Suami Sebelum Mendatangi Isteri
Continue reading Tip Malam Pertama – Adab Untuk Suami Sebelum Mendatangi Isteri