GUANGZHOU HUAISHENG MOSQUE

Guangzhou Huaisheng Mosque (Memorial Nabi) merupakan salah satu masjid tertua di China. Ia terletak di 6 Zhongshan Road, Guangta Street, Yuexiu District, Guangzhou. Nama lain bagi masjid ini ialah Masjid Besar Guangzhou dan juga Masjid Guangta ( Light Tower Mosques ).

page2

Ia mempunyai sejarah lebih daripada 1,500 tahun. Kuil ini meliputi kawasan seluas 3,000 meter persegi, termasuk kawasan dibina daripada 1553 meter persegi dan 400 meter persegi bagi dewan utamanya. Masjid ini telah dibina oleh bapa saudara Nabi, Abi Waqqas pada misi pertama Islam ke China di 630hijrah. Mahukan info yang lebih terperinci? Pergilah Google atau perpustakaan berhampiran.

page5 page6

Pertama kali aku jejakkan kaki ke masjid ini, rasa lain macam pulak. Memang lain daripada yang lain. agak luas sebenarnya masjid ini. Dah macam masuk ke bangunan masyarakat cina yang aku tengok kat TV tu je. Memang sebijik lebih kurang sama. Syukurlah nak. Sampai jugak kami ke sini.

Yang tak syoknya tu, kami sampai lebih kurang waktu maghrib. So, memang keadaan gelap sana sini. Tak boleh nak ambil gambar sekitar sangat. Tak nampak. Oh, sedih yang amat. Ini kalau datang siang, memang cantik rasanya. Boleh explore lebih.

page7 page8

Aku tak pasti rumah siapakh yang terletak betul betul dipintu masuk masjid ini. Samaada rumah bilal atau rumah imam. Didalam masjid ini ada beberapa lapis pintu gerbang / tembok. Dewan solatnya pula terletak jauh didalam. Sebelum sampai ke dewan solat itu, kelihatan macam ada taman bunga dan pondok rehat. Memang persis taman taman yang selalu kita tengok kat cerita kungfu cina. Dalam rumah ada taman. Memang itu konsep rumah cina kat sini kot.

Kami sempat solat Maghrib secara sendirian dan juga solat Isyak secara jamaah disini. Not sure umat islam di negara China ini bermazhab apa.

Syukurlah, disini diorang menggunakan air untuk hadas besar. Suasana tempat wuduknya memang tidak jauh berbeza dengan apa yang ada di Malaysia.

page9 page3

Insaf dan happy sangat dapat solat dan menjejakkan kaki ke masjid yang diasaskan oleh bapa saudara nabi. Soronok tak terkata. Khabarnya, makam Abi Waqas terletak disini. Oh, memang nasib tak baik sangat lah cz sampai sini malam. Kalau datang pada waktu siang, mesti boleh explore sana sini.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *