Rahsia panjang umur dikalangan masyarakat Jepun. Negara Jepun terkenal dengan cara pemakanan mereka yang sihat dan juga budaya minum teh hijau dalam setiap hidangan.
Membantu mengurangkan risiko mengidap penyakit kencing manis. Kajian yang dilakukan di Jepun yang mendapati 42 peratus mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.
Melegakan ketidakhadaman. Amalkan dalam 2-3 cawan sehari bagi membantu melancarkan penghadaman korang. Barulah gaya hidup sihat!
Green tea juga dikatakan membantu merangsang fungsi otak. Ia bukan saja berfungsi untuk mengaktifkan kadar metabolisme dalam badan, malah juga mempunyai kafein (tidak sebanyak kopi) yang diakui sebagai bahan perangsang minda. Kajian terhadap manusia menunjukkan teh hijau boleh meningkatkan pembakaran lemak dan kadar metabolisme badan.
Green tea juga dikatakan merupakan antioksidan yang membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit kanser.
Kanser payudara: Kajian daripada meta-analysis menunjukkan wanita yang minum teh hijau mempunyai risiko kanser payudara 22 peratus rendah wanita lain.
Kanser kelenjar prostat: Satu kajian mendapati lelaki yang kerap minum teh hijau mendapat kanser prostat kurang 48 peratus berbanding lelaki lain.
Kanser usus: Kajian terhadap 69,719 wanita China yang minum teh hijau mendapati mereka kurang mendapat kanser usus sebanyak 57 peratus.
Kebaikan green tea yang paling popular – Membantu untuk kurus. Beberapa kajian menunjukkan teh hijau menurunkan lemak badan terutamanya pada bahagian perut.
Bilakah waktu terbaik untuk minum green tea / teh hijau jika mahu berat badan turun secara konsisten?
Selepas Makan – Green tea mampu memberikan manfaat terbaiknya jika diminum selapas makan. Apatah lagi jika ditambah dengan perahan lemon ke dalamnya. Leman sangat bermanfaat dalam melancarkan proses pencernaan.
Sebelum Tidur – Minum sekurangnya 1 jam sebelum tidur. Green tea dikatakan membantu membakar lemak ketika kita sedang tidur. Walaubagaimanapun, tidak digalakkan untuk minum green tea pada malam hari dek kerana kandungan kafien di dalamnya.
Selepas Sarapan – Sekurang-kurangnya minum teh hijau 30 minit selepas sarapan pagi.
Awas – Jangan minum teh hijau ketika perut kosong. Ia boleh mengganggu sistem pencernaan badan.
Kafien Dalam Green Tea
Lebih banyak kuantiti dan lebih lama green tea direndam, maka kandungan kafien nya juga semakin tinggi. Namun, dalam banyak-banyak jenis green tea, jenis Chinese Oolong Green Tea yang punya kandungan kafien yang paling rendah.
Antara cara sihat menggoreng ikan zaman sekarang adalah goreng dengan menggunakan Air Fryer. Excited guna air fryer sekarang ini. Terbaharu, aku cuba goreng ikan dengan menggunakan gajet dapur ini.
Aku guna kunyit dan garam je untuk peram Ikan Patin ini. Sekitar beberapa jam je pun. Lebihkan serbuk kunyit itu untuk lebih rasa rempah nyum nyum nyum.
Seperti biasa, letak minyak sedikit sebelum mula memasak. Dalam panduan itu, dia kata hanya perlu masak pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit. Tapi, tak menjadi. Agaknya sebab saiz ikan patin tebal isinya.
Aku ambil masa sekitar 30 minit untuk 180 darjah celcius. 15 minit pertama aku balikkan. Try and error juga ini. Mungkin, ambil masa lama sebab tebal dan next time jika mahu masak lagi, perlu hiris-hiris bahagian isi untuk pastikan ia masak sampai ke bahagian dalam.
Not bad juga rasanya. Mungkin goreng dengan deep fried secara traditional lebih sedap kot. Tapi, why not cuba norma baharu yang lebih sihat. Rasanya pun rangup juga.
Sebelum ini, sewaktu PKP aku ada beli periuk pengukus pada harga sekitar RM40 lebih. Kali ini, aku beli pengukus elektrik jenama Tefal untuk 8 liter pada harga sekitar RM109 – RM119. Tak ingat harganya. Tapi, apa yang aku perasan kalau beli dari orang lain, harganya mencecah RM180 lebih. Terkejut juga harga murah sebab beli dari HomePro.
Aku beli pun sebab nak melangkapkan gajet di dapur. Apa yang aku perasan, dapur lebih bersih (serba serbi) selepas menggunakan gajet elektrik hihi.
Jadi, untuk menu pertama yang ingin aku cuba ialah masak dim sum. Kalau beli di restoran dim sum agak mahal harganya. Jadi, aku beli dim sum segera di Mydin dan masak sendiri. Rasa pun lebih kurang sama (atau mungkin memang sama) ahaks.
Insyaallah, menuju cara pemakanan yang lebih sihat. Kurangkan penggunaan minyak.
Ini adalah pengalaman pertama kali aku memggunakan Air Fryer. Sengaja beli jenama Haier ini sebab di bahagian hadapan ada diberikan panduan asas utk jangkamasa dan suhu bagi jenis masakan yang ingin dimasak.
Excited nak guna. Beli minggu lepas dan beberapa hari kemudian baru berkesempatan menggunakannya. Untuk pertama kali, aku cuba masak ayam goreng kunyit.
Resepi Ayam Goreng Kunyit (Guna Air Fryer)
Ayam yang dicincang kecil
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gaulkan rata bahan-bahan tersebut. Peram untuk jangkamasa yang bersesuaian. Macam aku, peram sehari semalam dalam peti sejuk. Ahaks.
Nak sedap, bubuh kunyit lebih sedikit. Sewaktu nak masak, letak minyak sedikit untuk berikan rasa yang sedap. Taklah kering sangat. Aku masak beralaskan lapik aluminium (rasanya namanya). Jadi, taklah mengotorkan sangat bakul air fryer itu.
180 darjah celcius dalam masa 20 minit. Balikkan ayam sewaktu minit ke 10. Alhamdulillah sedap dan cantik kejadiannya. Tak berminyak sangat dan rasanya pun lebih kurang masak dengan menggunakan cara biasa.
Alhamdulillah, dapur basah jadi lebih bersih dan nampak terurus dengan adanya gajet dapur ini hahaha. Syukur
Perkara pertama yang perlu diambil kira ialah soal bajet. Berapa peruntukan yang diberikan untuk memberi Air Fryer ini? Bawah RM200 atau bawah RM300 atau bawah RM400 atau keatas?
Jika berkeluarga ramai, mungkin perlu beli Air Fyer yang berkapasiti besar. Begitu juga sebaliknya, jika punya ahli keluarga atau duduk di rumah bujang, tak perlulah Air Fryer yang berkapasiti besar. Cukup sekadar ada bagi penggunaan yang optimum. Selalunya, 1-2 orang (2L – 3.8L), 4-6 orang(4L – 6 L) atau dari 6 orang (10L ke atas).
Kebanyakan Air Fyer mempunyai kuasa watt antara 1300 hingga 2000 watt atau lebih. Watt yang rendah memerlukan masa memasak yang lebih lama berbanding kuasa watt yang tinggi.
Beli di Mana
Kini, kita ada dua pilihan samaada mahu beli secara dalam talian mahupun beli di kedai fizikal. Bezanya, jika beli di kedai atas talian (Shopee, Lazada, WowShop atau Go Shop), jika tidak boleh look and feel produk itu selagi mana tidak sampai depan mata. Perlu buat kajian mahupun baca review orang mengenai jenama / model tersebut. Mahu beli dari penjual biasa atau kedai rasmi jenama berkenaan? Selalunya, kedai biasa akan menjual harga yang lebih murah berbanding harga rasmi. Namun, pada masa yang sama, perlu lihat rating / review pembeli sebelumnya untuk memastikan ia tidak bersifat scammer.
Berbeza pula halnya jika kita membeli di kedai fizikal. Harganya mungkin lebih mahal berbanding kedai atas talian. Namun, kita boleh look and feel Air Fryer itu sebelum membelinya. Boleh juga mendapatkan penerangan daripada pembantu jualan di kedai terbabit sebelum mengambil keputusan akhir untuk membeli model / jenama Air Fryer yang diinginkan.
Mahukan Air Fryer yang bagaimana? Butang digital atau analog? Ada orang suka paparan butang digital dan begitu juga sebaliknya. Butang analog/manual lebih mesra warga emas dan kanak-kanak.
Jenama apa yang berkenan dihati. Pilih Air Fryer keluaran jenama yang dipercayai dan sudah sedia dikenali dipasaran. Lihat teknologi apa yang digunakan. Bagaimanakah waranti serta urusan pusat servisnya. Bagaimana proses tuntutan boleh dibuat dan dimana? Rekabentuk serta warna juga memainkan peranan. Adakah ia mesra pengguna.
Ohh, Air Fryer apa yang boleh muat ayam seekor? Kena lihat juga saiz ayam seekor itu macam mana. Perlu lihat dan diberitahu orang kenalan, Air Fryer berkapasiti 2.5L pun sudah memadai untuk masak ayam seekor.
Jenis Air Fryer
Terdapat pelbagai jenis Air Fryer dipasaran. Jenis Drawer (tarik bakul), turbo (seperti periuk nasi), oven, halogen oven mahupun air fryer yang berharga RM1000 dan keatas. Setiap jenis Air Fryer ini mempunyai kapasiti yang berbeza.
Antara jenama Air Fryer yang ada dipasaran adalah:-
Alhamdulillah, ada rezeki lebih untuk membeli dan memiliki Air Fryer sendiri. Selepas membuat sedikit kajian dan pembacaan di internet – Google, Facebook, Lazada dan Shopee, akhirnya aku memilih untuk membeli Air Fryer jenama Haier yang berkapasiti 4 liter pada harga RM309 sahaja. Pada asalnya aku agak keliru nak beli jenama apa? – Philips atau Tefal atau Haier. Akhirnya atas faktor harga, user friendly dan kapasiti, aku memilih Air Fryer jenama Haier HA-AF40.
Faktor pertama aku pilih adalah ada gambar panduan waktu dan suhu pada paparan hadapannya hahahaha. Senang nak adjust suhu dan masa. Sebab pada masa ini aku pun ada Microwave Oven jenama Electrolux. Tapi tak reti guna sebab button yang ada pelik-pelik. Rugi je beli dan pasang di dapur.
Teruja sebab dah lama sangat impikan nak memiliki ‘gadjet’ ini. Tambah teruja sebab order pagi rabu lepas, keesokan harinya dah dapat. Memang terbaik dan pantas penjual di Shopee itu. Lagipun harga yang ditawarkan pun murah berbanding harga yang ditawarkan di Kedai Haier rasmi. Cara pembungkusan pun baik dan selamat. Review pun banyak dan kelihatannya stok yang telah terjual pun banyak yang amat.
Aku tak cuba lagi nie. Esok kot nak cuba masak ayam panggang ke apa camne. Pada bungkusan itu pun ada diberikan buku resepi. Jadi, kita ikut dulu mana yang rasa berkenan dihati.
Aku rasa, PKP ini telah menyebabkan berat badan aku meningkat dengan mendadak. Ditambah pula duduk dengan kawan yang kurus tapi kuat makan. Gigihlah aku memasak menu sedap dan menggemukkan. Menu sedap selalunya menambah berat badan. Dok menambah nasi sokmo. Ahaks
Banyak inisiatif sedang aku lakukan untuk kurangkan berat badan. Antaranya ialah mengamalkan teh hijau. Selama ini, pelbagai jenis teh hijau telah aku cuba. Tapi, setakat ini Teh Hijau jenama Boh paling sedap diminum (bagi aku). Harga pun tak mahal dan tak murah mana. Harga standard yang mampu milik.
Sebelum-sebelum ini, kalau nak kurukan badan, aku akan amalkan teh hijau sampai aku rasa jemu. Terbukti berkesan untuk aku. Perut terasa ringan dan asyik nak kencing je. Sebab katanya Teh Hijau ini meningkatkan metabolisma.
Teh hijau ni banyak manfaatnya jika diamalkan setiap hari. Antaranya ialah
Anti penuaan, nampak muda remaja
Meningkatkan metabolisme
Sumber tenaga
Mengurangkan kolesterol
Membakar kalori
Mengurangkan risiko kena kanser
Mencegah kegemukan
Senarai ini aku dapat daripada Google. Banyak juga hasil pembacaan yang menghasilkan kesimpulan seumpama senarai diatas. Khabarnya, teh hijau ini telah menjadi amalan kepada masyarakat Jepun sejak turun temurun. Terbukti, jika kita lihat, umur penduduk Jepun memang panjang kebanyakkannya.
Bagi aku, tak perlu ambil produk kurus itu dan ini. Cukup sekadar amalkan teh hijau setiap hari dan lakukan senaman sekurang-kurangnya 2 kali seminggu atau lari antara 5KM hingga 10KM. Settle.
Minum teh hijau pula jangan tambah guna atau memana pemanis lain. CUkup sekadar teh hijau dan air panas semata-mata. Aku rasa, manis teh hijau itu sendiri sudah memadai untuk mengenakkan lidah yang merasa. Hahaha
Cara Minum Teh Hijau Agar Cepat Kurus Cara Minum Teh Hijau Agar Cepat Kurus
Ramai mengatakan yang meminum teh hijau memberikan tenaga yang stabil dan lebih produktif berbanding apabila mereka meminum kopi.
Kandungan katekin didalamnya berupaya meningkatkan kesihatan gigi di samping mengurangkan masalah bau nafas. Katekin boleh membunuh bakteria dan virus seperti influenza. Ini mengurangkan risiko jangkitan penyakit.
Teh hijau mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok sebanyak 31%.
Keburukan Teh Hijau
Teh hijau ini banyak kelebihan. Tapi kalau pengambilannya dibuat secara berlebihan, sudah semestinya ia boleh mendatangkan keburukan kepada sesiapa sekalipun. Antara keburukan teh hijau (jika diambil secara berlebihan) ialah:-
Kandungan Kafein yang Tinggi – Bukan sahaja kopi, teh terutamanya teh hijau juga mengandungi kafein didalamnya. Pengambilan kafein yang tinggi boleh mengakibatkan insomnia / susah tidur.
Mengganggu Kesuburan – Sekiranya seseorang itu sedang berusaha untuk mendapatkan zuria, jangan ambil teh hijau. Pengambilan teh hijau yang berlebihan boleh menyebabkan paras homon testosteron lelaki menurun. Ia boleh menyebabkan lelaki itu ‘tiada mood’ untuk melakukan hubungan kelamin.
Teh Hijau Terbaik
Terdapat pelbagai jenis jenama teh hijau yang dijual dipasaran. Setakat ini aku sudah mencuba 3 jenama teh hijau ini.
Teh Hijau Ahmad – Baunya harum. Tapi harganya lebih mahal berbanding yang lain. Jenama dari UAE kelihatannya. Guna pula nama ‘London’. Rasanya ringan dan aku suka 🙂
Teh Hijau Boh – Jenama teh hijau pertama yang aku minum. Rasanya biasa-biasa sahaja. Tapi, aku menyukainya sebab inilah rasa teh hijau pertama yang aku rasa hahaha. Lembut. Tidak manis dan tidak tawar.
Teh Hijau Lipton – Aku baru minum beberapa uncang teh hijau jenama lipton ini. Hairan sebab aku rasa manis. Agaknya varieti teh hijau pun pelbagai. Lain jenama lain guna varieti-nya (mungkin).
Cara Minum Teh Hijau – Minum Sebelum Makan
Pengambilan teh hijau sekitar dua jam sebelum atau selepas makan dikatakan boleh memaksimumkan pengambilan nutrien dan penyerapan iron.
Elakkan meminum teh hijau ketika makan sekiranya seseorang itu mengalami masalah anemia.
Cara Minum Teh Hijau – Sebelum Bersenam
Teh hijau boleh membantu membakar lebih lemak kerana ia mengandungi kafein. Ia dipercayai membantu meningkatkan tenaga supaya kita dapat bersenam dengan lebih lama. Dalam masa yang sama membantu membakar lemak dan akhirnya dapat mengurangkan berat badan.
Sebaiknya minumlah teh hijau 30 minit sebelum bersenam.
Minum Teh Hijau Sebelum Tidur
Boleh ke minum teh hijau sebelum tidur? Teh hijau bukanlah sejenis minuman yang sesuai diminum sebelum tidur.Kafein yang ada di dalamnya boleh menjejaskan tidur kita. Kandungan asid amino L-theanine akan membuatkan kita lebih sedar dan fokus.
Cara Minum Teh Hijau Agar Cepat Kurus
Waktu yang terbaik untuk meminumnya adalah dua jam sebelum waktu tidur. Pada waktu ini, metabolisme berada pada tahap rendah dan teh hijau boleh membantu meningkatkannya.
Jika seseorang itu mengambil teh hijau untuk mengurangkan berat badan, waktu ini adalah waktu yang terbaik. Minum teh hijau sebelum tidur dapat membantu membakar lemak ketika kita sedang tidur.
Awas! Mencampurkan susu dalam teh hijau akan mengurangkan nilai antioksidan. Elakkan minum teh hijau bersama susu.
Chia Seed, atau Biji Chia, atau Salvia hispanica, merupakan benih kecil yang kaya dengan nutrien yang berasal dari tumbuhan berbunga dalam keluarga mint. Ia berasal dari benua Amerika Tengah dan Selatan. Benih chia telah mendapat populariti di seluruh dunia kerana manfaat kesihatan yang banyak. Benih ini kaya dengan nutrien seperti serat, protein, asid lemak omega-3, dan pelbagai mikronutrien seperti kalsium, magnesium, dan fosforus. Mereka juga dikenali kerana kandungan antioksidan yang tinggi.
Biji chia boleh dimakan secara keseluruhan atau digiling. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan tambahan ke dalam smoothie, yogurt, oatmeal, atau sebagai pengganti telur dalam pembuatan kuih. Mereka mempunyai keupayaan unik untuk menyerap cecair dan membentuk konsistensi seperti jel, yang menjadikan mereka bahan popular dalam puding, minuman, dan sebagai agen penstabil dalam resipi.
Berikutan profil pemakanannya, biji chia dianggap sebagai tambahan yang bermanfaat dalam diet sihat dan sering dimasukkan ke dalam pelbagai hidangan sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan pengambilan nutrien penting.
Khasiat dan Kesan Sampingan Chia Seed
Chia seed merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak kelebihan iaitu kaya dengan protein, kalsium, serat, anti-oksida, vitamin, dan Omega 3 dan 6.
Chia Seed dikatakan mampu memperlahankan tubuh menukarkan karbohidrat kepada gula ringkas. Kajian menunjukkan ia mampu mengawal gula dalam darah. Ini membuatkan saintis mempercayai Chia Seed boleh memberi kebaikan kepada pesakit kencing manis.
Bersifat antioksida yang melindungi sel-sel dalam badan daripda dirosakkan oleh radikal bebas.
Membuatkan kita rasa kenyang. Ini kerana biji Chia mampu menyerap 10 kali ganda berat dalam air sekali gus membentuk banyak jeli. Disamping itu, ia juga membantu melancarkan proses penghadaman yang akhirnya membantu mengurangkan berat badan.
Kandungan kalsium 5 kali lebih tinggi dari susu. Dengan memakan biji Chia anda mampu mengekalkan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis
Chia Seed juga dikatakan mampu memperbaiki tekanan darah pesakit kencing manis. Ia juga dikakatakan mampu meningkatkan kolesterol sihat.
Chia Seed merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian kerana tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya
Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda
Cara Makan Chia Seed
Chia Seed boleh dimakan mentah kerana ia memiliki rasa kekacang yang sedap. Boleh direndam dalam jus buah mahupun air kosong. Amat sesuai dicampurkan dengan bubur dan puding. Selain itu, biji Chia juga boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam membuat roti, kek dan biskut. Oleh sebab itulah Chia Seed mempunyai pelbagai menu dan resepi khususnya dikalangan mereka yang menjaga penampilan etc.
Berapa banyak pula biji Chia yang boleh dimakan? Jumlah yang dicadangkan adalah lebih kurang 20 gram setiap kali anda makan.
Bahaya Chia Seed (Jika diambil secara berlebihan / diambil tanpa pengambilan air yang mencukupi)
Sakit tengkuk – Masalah ini selalunya terjadi jika pengamalan Chia Seed tidak disertakan dengan pengambilan air yang mencukupi. Oleh itu, penguna sangat digalakkan untuk rendam duhulu Chia Seed di dalam air sehingga betul-betul kembang.
Chia seed mampu membakar lemak dan memberikan rasa kenyang kepada pengamalnya. Nafsu makan yang berkurangan dikhuatiri mampu mengganggu tahap kesihatan pengguna yang berbadan kurus.
Chia seed mempunyai tekstur yang kenyal & padat. Pengambilan pada dos berlebihan dan air yang tidak mencukupi dikhuatiri akan menyebabkan penompokan di dalam perut yang sukar dicerna. Ia akhirnya mengakibatkan terjadinya penekanan pada dinding perut yang akan menimbulkan rasa mual, pedih ulu hati dan kembung perut.
Testimoni Chia Seed
Ada banyak jenama Chia Seed di pasaran. Boleh je Google atau buat carian di FB atau Instagram. Berlambak orang paparkan testimoni berkenaan khasiat dan kebaikan Chia Seed ini.
Kebaikan dan Khasiat Chia Seed Untuk Ibu Mengandung
Chia Seed juga termasuk dalam kategori makanan kekacang dan biji-bijian. Setiap ibu mengandung memerlukan lebih kurang 10 gram protein setiap hari bagi membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Makanan daripada sumber kekacang dan bijian ini mempunyai kandungan fiber dan folate yang tinggi.
Untuk baby – boleh meningkatkan kesihatan dan omega boleh membentuk otak yang bijak .
Untuk Ibu mengandung – melindungi otak ibu daripada mengecut , mengurangkan masalah pelupa, mengurangkan masalah sembelit , membantu mengawal berat badan semasa dan selepas mengandung
Kebaikan dan Khasiat Chia Seed Untuk Ibu Menyusu
Google sahaja, terdapat banyak testimoni dan review bahawa Chia Seed ini juga merupakan Milk booster (boleh tambah kuantiti susu ibu). Ada seorang blogger tu katanya kuantiti susu yang dihasilkan meningkat kepada 24 oz berbanding 16 – 20 oz sehari (2 kali pam).
Aku beli Chia Seed ini di Lazada. Beli satu tin (400 gram kot) pada harga RM37 (Free Pos). Kalau beli dua, boleh dapat pada harga RM70 je camtu. Chia Seed jenama JoyMix ini popular kelihatannya. Pertama kali membeli dan ingin mencuba sebab dapat banyak testimoni yang baik dikalangan pengguna ahak.
Beli tempat lain pun Okay macam kat Cosway, tesco, 11Street, Shoppe dll. Harga pusing-pusing sama je. Kalau dapat murah, memang rezeki kome lah hihi. Contohnya di Cosway, haga Whole Chia Seed jenama Mildura Natural ini berharga RM38.00 untuk 500gm. Chia Seed jenama Certified Organic pula harganya ialah RM29.90 untuk 200gm.
Macam aku, lebih suka membeli secara online di Lazada je. Sebab malas nak menapak ke kedai fizikal.
Resepi Chia Seed Untuk Kurus
Puding almond dengan Chia Seeds
Bahan Untuk membuat Chia Seed Pudding
4 sdk chia seeds
250 ml susu almond
Satu setengah sdk madu (tambahkan jika anda suka manis)
sedikit Garam
Bahan Untuk Membuat Almond Pudding
750 ml susu almond
150 ml air
4 sdk gula pasir (tambahkan jika anda suka manis)
1 bungkus agar2 biasa
sedikit Garam
Cara membuatnya
Chia Seed pudding : letak chia seeds di dalam bekas bertutup. Tuang susu almond, kemudian masukkan madu dan garam, gaul sehingga sebati, Lakukan sehingga tiada ketulan. Chia seeds akan mengembang seperti selasih, simpan di dalam peti ais selama 4-5 jam.
Almond pudding : campur semua bahan, gaul rata dan masak diatas api sederhana sehingga mendidih. Tuang ke dalam acuan mengikut selera, sejukkan sebentar. Kemudian simpan dalam peti ais.
Sajikan almond pudding dengan chia pudding. Tambahkan buah-buhan jika suka