HARI KETIGA – GUANGZHOU PART 4

Yes, tidak dapat dinafikan kami agak kecewa juga cz banyak kedai yang ditutup pada hari itu. Nak buat macam mana, cuti tetap cuti. Memang diorang raya sakan huhu. Alaaah, macam kat Malaysia jugak lah suasananya tatkala cuti perayaan besar.

page1

Apa kami buat pada malam terakhir kami di Guangzhou China? Tak kan nak duduk berdiam diri / tidur kat hotel je kan? Kami surf internet akan apa yang menarik kat sini. Emm, agak susah sebenarnya nak surf internet kat China ini. Diorang sekat Google, Blogspot dan Facebook. Jadi kami menggunakan search engine Yahoo! sahaja. Sedih!

page2

Finally, kami mengambil keputusan untuk pergi ke Guangzhou Huaisheng Mosque yang terletak di 6 Zhongshan Road, Guangta Street, Yuexiu District, Guangzhou. 1001 cerita dan pengalaman baru kat sini. Rupanya orang kat sini tidak familiar dengan Guangta Street. Diorang lebih familiar dengan Guangda Street rupanya. Memang konflik betul dengan nama jalan nie. asalnya kami naik Metro untuk datang ke sini. Kemudian, perancangannya memang nak menapak jalan kaki je menuju ke Guangzhou Huaisheng Mosque. Sambil sambil tu boleh lah tanya police traffic kat situ kan. Siapa tahu, diorang sendiri keliru dan tidak familiar dengan Guangta Street. Dicakapnya Guangta, diorang kata Guangda. Sentap. Last last kitorang sesat sampai Beijing Road. Sakit kaki dibuatnya huh.

page1

Kalau ikut petunjuk, Guangta Street merupakan laluan bagi Bus nombor 86. Bus itu merupakan hint utama untuk sampai ke masjid ini. Memang destinasi terakhir untuk bus bernombor 86 ini. Sabar je lah. Aku pulak, tak confident nak naik bus. Last last kami naik teksi je lah. Itu pun dalam hati takut gak cz teksi diorang ada geriji besi yang memisahkan pemandu dengan penumpang di belakang. Kemudian, for sure masalah komunikasi menjadi perkara utama yang perlu difikirkan.

Boleh pulak pemandu teksi itu tak tahu dimana Guangta Street. hahahaha. Dia terus membebel dalam bahasa mandarin kata itu ini. Tapi yang syoknya, dalam bebelan tu dia dok tercari cari jugak di mana Guangta Street. Dalam hati ini takutnya tuhan je yang tahu. haha

Aku rasalah kan, Guangta Street ini ala ala lorong kecil yang kurang popular dikalangan penduduk setempat. Yelah kan, pastu penduduknya pulak majoriti muslim. Besar kemungkinan penduduk disini tidak bergaul sangat dengan penduduk setempat. So, memang tak boleh salahkan diorang. Kalau aku pun orang tanya Lorong Kucing / Jalan Fatimah ke or what so ever kat KL tu, mana lah aku tahu kan? huhu.

page8

Last last, apabila kami tunjukkan laluan bagi bus bernombor 86 tu, dioa terus turunkan kami ke station terakhir bus tu. Nasib baik betul. Masjid itu terletak tidak jauh dari station bus bernombor 86. Syukurlah nak. Yang bestnya pulak, di kawasan sekitar Guangta Street ini pun ada restoran halal / kedai barangan halal etc. Yang syoknya tu aku ternampak beberapa produk dari Malaysia yang dijual disini. Boleh huhu.

Aku akan buat entry berasingan untuk pengalaman kami di Guangzhou Huaisheng Mosque dan juga pengalaman makan di Restoran Nur di Guangta Street ini. Meriah dan seronok pulak dapat makan nasi hahaha. Pengsan.

page9

Habis je makan, kami terus balik naik teksi. Tambangnya pulak still sama ialaitu kira kira RM5 sahaja. Malam tu kami kene tidur awal cz esoknya kami akan ke Shenzen dan seterusnya pulang ke Hong Kong pulak huhu. Dalam hati ini, memang nak je cepat cepat balik Hong Kong. Orang terengganu kata, memang tok done duduk lama lama kat China nie. Boleh?

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI