Kreatif – 25 Ucapan Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Kreatif - 25 Ucapan Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Salam JUMAAT Penghulu Segala Hari. Semoga kita dilimpahkan rezeki. Dimudahkan segala urusan untuk menuju akhirat. Disayangi penduduk bumi dan langit. Diteguhkan akidah. Ditingkatkan iman dan takwa dalam agama Islam. Aamiin Ya Robbal ‘Alamin.

Assalamualaikum. Salam Jumaat. Penghulu Segala Hari. Semoga hari ini membawa seribu rahmat dan kebaikan dalam hidup kita di dunia dan akhirat. Aamiin

Salam Jumaat. Penghulu Segala Hari. Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat dan kurniaan-Mu pada pagi ini. Jadikanlah setiap langkah kami agar selalu dalam kebaikan. Jadikanlah sisa umur kami penuh dengan keberkatan. Lindungilah kami semua dengan kasih sayang-Mu. Sesungguhnya Ya Allah, hidup dan mati kami hanya kerana-Mu.

Continue reading Kreatif – 25 Ucapan Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari

Cara Solat Sunat Rakaat Selepas Solat Jumaat – Bilangan Rakaat

Bilangan Rakaat Solat Sunat Selepas Solat Jumaat

Dalil pensyariatan solat sunat selepas Jumaat boleh dilakukan dengan 2 rakaat atau 4 rakaat (lebih baik).

Empat Rakaat

Dalil pensyariatan mengenai Solat Sunat 4 Rakaat Selepas Solat Jumaat adalah Daripada hadis riwayat Muslim yang bermaksud, Daripada Abu Hurairah ra katanya, Nabi Muhammad saw bersabda: Apabila seseorang daripada kamu solat Jumaat maka dia hendaklah solat selepasnya 4 rakaat.

2 Rakaat

Daripada Salim, daripada bapanya, daripada Nabi Muhammad saw bahawa adalah Baginda solat selepas Jumaat 2 rakaat

Hadis Riwayat at Tirmidzi
Continue reading Cara Solat Sunat Rakaat Selepas Solat Jumaat – Bilangan Rakaat

Cara Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat

Waktu Untuk Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat

Dalil mengenai pensyarikatan Solat Sunat Sebelum Jumaat ini adalah berdasarkan kepada riwayat hadis daripada Imam Bukhari

Daripada Abdulillah bin Mughaffal al-Muzani, bahawa Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Di antara 2 azan (azan dan iqamat) adalah solat bagi orang yang hendak (mengerjakannya).

Hadis Riwayat Bukhari

Bilangan Rakaat Solat Sunat Sebelum Jumaat

Solat sunat sebelum jumaat adalah salah satu daripada sunat rawatib. Ia berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Jabir ra, maksudnya: Telah datang Sulaik al-Ghatafani pada hari jumaat, dan Nabi Muhammad saw sedang duduk di atas mimbar. Kemudian Sulaik pun duduk sebelum dia menunaikan solat. Maka bersabda Baginda kepadanya: “Adakah kau telah ruku’ (solat) dua rakaat?” Sulaik menjawab: “Tidak”. Maka Baginda SAW bersabda: “Berdirilah dan rukuklah (solatlah) dua rakaat”. – Hadis Riwayat Muslim

Cara Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat
Continue reading Cara Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat

Penerangan Hadis – 5 Syarat Sah Solat Jumaat

Solat Jumaat diwajibkan ke atas semua golongan yang memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat. 7 golongan yang termasuk dalam Syarat Wajib Solat Jumaat ialah Islam, Baligh, Berakal, Merdeka, Lelaki, Sihat tubuh badan dan Bermastautin di tempat solat Jumaat didirikan.

Abu Daud meriwayatkan hadis, maksudnya: Solat Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap orang Islam, melainkan 4 golongan iaitu hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak atau orang sakit.

5 Syarat Sah Solat Jumaat

5 Syarat Sah Solat Jumaat

Pertama:

Didirikan dalam kawasan bangunan / binaan sama ada di bandar kampung atau kariah penduduk yang bermustautin tidak kurang daripada 40 orang lelaki

Continue reading Penerangan Hadis – 5 Syarat Sah Solat Jumaat

5 Amalan Utama Sunat Pada Hari Jumaat

Pertama: Mandi Sunat Jumaat

Mandi sunat Jumaat ini disyariatkan bagi sesiapa yang ingin hadir untuk menunaikan solat Jumaat daripada kalangan lelaki samada baligh, bayi dan mumayyiz. Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, bahawa Nabi Muhammad saw bersabda:

Maksudnya: “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh”.

Hadis Riwayat Muslim

Niat Mandi Sunat Jumaat – Sahaja aku mandi sunat jumaat kerana Allah Taala.’

Continue reading 5 Amalan Utama Sunat Pada Hari Jumaat