Mee Bandung Sedap Kajang

Makan mee bandung mana yang sedap di Kajang dan kawasan sekitar? Pada pandangan aku, Signature Cafe & Catering Kajang ini telah menyajikan Mee Bandung yang sedap.

Sebelum-sebelum ini, memang agak sukar untuk aku jumpa mee bandung yang rasanya betul-betul mee bandung. Banyak kali dapat mee ‘sos’ cili/tomato. Pengsan.

Alhamdulillah, rasa mee bandung disini not bad dan sedap. Berselera aku makan. Nyum nyum

Sedap belaka sekarang menu makan di Signature Cafe Kajang ini. Buat aku singgah makan. Buat aku malas masak. Makan luar je hahaha.

Makanan Korea di Sopoong

Minggu lepas, terasa teringin nak makan sesuatu yang masam. Terus teringat pada Kimchi Jjigae Seafood di Restaurant Sopoong. Secara kebetulan terasa bosan dan moody untuk buat apa pun kerja. Jadi, lepas balik kerja sahaja, terus singgah di IOI CityMall Putrajaya.

Lain macam sekarang persekitaran. Nampak lebih kemas dan ada lampu gantung yang cantik hahaha. Better lah kot sekarang ini. Siap ada panel TV diluar. Aku pun tak tahu apa bendanya tu hahaha.

Seperti biasa, aku akan order one and only menu kegemaran aku – Kimchi Jjigae Seafood aku. Nyum nyum, makan sampai habis licin.

Si Fadzil pula tak berapa suka makanan Korea. Jadi, aku suruh dia order dumpling je. Sekadar untuk alas perut. Sebab katanya kenyang lagi.

Alhamdulillah, kenyang dan sedap!

Makan Malam di

Pertama kali makan malam di Nasi Kukus Tok’we Cafe hahaha. Sebabnya, aku terpaksa balik rumah Lenggeng sebentar untuk hantar sinki. Kalau aku tak cepat hantar, macam mana budak-budak itu nak renovate rumah. Lagipun, jiwa excited nak tengok hasilnya secepat mungkin (walaupun) hahaha. Lepas solat maghrib, aku terus makan di tempat makan nasi kukus paling sedap di Beranang, Semenyih dan kawasan sekitar ini ahaks.

Nasib baik aku ada Fadzil sebagai peneman. Kalau tak, memang tak makan malam ler aku. Malas nak menyinggah memana pada malam hari. Tapi, kalau ada kawan memang ligat berjalan. Emmm, seperti biasa aku akan order nasi kukus ayam sambal hijau dan Fadzil pula akan order menu signature nasi kukus ayam berempah.

Oleh sebab aku pencinta sambal hijau, selalunya aku akan add on sambal hijau. Sebab kekadang pelayan letak sambal hijau sedikit dan kekadang letak sambal hijau banyak. Malas nak cakap banyak, aku minta tambah sambal hijau je senang haha.

Uniknya, setakat ini aku tak pernah lagi sakit perut kalau makan sambal hijau mereka ini. Maknanya okay lah tu kan. Sesedap rasa dan tak memudaratkan perut. Hidangan pula memang disajikan dalam keadaan panas, jadi memang puas hati.

Habis licin aku makan ahaks. Puas hati dan kenyang. Perjalanan balik Lenggeng tidak akan lengkap kalau tidak singgah Cafe Nasi Kukus Tok’we ini. Nyum Nyum Nyum

Makan Tengahari di Signature Cafe & Catering

Bapak sedap makan di Signature Cafe & Catering Kajang ini. Aku jadi gian sebenarnya nak makan disini. Sedap yang amat. Ia memenuhi selera aku. Hairan, dulu pada kali pertama aku rasa rasa masakannya lain. Tapi, kini dah lain – sedap! Agaknya tukang masak lain kot.

Tiap petang kalau balik awal, aku akan singgah makan disini. Diorang buka pukul 8 pagi dan tutup pukul 7 malam katanya. Alhamdulillah, setakat ini aku puas hati. Banyak menu sudah cuba – Soto, Mee Hoon Sup, Ayam Penyet etc. Serba serbi sedap.

Harga yang ditawarkan pun murah. Senang cerita, sebab kesedapan makanan disinilah menyebabkan aku malas untuk masak. Dapur lama tak berasap beb hahahaha.

Roti Canai Sedap Kajang

Lama tak makan di Gerai Al-Amin, Jalan Bukit Mewah 49, Kajang. Hihi…. sejak PKP, ini pertama kali aku singgah makan disini. Pelik sebab sebelum ini mereka buka pagi dan malam. Tapi, sekarang ini buka pada waktu pagi sahaja.

Tapi, kalau nak singgah makan sini, kena datang awal sebab ramai orang. Waktu puncak, memang lama nak dapat order. Sedap dan memenuhi selera orang kot. Sebab itu ramai yang datang makan kat sini.

Aku datang seawal 7.30 pagi okay. Bangun pagi solat subuh diawal waktu. Semata-mata nak makan disini hahahaha. Lagipun, lama tak belanja Pak Guard. Jadi, ambil kesempatan belanja mereka jua ahaks

Roti canainya lembut. Kat sini pula diorang ada 3 jenis kuah cicah – sardin, kari (kaki) ayam dan kuah dal. Selaku pencinta kuah, aku memang akan campur kesemuanya. Mak Aiiiiii sedap yang amat. Ia cair tapi, entahlah…. sedap! Memenuhi selera aku. Dulu kritik, sekarang suka hahaha.

Kedai Makan Nasi Ayam Sedap di Bangi

Alhamdulillah, untuk kali ketiga, aku makan tengahari lagi di kedai makan Nasi Ayam Yunna, Bandar Baru Bangi. Kali ini, bawa Fadzil. Waktu hujung minggu je lah dapat makan luar hahaha. Kali ini, aku order Nasi Ayam Yunnan Roasted dan Nasi Ayam Yunnan (Stim).

Sayur pula, macam biasa aku order Baby Kailan dan Taugeh. Kesemua harga yang dikenakan adalah mampu milik.

Lahap kami menghabiskannya sebab pagi tadi hujan. Jadi, tak keluar rumah. Lagipun, aku sibuk bertakafur merealisasikan keyword yang baru aku jumpa untuk blog utama. Huh! letih

Kak Ina yang memperkenalkan aku akan cara makan ayam stim ini. Tuangkan dengan sambal merah. Masyaallah, bapak sedap! Manakan tidak, sampai aku ketagih nak datang sini lagi hahahahaha.

Senarai Harga Menu di Kedai Makan Nasi Ayam Yunnan Al Awali Bandar Baru Bangi. See, mampu milik dan berpatutan bagi aku. Insyaallah.

Alhamdulillah, cepat habis dan perut pun kenyang. Makan dengan puas hati dan penuh menyelerakan. Menu yang tidak heavy. Mood memang tengah diet ni. Jadi, kita lebihkan makan makanan stim macam ini. Eh!!!

Makan di Restoran Mohd Chan Bandar Baru Bangi

Jumaat lepas, aku pergi makan di Restoran Mohd Chan Bandar Baru Bangi. Kali ketiga kot makan kat sini. Sebelum ini sebab ‘makan besar’. Tapi kali ini aku bawa kawan aku makan disini. Sebab tak tahu makan sedap mana dah nie hahaha.

Banyak berubah dah suasana restoran ini. Kalau tak silap aku, dulu lain… Sudah semakin maju. Selama ini orang yang tolong order. Tapi, kali ini aku tak tahu nak order makan apa. Jadi, belek punya belek, kami order Mee Wantan, Mee Kari Melaka Seafood, Pau Emas dan air minuman citrus.

Aiyoooo pau emas apa yang dapat ini pun aku tak tahu hihi. Kembang diluar tapi isi cenonek haha. Tak terasa isi kuning telur masin itik-nya. Hampa yang amat.

Maka, terpaksalah nanti ke Dolly Dim Sum untuk makan pau seumpama ini.

Aku makan Mee Kari dan kawan aku makan Mee Wantan. OK lah. Boleh tahan sedapnya. Boleh datang sini lagi lain kali dan cuba menunya yang lain pula.

Bagi aku, mee wantan sedap. Terasa kicap cairnya yang menyelerakan itu. Sebab aku suka makan kicap hahahaha.

Alhamdulillah syukur. Kenyang. Habis!!! Boleh dikatakan Restoran Mohd Chan ini antara kedai makan sedap di Bandar Baru Bangi. Nyum Nyum Nyum… especially kalau nak makan dalam kumpulan besar. Menu yang sedap gamaknya.

Makan Nasi Ayam Sedap di Bangi

Port makan nasi ayam sedap di Bangi – Restaurant Nasi Ayam Yunnan Al-Awali @ Bandar Baru Bangi. Terletak bersebelahan dengan Melaka Kitchen dan bangunan yang bertentangan dengan Nasi Ayam Penyet Wong Solo.

Kunjungan kali kedua aku ke kedai makan ini. Kali pertama adalah sewaktu ‘sambutan’ hari jadi aku. Makan besar kat sini. Tapi, aku tak makan banyak mana waktu itu sebab sudah kenyang makan Nasi Kandar Melayu Apollo hahaha.

Kunjungan kedua aku ini, aku pergi dengan Kak Ina. Dia mengidam nak makan nasi ayam agaknya. Menu kegemaran dia adalah Ayam Masak Stim / kukus katanya.

Kami order special. Jadi, dapat kuantiti hidangan yang agak besar. Mungkin separuh ayam agaknya – ehh, tak pun suku. Ikut saiz ayam ler kot. Tapi memang puas hati.

Asalnya aku order roasted chicken dan chicken stim. Tapi yang sampai satu sahaja hahaha. Nasib baik diorang hantar satu sahaja. Sebab banyak yang amat. Aku pula order 2 menu sayur – taugeh dan kailan. Ish ish ish… melantak kenyang aku makan juadah enak ini.

Nampak gaya, macam senang je masak sayur. Letak bawang putih lebih sedikit dan kicap cair. Tengok gaya macam itu lah. Kemudian, kailan tu mungkin dicelur dahulu dengan air panas. Kemudian, baru tumis dengan bawang putih dan kicap cair. Aku agak je…

Tapi, serba serbi memang sedap menu disini. Aku pun tak nampak buku menu. Main order je. Sebab kedai nasi ayam kan… jadi, hidangan pun memang nasi ayam dan lauk pauk sayuran yang berkaitan juga.

Ohh ya, katanya sebelum ini kedai sini tidak ramai orang sangat. Tapi, alhamdulillah makin ramai dan penuh je sewaktu aku datang. Memang sedap. Boleh jadi kedai alternative untuk Chicken Rice Shop yang sokmo penuh dan agak mahal harganya hihi.

OK lah. Kita seal tempat ini untuk jadi port makan nasi ayam sedap di Bangi. Hurmmm, aku ada tengok di Google Maps, kedai ini beroperasi dari pukul 10.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari kecual hari jumaat (tutup).

Alhamdulillah kenyang dan puas hati.

Makan di Gerai Char Kuey Tiow Abang Power Kajang

Port makan baru (sedia ada) waktu petang – Gerai Char Kuew Tiow Abang Power. Makan disini sebab dekat dengan rumah. Signature dish kedai makan ini ialah Char Kuew Tiow dan ikan bakar. Menu goreng-goreng yang lain pun ada. Tidak kurang hebat dan sedap jua.

Tempoh hari, aku order makan Char Kuew Tiow kerang bersekali dengan telur mata. Nyum nyum sedap! Unik sebab tengok gaya, kuah tu macam diorang buat sendiri. Fadil yang dok Penang pun bgtau rasanya lebih kurang Penang mari (cuba lebih kicap katanya). Taste masing-masing hihi.

Aku tak pernah lagi order Kuew Tiow goreng. Mungkin next time boleh cuba order dan rasa. Sebab aku lebih gemar bergoreng berbanding basah.

Licin kami makan. Kalau tak silap, Char Kuew Tiow kerang yang aku order ini hanya RM6 sahaja. Kalau nak ada udang / ketam pula, harga lain. Kalau aku lapar yang amat memang akan order menu up level lagi.

Ini pula nasi goreng cili api. Antara menu nasi goreng kegemaran aku. Pedas berasap dan penuh dengan cili padi hahahaha. Aku tak makan semua pun cili tu. Tapi, entahlah… makan kalau tak ada cili depan mata, tak berasa pedas memang tak puas!