Skin 1004 Madagascar Centella Air Fit Suncream Review

Tak tahu nak cakap apa. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Aku SUKA benar dengan Madagascar Centella Air Fit Suncream dari jenama Skin 1004 ini. Tapi, pada masa yang sama hairan juga, terma yang digunakan adalah SUN CREAM dan bukannya SUNSCREEN. Ehh, aku yang salah baca pasal terma ke macam mana? Adakah ini lebih kepada terma marketing? Layankan sahaja.

Mereka mendakwa, Madagascar Centella Air Fit Suncream ini adalah physical ‘suncream’ yang tidak meninggalkan kesan putih pada kulit. Ya, memang betul. Aku sudah pakai semasa berkursus 3 hari 3 malam di Port Dickson tempoh hari. Memang tak nampak kesan putih pada kulit wajah. Terasa tak pakai apa-apa. Ringan dan betul-betul ‘terletak’ pada warna kulit aku. Sebab, sunscreen aku sebelum ini kesemuanya berwarna putih dan pink. Tapi, kali ini ia berwarna coklat (warna kulit). Agaknya, itulah yang buat dia sangat serasi dengan kulit muka (aku).

Baca: Sunscreen Terbaik – Kenali Apa Itu Sunscreen

Ada orang kata, Skin 1004 Madagascar Centella Air Fit Suncream ini dikategorikan sebagai hybrid sunscreen. Katanya kebaikan yang ada pada kedua-dua physical dan chemical sunscreen ada pada ‘sun cream’ Skin 1004 ini. Pendapat masing-masing. Aku sebagai orang yang ‘tidak tahu apa-apa’ atau ‘pengguna biasa’, hanya sekadar angguk dan okay kan ajer hihi. Selagi mana produk itu sesuai, ON je.

Produk ini sangat ringan dan mudah meresap. Tak perlu tunggu lama atau beria meratakan. Paling penting, ia tidak melekit dan nampak natural. Itu yang paling penting.

Its just nice and perfect for me!

Info lanjut mengenai Skin 1004 Madagascar Centella Air Fit Suncream boleh didapati di laman web WAKO. Aku pun memang beli dengan company ini. Tapi melalui Shopee. Beli pek kecil. Harga murah sedikit berbanding pek sebenar. Lepas habis ini, memang aku akan repurchase lagi. Insyaallah.

Skin1004 Madagascar Centella Air Fit Sunscreen Ingredients

Centella Asiatica Extract(29.4%), Cyclomethicone, Zinc Oxide, Water, Titanium Dioxide (CI 77891), Dicaprylyl Carbonate, Propanediol, Polyglyceryl-3 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Niacinamide, Caprylyl Methicone, Cetyl Ethylhexanoate, 1,2-Hexanediol, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Betaine, Magnesium Sulfate, Disteardimonium Hectorite, Hydrogen Dimethicone, Polymethylsilsesquioxane, Inositol, Aluminum Hydroxide, C30-45 Alkyl Cetearyl Dimethicone Crosspolymer, Polyglyceryl-2Dipolyhydroxystearate, Styrene/Acrylates Copolymer, Stearic Acid, Butylene Glycol, Pentylene Glycol, Dextrin, Theobroma Cacao (Cocoa) Extract, Coptis Chinensis Root Extract, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, Ethylhexylglycerin, Octyldodecanol, Madecassoside, Pelargonium Graveolens Flower Oil, Echium Plantagineum Seed Oil, Rosa Damascena Flower Oil, Cardiospermum Halicacabum Flower/Leaf/Vine Extract, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed OilUnsaponifiables, Dibutyl Adipate, Undecane, Sodium Hyaluronate, Tridecane, Tocopherol

skin1004 sunscreen ingredients,skin1004 madagascar centella air-fit suncream, skin1004 madagascar centella asiatica sunscreen ingredients, skin1004 all day all light mild sun cream spf50+ pa++++,

Sunscreen Terbaik – Kenali Apa itu Sunscreen

Secara umumnya, sunscreen berfungsi mengurangkan kesan penuaan pada kulit. Dek kerana itulah kita digalakkan untuk menggunakan krim pelindung matahari ini sebelum melakukan apa-apa aktiviti di luar rumah pada siang hari. Sunscreen ini membantu menghalang kulit kita dari mengalami kesan ‘kulit terbakar’ (sunburn) semasa cuaca panas pada siang hari.

Sunscreen dan SPF berpisah tiada. SPF merupakan singkatan kepada SUN PROTECTION FACTOR. Kita perlu pakai sunscreen setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.

Cara Mengira SPF XX pada sunscreen dalam melindungi kulit

Formula: (XX – 1) / XX

Contohnya, SPF 15 : (15-1)/15 = 0.93. Jadi, 93% sunsreen itu boleh membantu melindungi kulit kita daripada sinaran UV.

Setiap warna kulit punya ketahanan yang berbeza terhadap sinaran UV. Contohnya, kulit putih boleh bertahan sehingga 10 minit. Kulit kuning langsat pula boleh bertahan sehingga 15 minit. Manakala kulit sawo matang pula boleh bertahan sehingga 20 minit

Semakin gelap warna kulit, semakin lama atau kuat ia bertahan di bawah sinaran UV.

Apa itu sinaran UVA dan UVB?

UV merupakan singkatan bagi ‘ultraviolet’. Setakat pembacaan yang aku buat, ada dua jenis UV iaitu UVA dan UVB. UVA merupakan sinaran UV boleh menembusi lapisan kulit yang akhirnya boleh menyebabkan kulit menjadi tua, berkedut, kusam dan beberapa masalah berkaitan kulit yang lain.

Berbeza pula halnya dengan sinaran UVB yang tidak boleh menembusi lapisan kulit. Ia hanya menyerang lapisan kulit luar sahaja. Jadi, sinaran UVB inilah yang menyebabkan kulit terbakar atau lebih kita kenali sebagai sunburn.

Sebab itulah kita perlu gunakan sunscreen yang mampu memberikan pertahanan kepada kulit kita daripada sinaran UVA dan UVB ini.

Apa itu PA+++?

PA merupakan pengiraan kepada UVA. Manakala simbol +++ itu merupakan maksud kadar kekuatan UVA yang ada dalam sesuatu sunscreen. Orang kata, semakin banyak simbol +, semakin kuat / elok. Betul ke idok tak tahu lah.

Tip Menggunakan atau Memakai Sunscreen

  1. Sapu sunscreen 15 hingga 30 minit sebelum memulakan aktiviti di bawah sinaran UV
  2. Sapukan pada seluruh permukaan kulit yang terdedah pada sinaran UV termasuk pada leher/tangan
  3. Digalakkan juga untuk menggunakan lipbalm yang mengandungi SPF UVA dan UVB.
  4. Gunakan sunscreen secara berulang kali antara 3 hingga 4 jam sekali.

Baca: Pengalaman Yadah Oh My Sunscreen

Jenis Sunscreen Mengikut Kulit

  1. Kulit Kering – cari yang berbentuk krim atau lotion
  2. Kilit Berminyak – Cara yang berbentuk gel atau oil-free
  3. Kulit Sensitif – Cari yang berbentuk gel serta tidak mengandungi pengawet atau bau
  4. Kulit berbulu – cari yang berbentuk gel atau spray

Terdapat 2 Jenis Sunscreen – Physical Sunscreen & Chemical Sunscreen

Secara asasnya, chemical sunscreen akan menyerap sinar UV dan menukarkannya kepada haba. Manakala physical sunscreen akan memantulkan kembali sinar UV tersebut.

Pyhsical Sunscreen

Kelebihan

  • Melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB
  • Bagus untuk sensitive skin. Tidak menyebabkan kulit merengsa.
  • Tidak menyebabkan pori-pori tersumbat. Jadi, ia sangat sesuai untuk kulit berjerawat.
  • Sebaik sahaja dioleh pada kulit, ia terus berfungsi tanpa perlu menunggu lama.
  • Tahan lebih lama (kecuali jika melibatkan aktiviti fizikal / basah / berpeluh)

Kekurangan

  • Mudah hilang apabila berpeluh / gosokan / gosokan.
  • Meninggalkan kesan putih pada kulit dan boleh menjadikan titisan peluh berwarna putih. Jadi, sesetengahnya tidak sesuai untuk mereka yang berkulit gelap.
  • Texture yang berat / pekat

Baca: Pure Beauty Urban Shield Sunscreen Review

Chemical Sunscreen

Kelebihan

  • Texture yang ringan dan cair
  • Lebih mudah diratakan
  • Hanya memerlukan kuantiti yang sedikit

Kekurangan

  • Memerlukan sekurang kurangnya 20 minit untuk sunscreen berfungsi sepenuhnya atau 10 minit untuk ia kering / meresap pada kulit.
  • Risiko pori-pori tersumbat (bergantung kepada kandungan)
  • Semakin tinggi SPF, semakin tinggi risiko iritasi pada kulit sensitif
  • Boleh menyebabkan pedih pada mata jika titisan terkena mata.

Pilih yang mana? Kedua-duanya baik jika digunakan secara betul mengikut jenis kulit. Dipasaran sekarang ini, terdapat banyak produk sunscreen yang bersifat hybrid. Punya kedua-dua kebaikan yang ada pada chemical dan physical sunscreen. I would prefer hybrid suncreen.

Jika memakai chemical sunscreen, dinasihatkan untuk memakai sunscreen dahulu, kemudian barulah memakai serum atau mengikut skin care routine anda.

Berbeza pula situasinya untuk physical sunscreen. Digalakkan untuk memakai physical sunscreen pada peringkat terakhir skin care routine anda. Physical sunscreen bertindak sebagai satu lapisan yang akan menghalang sinar UV dan produk yang dipakai selepas lapisan physical sunscreen tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kulit.

fungsi spf dan pa++,cara menghitung spf,maksud sunscreen dalam bahasa melayu,apa itu spf 30 pa,maksud spf 50 pa+++,fungsi sunscreen,cara kira spf,jenis spf,bahan spf,apa itu uva dan uvb,

Cosrx Advanced Snail 96 Review Malaysia

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (panjang betul nama) ini merupakan ‘essence’ ketiga yang aku cuba selepas SK2 dan Watson 360. Tertarik untuk membeli dan mencubanya sebab produk ini boleh dikatakan viral dan punya review yang baik dikalangan warna internet.

Harganya pun taklah semahal mana. Sekitar RM50 hingga RM60 sahaja untuk 100ml. Pek yang menggunakan botol plastik. Pada awalnya, aku agak janggal sebab guna botol plastik. Tapi, akhirnya aku boleh terima sebab tahan lasak dan aku tak risau kalau jatuh / kucing aku lari kehulu-hilir panjat sana sini. Boleh? hahaha

Baca: Wish For Wedding : What to Write in a Wedding Card

Cosrx Snail 96 Mucin Power Essence Ingredients

Snail Secretion Filtrate, Betaine, Butylene Glycol,1,2-Hexanediol, Sodium Hyaluronate, Panthenol, Arginine, Allantoin, Ethyl Hexanediol, Sodium Polyacrylate, Carbomer, Phenoxyethanol

Cosrx Advanced Snail 96 Review Malaysia

Claims by Cosrx

Cosrx’s Advance Snail 95 Mucin Power Essence is an essence/serum formulated with 96% snail secretion filtrate. Snail secretion filtrate is great for your skin that’s needing some hydration and love as well as looking for anti aging properties. Damaged skin, acne scars/blemishes will also be visibly reduced with the help of the Snail 96 Mucin Power Essence. What’s not to love? Suitable for all skin types.

Cosrx Advanced Snail 96 Review Malaysia

Aku akan pakai Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence pada waktu hujung minggu dan belah pagi (sebelum pergi kerja). Sekitar waktu dhuha, aku cuci muka sebab nak solat dhuha. Kemudian, kadang-kadang selepas maghrib aku akan pakai (kalau tak ada kelas).

Baca: How To Use: Medi-Peel Melanon Malaysia Review

Agak melekit tekstur essence ini. Yelah, guna lendir siput katanya. Spesis siput yang mana tak tahu lah apa. Pada awalnya, aku agak tak selesa mana dengan tekstur essence ini. Tapi, lama kelamaan terbiasa dengan teksturnya. Agak mudah untuk diratakan dan mudah meresap. Selalunya aku pakai antara 2 atau 3 picit. Pakai essence ini sahaja sudah cukup memadai aku. Sangat melembap kulit muka.

Pernah beberapa kali aku mahu cuba kelainan kulit muka aku kalau tak pakai produk ini. Kering okay! Memang berbeza betul. Daripada situ, aku tahu, produk ini memang elok dan melembap kulit muka aku.

Tengoklah pada isi kandungan padanya, sedikit je. Tak macam produk lain yang berjela panjang senarai ingredients-nya. Less is more…….Seperti biasa, aku akan prefer produk yang bebas kimia dan paraben.

COSRX Advance Snail 96 Mucin Power Essence dapat membantu mengatasi permasalahan kulit, memperbaiki tekstur kulit dan tona tidak sekata – katanya. Yup, untuk kulit muka aku, aku dapat merasakan keberkesanannya.

One of my fav product so far.

How to use: Medi-peel Melanon Malaysia Review

Pelajar dan Jerawat bak kawan rapat. Berpisah tiada. Itu yang sedang aku hadapi sekarang. Jerawat sekali tumbuh, memang boleh surut cepat. Tapi, bekas jerawatnya nauzubillah sukar nak hilang. Meninggalkan bekas hitam yang merunsingkan bak tahi lalat di muka. Pengsan.

Pada masa yang sama, aku sendiri pun tak tahu beza bekas jerawat dan jeragat hihi. Jadi, aku pun belilah produk Medi-Peel Melanon X Cream 30ml di Lazada. Puluh ringgit je aku aku. Tak sangka pula waktu PKP ini, harganya melonjak sehingga RM110 hahaha.

Baca: The Ordinary Buffet Review Malaysia

Rupanya aku salah beli, krim ini adalah digunakan untuk merawat masalah jeragat dan memutihkan kulit sahaja. Bukannya untuk hilangkan masalah kesan bekas jerawat/parut jerawat. Hurmm, salah beli rupanya aku.

Kebaikan Medi-peel Melanon

  • Cream pemutih ini meratakan warna kulit dengan mengurangi dan mencegah hiperpigmentasi. 
  • Transformed into clear, radiant skin
  • Intensive care of facial skin and local area
  • Safe but sure brightening
  • Cream solution specializing in the most special coloring solution
  • Up to the stain of the face, dull black spots, dullness as well as pigmentation
  • Balm whitening, whitening oil balance, elasticity shine, wrinkle skin tone uniformity
  • Helps prevent spots from rising in the skin by controlling the root of spots. (Suppression of Melanin Absorption into Epidermal Cells)

Melanon Medi-peel Ingredients

Water, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Butylene Glycol, Caprylic/Capric Triglyceride, Betaine, Hydrogenated Polydecene, Dimethicone, Niacinamide, Polyglyceryl-3 Methylglucose Distearate, Cetearyl Alcohol, Glyceryl Stearate, Beeswax, Alpha-Arbutin, Broussonetia Extract, Magnesium Ascorbyl Phosphate, Oil Soluble Licorice (Glycyrrhiza) Extract, PEG-100 Stearate, Dimethicone/Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Sorbitan Stearate, Sucrose Cocoate, Cysteine (3000 ppm), Ascorbic Acid (3000 ppm), Carnitine (3000 ppm), Tranexamic Acid (1000 ppm), Aletris Farinosa Root Extract, Thuja Orientalis Leaf Extract, Zanthoxylum Schinifolium Leaf Extract, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Hamamelis Virginiana (Witch Hazel) Extract, Morus Alba Bark Extract, Phyllanthus Emblica Fruit Extract, Trichosanthes Kirlowii Root Extract, Vitis Vinifera (Grape) Seed Ol, Simmondsia Chinensis (Jojoba) Seed Oil, Hydroxyacetophenone, Ozokerite, Tocopheryl Acetate, Arginine, Ethyhexylglycerin, Carbomer, Sodium Hyaluronate, sh-Oligopeptide-1, sh-Oligopeptide-2, sh-Polypeptide-1, sh-Polypeptide-3, sh-Polypeptide-16, Adenosine, Xanthan Gum, Disodium EDTA, Fragrance, 1,2-Hexanediol, Glycerin, Propanediol

How To Use Melanon Cream

Use at the last stage of skin care. Take an appropriate amount and apply onto desired areas (or the entire face) thinly. 

Gunakan 1-2 tetes pada tangan, tekan secara halus dengan tipis. Tepuk tepuk wajah sehingga meresap.

Aku guna sekali picit je. Lepas tu sapu pada mana-mana bahagian yang ingin aku fokus. Kekadang aku sapu seluruh muka. Sebab ada juga aku tengok YouTuber / Blog gunakan Melanon Cream ini sebagai pelambap. Ikut kulit muka masing-masing.

Melanon Medi-peel Reviews

Aku dah guna sekitar hampir 3 bulan kalau tak silap. Memang tak boleh hilangkan bekas jerawat (sentap). Tapi, nampak perbezaan pada kulit muka. Putih sedikit berbanding sebelum ini. Itu pun aku tak pasti keberkesanannya sebab sepanjang tempoh PKP ini, aku duduk rumah je. Memang kurang terdedah dengan pancaran matahari hihi. So, its hard to comment.

Overall okay. Cuma, yelah, cream. Jadi, tekstur krimnya agak buat kulit muka aku tak selesa. Berkrim. Kalau orang kulit kering, mungkin selesa kot. Aku kulit kombinasi. Apapun, sedang gigih untuk menghabiskannya ahaks

Vitamic C The Ordinary – My Review

Vitamic C The Ordinary - My Review

The Ordinary ini ada 2 jenis produk Vitamin C – Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% dan Vitamin C Suspension 30% in Silicone. Baca sana sini dan tengok mana yang berkenan, akhirnya aku memilih untuk mencuba Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2%. Sebab utamanya adalah untuk elak penggunaan Silicone haha.

The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% ini (water, alcohol, oil, silicone, nut, gluten dan cruelty) FREE selain daripada vegan. Itu statement daripada laman web yang aku baca. Aku pakai seminggu sekali atau dua kali sahaja. Kekadang aku pakai 3 hari berturut-turut. Ikut kulit masing-masing lah ek. Setakat ini, sesuai dengan kulit muka aku. Seriously, memang nampak perbezaanya. Muka glowing siot hahahaha. Bukan aku kata, tapi orang sekeliling aku yang kata. Feeling aku pun rasa kulit terasa lembap dan anjal. Berbanding sebelumnya.

Baca: The Ordinary Buffet Review Malaysia

Tapi, yang lecehnya pakai The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% ini ialah sewaktu memakainya. Terasa macam pakai wax berpasir. No pain No beauty kononya. Kena pakai cepat-cepat sebab terasa berpasir pada tangan. Kalau kulit muka ada luka kena cakar kucing / luka jerawat etc, aku tak pakai. Sebab risau pedih.

Untuk pertama kali pakai, kulit akan terasa pedih. Selepas itu, untuk penggunaan kedua dan seterusnya, tiada masalah. Smooth je

Aku pakai pencuci muka jenama cetaphil untuk kulit normal, memang tak boleh cuci Vitamin C ini dengan bersih. Wajib pakai Cleansing Oil juga. Buat double cleansing baru rasa yakin bersih.

Tahan lama juga produk ini, pakai sedikit sahaja dan oles ke seluruh kulit muka. Aku selesa pakai Vitamin C ini pada waktu malam. Jenuhlah hidup kalau pakai pada waktu siang. Susah dan terasa membazir pulak sebab kena banyak kali cuci untuk Wuduk. Waktu malam lebih praktikal.

Agak kotor kan gambar The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% hahaha. Logik lah, aku dah lama pakai. Tak boleh elak untuk kotor. Pengsan. Harap tiada yang kecam.