Sunscreen Terbaik – Kenali Apa itu Sunscreen

Secara umumnya, sunscreen berfungsi mengurangkan kesan penuaan pada kulit. Dek kerana itulah kita digalakkan untuk menggunakan krim pelindung matahari ini sebelum melakukan apa-apa aktiviti di luar rumah pada siang hari. Sunscreen ini membantu menghalang kulit kita dari mengalami kesan ‘kulit terbakar’ (sunburn) semasa cuaca panas pada siang hari.

Sunscreen dan SPF berpisah tiada. SPF merupakan singkatan kepada SUN PROTECTION FACTOR. Kita perlu pakai sunscreen setiap hari disebabkan lapisan atmosfera kita yang semakin menipis.

Cara Mengira SPF XX pada sunscreen dalam melindungi kulit

Formula: (XX – 1) / XX

Contohnya, SPF 15 : (15-1)/15 = 0.93. Jadi, 93% sunsreen itu boleh membantu melindungi kulit kita daripada sinaran UV.

Setiap warna kulit punya ketahanan yang berbeza terhadap sinaran UV. Contohnya, kulit putih boleh bertahan sehingga 10 minit. Kulit kuning langsat pula boleh bertahan sehingga 15 minit. Manakala kulit sawo matang pula boleh bertahan sehingga 20 minit

Semakin gelap warna kulit, semakin lama atau kuat ia bertahan di bawah sinaran UV.

Apa itu sinaran UVA dan UVB?

UV merupakan singkatan bagi ‘ultraviolet’. Setakat pembacaan yang aku buat, ada dua jenis UV iaitu UVA dan UVB. UVA merupakan sinaran UV boleh menembusi lapisan kulit yang akhirnya boleh menyebabkan kulit menjadi tua, berkedut, kusam dan beberapa masalah berkaitan kulit yang lain.

Berbeza pula halnya dengan sinaran UVB yang tidak boleh menembusi lapisan kulit. Ia hanya menyerang lapisan kulit luar sahaja. Jadi, sinaran UVB inilah yang menyebabkan kulit terbakar atau lebih kita kenali sebagai sunburn.

Sebab itulah kita perlu gunakan sunscreen yang mampu memberikan pertahanan kepada kulit kita daripada sinaran UVA dan UVB ini.

Apa itu PA+++?

PA merupakan pengiraan kepada UVA. Manakala simbol +++ itu merupakan maksud kadar kekuatan UVA yang ada dalam sesuatu sunscreen. Orang kata, semakin banyak simbol +, semakin kuat / elok. Betul ke idok tak tahu lah.

Tip Menggunakan atau Memakai Sunscreen

  1. Sapu sunscreen 15 hingga 30 minit sebelum memulakan aktiviti di bawah sinaran UV
  2. Sapukan pada seluruh permukaan kulit yang terdedah pada sinaran UV termasuk pada leher/tangan
  3. Digalakkan juga untuk menggunakan lipbalm yang mengandungi SPF UVA dan UVB.
  4. Gunakan sunscreen secara berulang kali antara 3 hingga 4 jam sekali.

Baca: Pengalaman Yadah Oh My Sunscreen

Jenis Sunscreen Mengikut Kulit

  1. Kulit Kering – cari yang berbentuk krim atau lotion
  2. Kilit Berminyak – Cara yang berbentuk gel atau oil-free
  3. Kulit Sensitif – Cari yang berbentuk gel serta tidak mengandungi pengawet atau bau
  4. Kulit berbulu – cari yang berbentuk gel atau spray

Terdapat 2 Jenis Sunscreen – Physical Sunscreen & Chemical Sunscreen

Secara asasnya, chemical sunscreen akan menyerap sinar UV dan menukarkannya kepada haba. Manakala physical sunscreen akan memantulkan kembali sinar UV tersebut.

Pyhsical Sunscreen

Kelebihan

  • Melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB
  • Bagus untuk sensitive skin. Tidak menyebabkan kulit merengsa.
  • Tidak menyebabkan pori-pori tersumbat. Jadi, ia sangat sesuai untuk kulit berjerawat.
  • Sebaik sahaja dioleh pada kulit, ia terus berfungsi tanpa perlu menunggu lama.
  • Tahan lebih lama (kecuali jika melibatkan aktiviti fizikal / basah / berpeluh)

Kekurangan

  • Mudah hilang apabila berpeluh / gosokan / gosokan.
  • Meninggalkan kesan putih pada kulit dan boleh menjadikan titisan peluh berwarna putih. Jadi, sesetengahnya tidak sesuai untuk mereka yang berkulit gelap.
  • Texture yang berat / pekat

Baca: Pure Beauty Urban Shield Sunscreen Review

Chemical Sunscreen

Kelebihan

  • Texture yang ringan dan cair
  • Lebih mudah diratakan
  • Hanya memerlukan kuantiti yang sedikit

Kekurangan

  • Memerlukan sekurang kurangnya 20 minit untuk sunscreen berfungsi sepenuhnya atau 10 minit untuk ia kering / meresap pada kulit.
  • Risiko pori-pori tersumbat (bergantung kepada kandungan)
  • Semakin tinggi SPF, semakin tinggi risiko iritasi pada kulit sensitif
  • Boleh menyebabkan pedih pada mata jika titisan terkena mata.

Pilih yang mana? Kedua-duanya baik jika digunakan secara betul mengikut jenis kulit. Dipasaran sekarang ini, terdapat banyak produk sunscreen yang bersifat hybrid. Punya kedua-dua kebaikan yang ada pada chemical dan physical sunscreen. I would prefer hybrid suncreen.

Jika memakai chemical sunscreen, dinasihatkan untuk memakai sunscreen dahulu, kemudian barulah memakai serum atau mengikut skin care routine anda.

Berbeza pula situasinya untuk physical sunscreen. Digalakkan untuk memakai physical sunscreen pada peringkat terakhir skin care routine anda. Physical sunscreen bertindak sebagai satu lapisan yang akan menghalang sinar UV dan produk yang dipakai selepas lapisan physical sunscreen tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap kulit.

fungsi spf dan pa++,cara menghitung spf,maksud sunscreen dalam bahasa melayu,apa itu spf 30 pa,maksud spf 50 pa+++,fungsi sunscreen,cara kira spf,jenis spf,bahan spf,apa itu uva dan uvb,