Alhamdulillah, sudah sekitar 5 bulan lebih aku guna Sunscreen jenama Pure Bueauty ini. Range product untuk illuminating Urban Shield. Kandungan SPF nya ialah 50+ dan PA ++++. Inilah sunscreen pertama yang aku guna sepanjang hidup. Bertahun dahulu ada pernah mencuba sunscreen jenama Loreal. Tapi pakai sekali dua sahaja. Sebab buat kulit muka aku terasa berminyak yang amat.
Teksturnya agak cair, ringan dan melembab pada kulit muka. Mudah menyerap pada kulit muka. Selesa tatkala memakainya. Yelah, sunscreen pertama katanya. Hasil pembacaan, ramai yang bagi review / pengalaman yang positif terhadap produk ini.
Pada harga yang sangat murah, iaiatu sekitar RM30 untuk 50ml, bagi aku ia sangat berbaloi untuk dimiliki. Tahan lama sebab aku walaupun aku pakai dua kali sehari iaitu selepas solat dhuha dan selepas solat zuhor. Senang nak cuci, tidak melekit dan berminyak sangat. Just nice
Terima kasih atas perkhidmatan sepanjang 5 bulan + ini. Jasamu dikenang. Next produk sunscreen yang ingin aku cuba ialah Skin Aqua Tone Up UV. Orang kata best. Review pun menarik, kita cuba pada kulit muka sendiri pula, apa hasilnya haha.