Simple Smoothing Facial Scrub Review Malaysia

Jenama SIMPLE merupakan antara jenama kepercayaan aku. Produknya memang terbukti selamat dan sesuai untuk aku. Walaupun aku berkulit kombinasi, tapi aku lebih selesa memakai produk jenama ini khususnya untuk tujuan cleansing (form atau gel). Banyak juga produk jenama ini yang aku gunakan sebelum ini. Sejak dari zaman universiti lagi. Bahan yang digunakan adalah selamat dan okay untuk aku.

Baca: Acwell Licorice Toner Review Malaysia

Kawan pejabat aku sebelum ini macam-macam produk dia gunakan. Konon sesuai digunakan walaupun untuk kulit sensitif. Tapi, hasilnya non-ado jua. Aku cadangkan dia untuk gunakan produk ini. Alhamdulillah, berkesan dan sesuai untuk dia. Bagi aku, produk mat salleh ni jarang menipu. Mau kena kecam dengan netizen mereka.. hahaha

Berbalik kepada Simple Smoothing Facial Scub ini, ia didatangkan dengan ‘rice granules’. Bijian beras kot dalam bahasa melayunya. Aku beli pek bersaiz kecil. Sebab penggunaannya pun sekadar 1 hingga 2 kali seminggu. Pek pula boleh pakai sehingga setahun (selepas dibuka). Tak adanya aku nak beli pek yang besar. Bosan kot guna pek yang sama lama sangat. Harga murah je rasanya nie. Sangat mampu milik. Jenama ini mudah didapati dimana-mana drugstore. Macam aku, paling hampir, Watson je lah.

Bagi aku, walau apapun, scub muka itu perlu buat juga. At least seminggu sekali. Jangan berlebihan sebab ia boleh menyebabkan kulit menjadi nipis dan akhirnya rosak.

Kebaikan Scrub Simple

Scrub wajah memang penting untuk exfoliate muka kita daripada sel-sel mati. Sel-sel mati ni yang menyebabkan muka kita gelap dan kelihatan kusam yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan mengakibatkan jerawat.

lepas scrub sangat sesuai untuk kita pakai serum atau essence sebab ia akan meresap dengan lebih berkesan lagi. Katanya. Kulit muka pasti akan terasa lebih licin selepas menggunakannya.

Tips Memilih Scrub

  • Pilihlah scrub yang tidak terlalu kasar pada kulit
  • Elakkan scrub yang mempunyai bahan seperti paraben
  • Gunakan scrub yang bersesuaian dengan jenis dan masalah kulit

Apa yang palinga ku suka pada Simple Smoothing Facial Scrub ini ialah kandungan ‘bijian beras’. Hahaha sangat mengimbau kembali kenangan waktu kecil. So far alhamdulillah, aku selesa memakai scrub jenis dan jenama ini. Adalah 2 ke 3 bulan lebih.

simple smoothing facial scrub review malaysia, simple smoothing facial scrub watsons, simple scrub review malaysia, simple smoothing facial scrub guardian,kebaikan scrub simple,kebaikan simple smoothing facial scrub,simple smoothing facial scrub target,simple face wash,

Watson Water 360 Hydrating Mask Review

Ramai betul blogger dan influencer yang membuat review mengenai produk Watson 360 Mineral Spring Water Drop Hydrating Mask ini. Impressive sebab Watson pun keluarkan produk jenama mereka sendiri. Maknanya, keuntungan pun berlipat ganda sebab pasarkan jenama sendiri juga. Watson vs Guardian – aku rasa, taburan cawangan Watson lebih banyak. Jadi, aku pun memang selalu beli barangan di drugstore ini berbanding yang lain. Mana yang terhampir.

Watson Water 360 Hydrating Mask – aku gunakan sebagai moisturizer. Ehhh memang itu kan maksud hyrating tu? Sudah berbulan aku pakai produk ini pada waktu siang. Pada harga bawah RM50 (rasanya), boleh dapat 220g dan tersangat tahan lama. Berbulan lamanya dan setiap hari bekerja aku pakai selama berkali kali sehati, tetap macam tak luak je kuantitinya haha.

Watson Water 360 Hydrating Mask Review

Teksturnya seakan air jel. Apabila terkena tangan, ia akan mencair. Sangat cepat meresap dan ringan. Tidak terasa apa pun tatkala memakainya. Waktu mula-mula pakai, rasa macam ada biji-biji. Tapi, lepas pakai lama sampai ke dasar botol, macam kurang pula bijian itu. haha

Baca: Missha Time Revolution The First Treatment Essence Rx – Msia Review

Overall puas hati. Sangat sesuai untuk mereka yang berjimat dan malas mahu beli banyak kali produk skincare. Beli sekali, boleh pakai sampai 6 bulan (mungkin). Macam pakai 2 – 3 kali sehari. Lepas solat dhuha, zuhor dan kekadang asar (jika ada kelas). Settle, kulit muka terasa lembap dan segar. Pakai ini sahaja sudah memadai kot.

Water 360 Hydrating Mask Ingredients

Aqua, Propanediol, Cyclopentasiloxane, Dimethicone, Alcohol, Dipropylene Glycol, Sodium Chloride, Trehalose, Dimethicone/PEG-10/15 Crosspolymer, 1,2-hexanediol, Hydroxyacetophenone, Pentylene Glycol, Sodium Citrate, Lauryl PEG-9 Polydimethylsiloxyethyl Dimethicone, Stearoyl Inulin, Phenoxyethanol, Onsen-Sui, Lactose, Parfum, Microcrystalline Cellulose, Jojoba Esters, Sodium Hyaluroate, Hydroxypropyl Methylcellulose, Sea Water, Hydrolyzed Corallina Officinalis Extract, Butylene Glycol, Sodium Benzoate, Glycerin, Potassium Sorbate, Denatonium Benzoate, Tocopheryl Acetate, Citric Acid, Limonium Vulgare Flower/Leaf/Stem Extract, Ethylhexylglycerin, Codium Tomentosum Extract, Ecklonia Cava Extract, Gelidium Cartilagineum Extract, Hizikia Fusiforme Extract, Butylphenyl Methylpropional, Linalool, Benzyl Salicylate, Hexyl Cinnamal, Geraniol, CI 74160, CI 74260


watson water 360 hydrating mask review, watson water 360 moisturizer,
kebaikan water 360,watson 360 moisturizer review malaysia,water 360 moisturizer review,water 360 hydrating mask ingredients,water 360 moisturizer review malaysia,

Acwell Licorice Toner Review Malaysia

My favourite toner so far – Acwell Licorice pH Balancing Cleansing Toner. Sudah berbotol dan banyak kali repurchase produk ini di Lazada / Shopee. Alhamdulillah, selesa dan enjoy. Apa yang paling aku gemar ialah, taip kali jerawat nak tumbuh, aku akan bubuh toner ini. Setakat ini, ia berkesan mengecutkan jerawat.

Baca: 1001 I Miss You Quote for Him and Her

Kebaikan Acwell Toner

Kebiasaannya, TONER atau juga dikenali sebagai penyegar ini digunakan selepas seseorang itu membersihkan wajah. Antara kebaikan, fungsi dan kepentingan toner ialah:-

  • Sebagai pelengkap kepada proses pembersihan kulit wajah. Ini kerana, kotoran mungkin ada yang masih bersisa di liang pori. Toner mampu menyerap dan membantu menanggalkan kotoran dengan lebih baik
  • Fungsi utama toner lain ialah, ia membantu mengecutkan liang pori-pori. Semakin kecil liang pori-pori, semakin halus kulit wajah seseorang itu.
  • Membantu menyingkirkan sel kulit mati. Oleh sebab itu penting untuk membeli dan menggunakan jenis toner yang bersesuaian dengan kulit muka. Jika kulit muka mempunyai masalah jerawat, beli toner yang mengandungi acid. Manakala jika punya masalah kulit kusam, beli toner yang mengandungi kologen atau hyaluronic acid.
  • Kebanyakan pembersih wajah bersifat alkali. Oleh yang demikian, toner berfungsi untuk menseimbangkan pH selepas dicuci
  • Toner = Penyegar. Jadi, pemakaian toner yang konsisten membantu membuatkan kulit wajah kelihatan segar.
  • Penggunaan Toner yang kerap boleh mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat pada muka.
Acwell Licorice Toner Review Malaysia

Pada harga sekitar RM40 – RM49, boleh dapat botol bersaiz 150ml. Tapi ada botol bersaiz lebih besar. Harga lebih berbaloi. Sangat mudah untuk didapatai di mana-mana toko online. Harga pun berbeza-beza. Tinggal pilih sahaja seller mana yang berkenan dihati.

Baca: Missha Time Revolution The First Treatment Essence Rx – Msia Review

Acwell Licorice pH Balancing Cleansing Toner Ingredients

Water, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Water, PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Dipropylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Poloxamer 184, Phenoxyethanol, Rheum Palmatum Root Extract, Psidium Guajava Leaf Extract, Rosa Hybrid Flower Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Perilla Ocymoides Seed Extract, Poncirus Trifoliata Fruit Extract, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, Sodium Citrate, Disodium EDTA, Citric Acid, Tocopheryl Acetate, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Cimicifuga Dahurica Root Extract, Pueraria Lobata Root Extract

Toner ini dirumus khas untuk mereka yang berkulit sensitif. Tapi aku yang mempunyai kulit kombinasi pun selesa memakainya. Entah kenapa, aku memang suka pakai produk untuk kulit sensitif. Sebab lebih selamat dan bahan kandungannya lebih meyakinkan.

Teksturnya cair dan mudah meresap pada kulit muka. Cara penggunaan toner yang aku amalkan ialah kadang guna cotton dan kadang sekadar guna tangan sahaja. Kalau guna cotton, memang akan nampak kesan ‘daki’ dan kotoran melekat pada cotton.


acwell toner review malaysia, acwell licorice toner reviews, acwell licorice toner review malaysia, kebaikan acwell toner,acwell toner review malaysia, best balancing toner,acwell licorice toner where to buy,licorice ph balancing cleansing toner,

Missha Time Revolution The First Treatment Essence Rx – Msia Review

Missha Time Revolution The First Treatment Essence Rx – panjang betul nama produk ini. Essence kedua seumpanya yang aku beli ala-ala SK2. Orang kata, kelebihannya melebihi SK2. Tapi pada masa yang sama, harga lebih mampu milik. Produk ini menerima banyak review yang positif di internet. Antara punca kenapa aku nak cuba sendiri produk ini. Harga sekitar seratus ringgit lebih untuk 150ml. Why not?

Aku enjoy pakai essence seumpama ini sebab cair bak air biasa. Tidaklah pekat likat macam jenama lain. Sometimes, aku mahukan sesuatu yang mudah untuk digunakan. Tepek-tepek sudah siap.

Katanya, Missha Time Revolution The First Treatment Essence Rx ini adalah generasi keempat untuk siri pengeluaran produk jenama ini. Kiranya kebaikan / kelebihan yang ada di dalamnya adalah lebih baik dari generasi sebelumnya. Melembap kua kali lebih berbanding generasi ketiga.

Missha Time Revolution The First Treatment Essence Rx - Msia Review

3 kebaikan utama yang dipaparkan ialah melembap, membantu memperbaiki masalah tekstur kulit dan tona tidak sekata

Baca: Fungsi Dan Kebaikan Essence – Malaysia

Missha Time Revolution The First Treatment Essence Rx Ingredients

Kandungan utama produk ini ialah:-

Cicaenzyme Fermentations – melembapkan dan menstabilkan kulit

Pearl Reef Extracts – menaggalkan sel kulit mati, melicinkan tekstur kulit dan mencerah disamping menganjal.

Rice Extracts – Mengandungi banyak vitamin baik yang membantu melembut dan mencerahkan kulit.

Yeast Ferment Extract, 1,2-Hexanediol, Niacinamide, Bifida Ferment Lysate, Water, Diethoxyethyl Succinate, Propanediol Sodium PCA, Ethylhexylglycerin, Adenosine, Polyquaternium-51, Xanthan Gum, Butylene Glycol, Vinegar, Oryza Sativa (Rice) Extract, Glycerin, Pearl Powder, Ceramide NP, Cholesterol, Hydrogenated Lecithin

How To Use?

Ada orang pakai cotton. Tapi aku pakai tangan dan pek pek je kat muka. Settle. Air essence ini pun elok untuk tangan. But kulit tangan jadi lembut je. Ahaks


missha time revolution malaysia, missha time revolution essence rx, missha time revolution the first treatment essence rx, missha time revolution the first treatment essence rx review, missha time revolution the first treatment essence rx ingredients,

Fungsi dan Kebaikan Essence – Malaysia

Kebaikan Essence

Essence merupakan sejenis cecair yang cepat meresap apabila disapu pada permukaan kulit. Ia memiliki molekul yang lebih kecil berbanding serum.

Secara amnya, serum mempunyai bahan-bahan aktif untuk menangani masalah kulit seperti pencerahan, bintik hitam, kedutan dan lain-lain. Serum juga lebih pekat teksturnya. Essence mempunyai tekstur yang jauh lebih ringan dan lembut berbanding serum.

Baca: Vitamic C The Ordinary – My Review

Essence selalunya diaplikasikan selepas pemakaian toner dan sebelum penggunaan serum / pelembap. Dimana, fungsi toner adalah menfokuskan kepada menyeimbangkan PH kulit dan sebagai pembersih/ exfoliator dalam bentuk cecair yang mampu menghilangkan kotoran dari kulit. Essence diformulasi untuk mencerah, menegang dan melindungi kulit. Oleh kerana itulah ia diperlukan untuk semua jenis kulit.

Essence atau Serum yang Bagus?

Essence merupakan produk kecantikan yang pada mulanya berasal dari negara luar seperti Korea dan Jepun. Essence mempunyai konsistensi air yang dibuat untuk menyerap jauh ke dalam kulit yang lebih baik berbanding serum. Namun, pada masa yang sama ia masih memiliki formula pekat yang serupa seperti serum.

Fungsi dan Kebaikan Essence - Malaysia

Essence dan serum diformulasikan oleh bahan-bahan nutrien yang bertindak secara spesifik untuk merawat keadaan kulit yang tertentu. Sebagai contoh, brightening essence atau serum berfungsi untuk membuatkan kulit wajah lebih berseri-seri. Berbeza pula halnya dengan anti-aging essence atau serum yang bertindak untuk mengurangkan kedutan dan meningkatkan keremajaan kulit.

Baca: Image+ Wish Anniversary and Messages

Jenis serum dan essence yang berbeza memainkan fungsi yang berlainan. Penggunaan serum mahupun essence adalah sangat baik untuk meningkatkan lagi penyerapan moisturizer anda ke dalam kulit. Apa yang pasti, serum dan essence lebih fokus kepada masalah kulit seperti anti aging, acne, dark spot, pigmentation, firming, whitening dan lain-lain lagi.

Jadi, mahu pakai kedua-duanya boleh dan jika mahu pakai salah satu pun boleh. Terpulang.

Kepentingan Essence

Baca: Skin 1004 Madagascar Centella Air Fit Suncream Review

Antara fungsi, kebaikan dan kepentingan essence ialah:-

  • Memberi kelembapan dan nutrisi hingga jauh ke dalam kulit.
  • Membantu penyerapan skincare yang lain – Essence bekerja di dalam jaringan kulit, penggunaan essence sebelum serum dan pelembab akan mempermudah dan mempercepat keduanya untuk merasuk dalam sel kulit.
  • Essence sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, baik kulit kering, kulit berminyak, hingga kulit sensitif berjerawat.
  • Essence dapat mencegah dan bahkan meyamarkan garis-garis halus pada wajah
  • Kebanyakkan essence mengandungi antioksidan dan mineral untuk menyerikan wajah.
  • Mencegah kulit kering dan iritasi
  • Membantu mengembalikan kadar pH dalam kulit wajah

Cara Penggunaan Essence

Cara menggunakan essence yang baik adalah dengan menuangkan sejumlah cairan essence pada telapak tangan atau jari-jari tangan kemudian ditepuk-tepukkan pada bagian dahi, pipi, dan dagu.


kebaikan essence, fungsi essence malaysia, kepentingan essence, essence terbaik drugstore, essence murah, essence terbaik malaysia, harga essence, whitening essence terbaik,essence toner adalah,essence atau serum yang bagus,essence untuk kulit berjerawat dan sensitif,essence untuk remaja,