Vitamic C The Ordinary – My Review

Vitamic C The Ordinary - My Review

The Ordinary ini ada 2 jenis produk Vitamin C – Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% dan Vitamin C Suspension 30% in Silicone. Baca sana sini dan tengok mana yang berkenan, akhirnya aku memilih untuk mencuba Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2%. Sebab utamanya adalah untuk elak penggunaan Silicone haha.

The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% ini (water, alcohol, oil, silicone, nut, gluten dan cruelty) FREE selain daripada vegan. Itu statement daripada laman web yang aku baca. Aku pakai seminggu sekali atau dua kali sahaja. Kekadang aku pakai 3 hari berturut-turut. Ikut kulit masing-masing lah ek. Setakat ini, sesuai dengan kulit muka aku. Seriously, memang nampak perbezaanya. Muka glowing siot hahahaha. Bukan aku kata, tapi orang sekeliling aku yang kata. Feeling aku pun rasa kulit terasa lembap dan anjal. Berbanding sebelumnya.

Baca: The Ordinary Buffet Review Malaysia

Tapi, yang lecehnya pakai The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% ini ialah sewaktu memakainya. Terasa macam pakai wax berpasir. No pain No beauty kononya. Kena pakai cepat-cepat sebab terasa berpasir pada tangan. Kalau kulit muka ada luka kena cakar kucing / luka jerawat etc, aku tak pakai. Sebab risau pedih.

Untuk pertama kali pakai, kulit akan terasa pedih. Selepas itu, untuk penggunaan kedua dan seterusnya, tiada masalah. Smooth je

Aku pakai pencuci muka jenama cetaphil untuk kulit normal, memang tak boleh cuci Vitamin C ini dengan bersih. Wajib pakai Cleansing Oil juga. Buat double cleansing baru rasa yakin bersih.

Tahan lama juga produk ini, pakai sedikit sahaja dan oles ke seluruh kulit muka. Aku selesa pakai Vitamin C ini pada waktu malam. Jenuhlah hidup kalau pakai pada waktu siang. Susah dan terasa membazir pulak sebab kena banyak kali cuci untuk Wuduk. Waktu malam lebih praktikal.

Agak kotor kan gambar The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% hahaha. Logik lah, aku dah lama pakai. Tak boleh elak untuk kotor. Pengsan. Harap tiada yang kecam.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI