The Ordinary Niacinamide Malaysia Review

The Ordinary Alpha Arbutin Review Malaysia

Apa yang boleh kita ketahui ialah, Niacinamide ini merupakan Vitamin B3. Ia mengandungi komposisi bahan aktif antioksidan yang tinggi (katanya). Apa yang dapat aku rasakan hasil daripada pemakaian selama lebih 2 bulan ini?

Baca: Niacinamide Fungsi. Keburukan dan Kebaikan

  1. Bagi aku, tekstur The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% ini agak lembut, ringan dan cair berbanding Alpha Arbutin (jenama yang sama). Guna sedikit sahaja dah boleh oles seluruh kulit muka dan leher. Lebih tahan lama berbanding Alpha Arbutin rasanya ni kot untuk aku.Apa yang penting, ia sangat cepat meresap pada permukaan kulit.
  2. Kulit muka lebih kenyal berbanding sebelum ini. Feeling aku je kot. Tapi, kalau betul apa salahnya. Memang betul pun.
  3. Warna kulit muka aku kelihatan lebih sekata. Tak ada kusam, gelap atau cerah yang tak sekata. Sekata belaka tona warnanya. Dahulu, aku agak takut tengok cermin. Yelah, nampak macam pelik je. Tapi, sekarang terasa bangga diri pula. Sebab nampak bersih haha.
  4. Produk ini pun dikatakan boleh menghirasi kulit. Melembabkan kulit dalam bahasa biasanya. Yelah tu kot. MEmang, aku pun dapat rasakan kulit muka akn lembab sepanjang penggunaan dan selepas penggunaannya. Feel better.
  5. Minyak pada kulit muka khususnya pada zon T pun kurang. Akhirnya, menyebabkan bintik hitam / bintik putih semakin mengurang dari hari ke hari. Nampak moist dan glowing je orang kata.

Baca: The Ordinary Alpha Arbutin Review Malaysia

Adakah aku akan membeli produk ini lagi? YA. Sudah semestinya. Sebab aku rasa selesa dan terasa keberkesanannya pada kulit muka aku. So, kenapa perlu memikir produk yang lain?

Baca: 100 Travel Blog Taglines Ideas & Example

The Ordinary Niacinamide Malaysia Review

Cara Pakai The Ordinary Niacinamide

Niacinamide ini serum. Secara umumnya, ia akan dipakai selepas penggunaan toner. Ada orang pakai Niacinamide pada belah pagi dan Alpha Arbutin pada belah malam. Tapi, aku pakai pada belah malam sahaja (untuk segala jenis serum yang aku guna). Normally aku akan gilirkan dengan jenis-jenis serum lainnya. Oh, daripada jenama The Ordinary juga.

Mahal kan. Jadi, rasa sayang nak pakai pada belah siang haha. Sebab rutin skincare aku secara puratanya bermula selepas solat dhuha. Sekitar 8.30 pagi baru pakai. Nanti nak kena cuci muka pula untuk solat zuhor dan asar. Jadinya, aku guna produk skincare lain yang lebih murah tapi keberkesanannya lebih kurang sama. Gitu katanya.

Baca: Kali ke-4 Makan di Cafe Nasi Kukus Tok We

Pakai tipis sahaja. Tapi kalau ada jerawat atau noda hitam pada kulit muka, padanya aku akan titiskan lebih sedikit. Tahan lama. Kena pandai berjimatlah. Jangan over letak banyak sangat. Gigih!

the ordinary niacinamide malaysia review, the ordinary niacinamide malaysia price, niacinamide products malaysia, drugstore products with niacinamide malaysia, the ordinary malaysia, the ordinary malaysia store, cara pakai the ordinary niacinamide, where to buy the ordinary skincare in malaysia, The Ordinary Niacinamide Malaysia Review

The Ordinary Alpha Arbutin Review Malaysia

The Ordinary Alpha Arbutin Review Malaysia

Antara kesemua produk jenama The Ordinary, Alpha Arbutin 2% + HA ini antara yang aku suka pakai. Serum yang agak melekit berbanding yang lain. Warnanya pun tak sejernih serum yang lain. Agak kusam sedikit warnanya (bagi aku).

Sebelum ini, aku punya masalah kulit kusam, tona tidak sekata dan jerawat. Masyaallah, jerawat aku tumbuh bergilir-gilir. Hilang satu tumbuh satu. Pantang stress sedikit, jerawatlah jawabnya. Walhal aku memang menjaga muka dengan baik. Cuci muka pagi dan petang. Gitulah rutinnya.

The Ordinary Alpha Arbutin Review Malaysia

Tapi, rupanya kulit muka perlukan penjagaan tambahan. Tidak cukup hanya dengan mencuci muka pagi dan petang atau malam sahaja. Kaji punya kali dan tanya rakan taulan, mereka mencadangkan jenama The Ordinary ini. Untuk permulaan aku mencuba serum Alpha Arbutin dahulu. Perlu cuba dahulu samaada jenis produk ini sesuai dengan kulit muka aku atau tidak.

Baca: Apa itu Alpha Arbutin. Apa kebaikan?

Sudah hampir 2 hingga 3 bulan lebih aku menggunakan The Ordinary Alpha Arbutin. Kelihatannya hampir separuh aku pakai. Berbanding yang lain, aku memang lebih kerap mencalit muka aku dengan serum ini. Seronok memakainya agaknya.

Ini adalah apa yang aku rasakan sepanjang menggunakan serum Alpha Arbutin ini. Oh! mungkin ini juga boleh merupakan antara kebaikan yang ada pada The Ordinary Alpha Arbutin:-

  1. Bekas jerawat / noda hitam di muka kelihatan memudar dari hari ke hari. Aku tak pasti apa yang memudarkannya. Tapi, memandangkan aku memang kerap pakai serum ini, mungkin ia menjadi antara faktor yang membantu. Kelihatan lebih cepat memudar.
  2. Kulit muka aku lebih lembut, licin – flawless. Boleh tak kata sebegitu? Bukan aku sendiri je yang perasan. Tapi, orang yang urut badan dan bekam aku pun kata kulit muka aku licin dan bersih. Nampaklah peubahan itu. Tidak dinafikan.
  3. Aku kalau keluar jerawat besar, mesti akan tinggalkan bekas hitam selepas kering. Memang susah nak hilang. Tapi, selepas penggunaan Alpha Arbutin ini, aku rasa masalah bekas jerawat ini tak sesusah mana untuk diselesaikan. Eh jap! apa beza bekas jerawat dan noda?
  4. Bagi aku, tekstur serum ini agak melekit berbanding yang lain. Tak cair mana. Bagi aku, memang lebih selesa serum yang agak melekit. Ease to handle. Apa yang penting, ia cepat meresap pada kulit wajah. Tak melekit mana selepas digunakan pun.
  5. Mencerahkan kulit muka? Seriouslah. Aku tak pasti. Betul atau tak. Tapi, perasaan aku menyatakan kulit muka aku lebih cerah berbanding sebelum ini. Ada dua faktor, mungkin sebab sedang ‘berehat’ daripada event larian atau sebab penggunaan Alpha Arbutin dan produk skincare yang lain. Antara itu je lah.
  6. Kulit muka lebih lembab. Ya, itu yang dapat aku rasakan tatkala pertama kali memakai serum ini. Bagi aku, ia lebih melembab berbanding The Ordinary Niacinamide.
  7. Seriously, aku rasa bersyukur sangat sebab bukan sahaja serum Alpha Arbitin ini sesuai dengan kulit muka aku, tapi juga produk yang lain. Mungkin juga sebab kulit muka aku boleh terima kandungannya kot.

Baca: Pelbagai Kaedah Merawat, Menjaga Kucing Demam

Acap kali aku titikkan Alpha Arbutin keatas permukaan kulit muka yang berjerawat. Alhamdulillah, keesokan paginya jerawat mengecut. Tak jadi tumbuh. Kekadang aku letak Niacinamie dan kekadang aku letak Alpha Arbutin. Kedua-duanya kelihatan berkesan untuk mengecutkan jerawat.

alpha arbutin kebaikan, the ordinary alpha arbutin review malaysia, testimoni alpha arbutin the ordinary, the ordinary alpha arbutin untuk apa, apa itu arbutin, the ordinary alpha arbutin review malaysia,

Fungsi Niacinamide Malaysia Untuk Kulit Wajah

Apa Itu Niacinamide

Niacinamide merupakan vitamin B3 yang ada pada beberapa jenis makanan seperti ayam, ikan salmon, tuna dan sayuran hijau. Ia berfungsi untuk kesihatan otak, kesihatan kulit, sistem pencernaan dan sistem saraf manusia.

Niacinamide mulai digunakan pada abad ke-20 untuk mengubati penyakit kulit yang diakibatkan oleh kekurangan vitamin B3 (atau lebih dikenali sebagai pellagra) yang menyebabkan kulit menjadi radang, kering dan mengelupas.

Kini, produk berasaskan Niacinamide banyak digunakan dalam bahan penjagaan kulit khususnya bagi tujuan kulit berjerawat. Ia membantu memperkuatkan pertahanan lapisan kulit paling luar, menghilangkan kemerahan yang disebabkan oleh jerawat dan meredakan jerawat yang meradang.

Baca: Alpha Arbutin Kebaikan. Bagus Sangat Ke?

Penggunaannya yang kerap boleh menjadikan pori-pori kulit lebih bersih kerana niacinamide mampu membantu mengawal penghasilan minyak. Kulit yang berminyak tidak akan menjadi kering, dan kulit yang kering tidak akan menjadi berminyak.

Fungsi Niacinamide Malaysia

Antara fungsi dan kebaikan penggunaan Niacinamide pada kulit wajah ialah:

  • Melembap dan menghaluskan kulit. Ketika dioleskan pada kulit, produk kecantikan yang mengandung niacinamida dapat membantu mengurangkan peradangan pada kulit.
  • Ia juga ampuh membantu mengatasi masalah jerawat, eksim, dan rosacea

Baca: Happy Birthday Mom – letter, funny, poems etc

  • Kandungan 5 peratus niacinamida dapat membantu mencerahkan kulit. Niacinamide membantu merangsang produksi kolagen kulit sehingga noda hitam bekas jerawat menjadi pudar dan samar.
  • Menurut kajian, ia juga mempercepat proses baikpulih DNA kulit yang rosak akibat paparan sinar UV.
  • Niacinamide dapat mendorong penghasilan kolagen dan terbentuknya elastin baru sehingga kedutan halus serta kulit yang kendur dapat kembali menjadi lebih sihat.

Seperti biasa, keberkesanan penggunaan Niacinamide ini akan dapat dilihat selepas penggunaan sekitar 4 minggu dan ke atas.

Perlu diingat, tidak semua kulit sesuai atau alergi dengan Niacinamide ini khususnya bagi mereka yang berkulit sensitif. Peratusan kandungan Niacinamide boleh menimbulkan kesan iritasi pada kulit. Ia boleh memberikan reaksi kemerahan bagi mereka yang tidak sesuai dengan kandungannya.

Sila mulakan dengan kandungan produk Niacinamide yang mengandungi peratusan paling rendah dahulu.

fungsi niacinamide malaysia, fungsi niacinamide the ordinary, fungsi niacinamide untuk kulit wajah, efek samping niacinamide, manfaat niacinamide the ordinary, kebaikan niacinamide, skincare yang mengandung niacinamide, fungsi niacinamide dalam skincare, review the ordinary niacinamide, fungsi niacinamide dan zinc, Fungsi Niacinamide Malaysia

the ordinary serum watsons,

Alpha Arbutin Kebaikan. Bagus sangat ke?

Alpha Arbutin boleh dijadikan pengganti kepada hydroquinone sebagai alternatif yang selamat dan semulajadi untuk kulit yang lebih cerah.

Ia merupakan sebatian semulajadi yang diekstrak daripada pelbagai sumber tumbuhan semulajadi seperti bearberry, blueberry, cranberry, kulit pir dan gandum.

Alpha Arbutin Kebaikan

Dalam ujian klinikal, alpha arbutin telah didapati lebih berkesan berbanding asid kojic atau hydroquinone. Alpha Arbutin adalah tulen dan larut air. Ia banyak digunakan dalam banyak produk pemutihan penjagaan kulit

Baca: Khasiat & Keburukan Teh Hijau Untuk Kurus

Kebaikan Alpha Arbutin

Satu kajian mencerahkan kulit pada 80 wanita menunjukkan bahawa emulsi yang mengandungi 1% alfa Arbutin menyebabkan pencerahan kulit kesan lebih cepat dan lebih ketara selepas 1 bulan berbanding dengan komponen tunggal lain yang biasa digunakan pada tahap penggunaan 1%.

Alpa Arbutin merupakan agen pencerah semulajadi. Kandungan yang satu ini dapat membantu mengurangi produksi melanin yang menyebabkan pigmentasi pada kulit. Sekaligus menjadikan kulit tampak lebih cerah dengan cara mengurangkan aktivitas enzim tirosinase.

Selain mengatasi kekusaman dan kulit yang gelap, Alpha Arbutin juga dapat digunakan untuk mengatasi berbagai masalah kulit kusam dan noda hitam di wajah.

Baca: Ucapan Hari Lahir Paling Panjang

Membantu mengurangkan masalah parut jerawat, tona kulit tidak sekata dan kulit kusam.

Penggunaan produk penjagaan wajah yang mengandungi Alpha Arbutin secara teratur boleh membantu membuatkan wajah bersih. Kandungan bahan aktifnya mampu bekerja sama seperti asid lactic.

Alpa Arbutin juga memiliki fungsi sebagai pelembab kepada kulit. Ia sangat cocok untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering.

Kandungan bahan aktif pada Alpha Arbutin mempu meredakan jerawat yang baru mahu tumbuh. Titiskan sahaja cecair Alpha Arbutin pada jerawat. Insyaallah ia akan mampu mengempiskan dan mengeringkan jerawat.

Alpha Arbutin kebaikan

Rejim Penjagaan Kulit Muka Aku

Hahahaha kelakar sebenarnya. Tapi, antara niche dan keyword yang ingin aku gunakan dalam blog denniszill.com ini ialah kecantikan dan kesihatan. Isi masa lapang dan sedang ber-eksperimen tentang niche dan keyword ini.

Penjagaan kulit muka (skincare) aku bermula sejak terasa diri ini semakin meningkat usia – kulit semakin kusam. Aku pula pada masa sama agak aktif bersukan sana sini. Jadi, kulit agak berminyak dan semakin menghitam. Ramai orang menegur. Stress dibuatnya. Hasilnya, banyaklah aku mengkaji produk skincare di internet dan saling bertukar pendapat dengan rakan-rakan sepejabat.

Daripada beli satu, kepada satu dan akhirnya banyak produk skincare yang kini aku guna dan amalkan. Antara produk yang berjaya menambat hati dan lekat dengan aku ialah:-

Baca: Ucapan Selamat Hari Lahir Ibu Mertuaku

The Ordinary

  1. Buffet
  2. Hyaluronic Acid 2% + B5
  3. Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2%
  4. Niacinamide 10% + Zinc 1%
  5. Alpha Arbutin 2% + HA

Pada awalnya, aku hanya beli Niacinamide dan Alpha Arbutin je. Dua produk ini antara yang paling awal aku beli iaitu sekitar seminggu sebelum kempen online sales 11.11.2019. Beli awal sebab mahu elak masalah delivery.

Selepas beberapa ketika mengamalkan serum dari The Ordinary ini, aku terasa jatuh cinta pula. Tak pasti apa puncanya. Sama ada pengaruh rakan / social media influencer mahupun kesan pada kulit aku. Nampak berkesan dan terasa perubahannya. Jadi, aku beranggapan, produk jenama ini sesuai untuk aku gunakan (setakat ini).

Hasilnya, aku terus beli Buffet dan Vitamin C. Kemudian, selang sebulannya aku beli Hyaluronic Acid. Setakat ini, aku telah guna 5 produk berjenama The Ordinary. Memang nampak lain dan uniknya produk ini. Insyaallah, aku akan buat review satu persatu produk ini nanti haha.

Serum ini aku guna pada waktu malam sahaja. Gilir-gilir dan ikut kondisi kulit muka pada ketika itu. Tahan lama.

Missha Time Revolution The First Treatment

Aku terpengaruh dengan iman abdul rahman dan populariti produk ini di Lazada. Banyak komen dan rating tinggi untuk produk ini di Store Wynora Lazada. Positif belaka komentarnya.

Setakat ini, aku pun memang tidak menggunakan apa-apa produk essence cecair (macam SK11). Khabarnya bagus. Seminggu mencuba, memang terasa kelainannya. Tak pasti adakah ini sekadar perasaan aku semata-mata atau hasil ‘rejim’ penjagaan skincare yang lain. Tapi, aku rasa produk Missha Time Revolution ini pun turut memberikan ‘sumbangan’ yang banyak.

Baca: Ucapan Hari Lahir untuk Anak Tersayang

Aku guna waktu malam lepas mandi antara maghrib dan isyak camtu.

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence 100 ml

Produk ini kelihatan viral dan ramai orang memuji akan keberkesanannya. Aku yang lampi dan kurang ilmu pengetahuan ini pun mencubalah. Agak melekit sedikit tekstur essence ini. Hahaha aku panggil essence siput babi. Agak terasa ‘berat’ tatkala menggunakannya. Tapi ia cepat meresap ke dalam kulit.

Aku guna waktu malam / waktu cuti hujung minggu. Tahan lama. Rasa macam dah pakai banyak, tapi tak habis-habis haha. Kadang aku pakai MISSHA, kadang aku pakai COSRX. Ikut mood dan kondisi situasi.

Acwell Licorine pH Balancing Cleansing Toner 150mlPURE BEAUTY

Rasanya, sudah dua botol aku guna produk ini. Yelah, pH pun 5.5 jadi tak merengsa dan menghakis kulit muka. Terasa selesa dan insyaallah akan terus menggunakan produk ini. Sana sini orang review produk ini dan kesemuanya berikan komentar positif (setakat yang aku lihat).

Illuminating Urban Shield Sun Protector SPF50 50ml

Inilah produk sunscreen pertama yang aku beli dan gunakan. Harga pun murah dan cenonet je saiznya. Aku ingatkan akan habis cepat sebab aku guna ini setiap hari di pejabat. Rasa dah nak masuk dua bulan ke tiga bulan, tapi tak habis-habis lagi. Terasa bosannya menggunakan produk ini. Boleh?

Tapi, bagi aku produk ini bagus dan sesuai dengan kulit muka aku. Tak terasa berminyak pada muka. Cepat meresap dan ringan. Mungkin akan repeat beli lagi kot atau guna produk sunscreen yang lain tapi jenama yang sama. Sennag nak cari sebab dijual secara ekslusif di Watson. Harga pun murah sekitar RM30 untuk 50ml.

Baca: Koleksi Ucapan Selamat Pengantin Baru

WATSONS Mineral Spring Water Drop Hydrating Mask 220g

Produk ini jenama Watson, jadi memang senang untuk diperolehi di drugstore. Katanya untuk hydrating. Inilah produk hydrating pertama yang aku gunakan. Murah je pun harganya, Kalau tak silap, tak sampai RM40 rasanya. Tak habis-habis lagi sampai sekarang. Agaknya kena tunggu 4 atau 5 bulan kot baru habis (220g).

Puas hati. Mungkin akan repeat beli lagi kelak.

Simple Micellar Cleansing Water

Aku pun tak tahu sebab apa aku beli produk ini. Konon untuk bersihkan muka sebelum solat zuhor. Tapi, aku jarang-jarang pakai. Guna kalau terasa kulit muka semacam tidak bersih walaupun telah cuci muka.

Tapi, hasil gunakan produk ini terasa macam anjal je kulit muka. Lembut dan lembab.

Baca:

Nivea Extra White Repair & Protect with SPF 30 ++

Produk penjagaan kulit tangan. Sebab tangan terasa macam hitam / sunburn je kata orang. Terpaksalah beli produk untuk jaga tangan. Pulak! Aku beli saiz kecil-kecil je. Sebab cepat bosan nak tunggu habis kalau beli saiz besar.

Simple Cleansing Oil

Aku amalkan double cleansing – pencuci muka biasa + oil celansing sebab aku gunakan sunscreen dalam rejim harian. Konon sebab nak betul-betul pastikan kulit muka bersih dan segala kotoran pada muka betul-betul hilang.

Setakat ini sangat puas hati dengan hasilnya. Ini pun sama, guna lama tapi tak habis-habis sampai sekarang haha. Antara produk awal yang aku beli. Lebih daripada 3 bulan telah guna.

ST IVES Blackhead Clearing Green Tea Scrub 170g

Aku ada masalah blackhead dan whitehead especially di bahagian hidung haha. Entahlah, tak pasti samaada produk ini berkesan untuk aku atau tidak. Dah setengah tahun pakai, tapi tak nampak sangat apa perubahan yang ada. Kira bolehlah sebab blackhead pun tak banyak mana.

Saiz biji pun tak besar mana. Ramai yang beri respond prositif. Kita iyakan sahaja. Aku pakai 2 atau 3 kali seminggu.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Haaaa, aku pakai produk jenama ini bertahun lamanya. 2 atau 3 tahun rasanya. Tak merengsa, menghakis atau apa. Terasa kulit muka lembab selepas memakainya. Ya, aku selesa dengan produk ini. Kalau beli, aku akan buat stock 500gram x 2 terus. Boleh pakai lamaaaa hahaha.

Memang menjadi amalan untuk simpan stock produk di rumah. Malas nak menggelabah kalau tetiba habis. Waktu sibuk dan senggang aku tidak menentu.

Baca: Phuket Thailand

Yadah Oh My Suncreen

Ini produk suncreen kedua aku. Digunakan hanya pada hari cuti / outstation/ meeting luar dan tidak masuk pejabat. Khabarnya inilah suncreen paling viral ketika aku beli. Konon paling ringan gamaknya. Aku pun gunalah. Kot-kot betullah apa yang dikhabarkan.

Ya, memang betul. Ringan dan tak bercapuk. Aku pakai pun orang tak perasan mana. Umpama tidak memakai apa-apa produk skincare. Selesa

Ada produk yang aku pakai hanya pada hari bekerja dan ada juga produk yang aku pakai hanya pada hari cuti. Aku asingkan untuk kegunaan di pejabat dan dirumah. Malas nak berangkut bawa sana sini dalam beg. Melenggang lebih baik