The Ordinary Buffet Review Malaysia

Sudah lebih 4 bulan aku guna The Ordinary Buffet. Hahaha tak sangka, banyak produk skincare aku datang daripada jenama The Ordinary ini. Rasa selesa dan sesuai dengan kulit. Jadi, kenapa perlu mencari yang lain? The Ordinary Buffet ini umpama serum yang punya pelbagai fungsi. Ala-ala multi vitamin. Sangat sesuai untuk orang yang malas memikir jenis atau kandungan serum. All-In-One. Semua khasiat dan nutrisi yang diperlukan oleh kulit ada dalam serum ini.

Baca: The Ordinary Hyaluronic Acid Review Malaysia

Harganya agak mahal berbanding serum The Ordinary yang lain. Sekitar RM70 lebih (bergantung kepada penjual). Antara Kebaikan The Ordinary Buffet adalah:-

Kulit lebih lembut – Katanya The Ordinary Buffet ini akan menjadikan kulit wajah lebih lembut, halus dan anjal. Pengalaman aku? Boleh jadi juga. Sebab sekarang aku dapat rasakan kelembutan pada kulit wajah aku. Terasa perubahannya sebelum dan selepas.

Membantu Perbaiki Tekstur Kulit – Kandungan semulajadinya membantu memperbaiki tekstur kulit. Boleh jadi juga. Sebab aku terasa anjal – toing toing ahaks.

Membantu Kulit Bermasalah – Hasil pembacaan aku, kalau lepas kena sunburn, sesuai pakai The Ordinary Buffet ini. Sebab ia multi fungsi. Boleh lekas meredakan sunburn. Sebelum ini, pantang kena panas / berjemur sedikit, kulit mesti hitam ala-ala sunburn. Alhamdulillah, lepas guna serum Buffet ini, masalah tak terjadi lagi. Masa juga situasinya dengan jerawat. Sudah kurang aka hampir tiada masalah jerawat nasi. Kalau ada pun masalah jerawat ‘besar’. Sebab stress belajar dikkk haha.

Baca: Romantik – Ucapan Hari Lahir Untuk Suami

Membantu Mencerahkan Kulit – Rasanya, kesemua produk penjagaan kulit di Malaysia ini mesti ada fungsi mencerah. Antara modal pemasaran yang wajib ada hahaha.

Anti Oksidan – Selain daripada mencerah, kandungan anti oksidan juga wajib ada dalam mana-mana produk skincare. Nak nampak muda berbanding usia dan sihat 🙂

Melembabkan kulit – Sangat elok untuk mereka yang berkulit kering. Macam aku yang punya kulit kombinasi pun sesuai juga. Untuk hidrasi. Kulit yang lembab boleh menjadikan wajah kelihatan sihat dan segar.

Aku pakai The Ordinary Buffet ini pada waktu malam sahaja. Tak lah selalu. Tapi dalam seminggu adalah 3 atau 4 kali pakai. Antara Serum yang paling kerap aku pakai berbanding serum The Ordinary yang lain.

Teksturnya agak melekit dan pekat. Guna sedikit sahaja sudah memadai. Cepat yang amat meresap pada kulit. Tapi, kulit muka akan jadi berkilat kalau pakai pada kuantiti yang sepatutnya hahaha.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI