Tip Kurus: Kebaikan Green Tea / Teh Hijau

  1. Rahsia panjang umur dikalangan masyarakat Jepun. Negara Jepun terkenal dengan cara pemakanan mereka yang sihat dan juga budaya minum teh hijau dalam setiap hidangan.
  2. Membantu mengurangkan risiko mengidap penyakit kencing manis. Kajian yang dilakukan di Jepun yang mendapati 42 peratus mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.
  3. Melegakan ketidakhadaman. Amalkan dalam 2-3 cawan sehari bagi membantu melancarkan penghadaman korang. Barulah gaya hidup sihat!
  4. Green tea juga dikatakan membantu merangsang fungsi otak. Ia bukan saja berfungsi untuk mengaktifkan kadar metabolisme dalam badan, malah juga mempunyai kafein (tidak sebanyak kopi) yang diakui sebagai bahan perangsang minda. Kajian terhadap manusia menunjukkan teh hijau boleh meningkatkan pembakaran lemak dan kadar metabolisme badan.
  5. Green tea juga dikatakan merupakan antioksidan yang membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit kanser.

Baca: 20+ Doa Selepas Solat – Koleksi Doa Para Nabi

Kanser payudara: Kajian daripada meta-analysis menunjukkan wanita yang minum teh hijau mempunyai risiko kanser payudara 22 peratus rendah wanita lain.

Kanser kelenjar prostat: Satu kajian mendapati lelaki yang kerap minum teh hijau mendapat kanser prostat kurang 48 peratus berbanding lelaki lain.

Kanser usus: Kajian terhadap 69,719 wanita China yang minum teh hijau mendapati mereka kurang mendapat kanser usus sebanyak 57 peratus.

  1. Kebaikan green tea yang paling popular – Membantu untuk kurus. Beberapa kajian menunjukkan teh hijau menurunkan lemak badan terutamanya pada bahagian perut.
Tip Kurus: Kebaikan Green Tea / Teh Hijau
Bilakah waktu terbaik untuk minum green tea / teh hijau jika mahu berat badan turun secara konsisten?

Selepas Makan – Green tea mampu memberikan manfaat terbaiknya jika diminum selapas makan. Apatah lagi jika ditambah dengan perahan lemon ke dalamnya. Leman sangat bermanfaat dalam melancarkan proses pencernaan.

Sebelum Tidur – Minum sekurangnya 1 jam sebelum tidur. Green tea dikatakan membantu membakar lemak ketika kita sedang tidur. Walaubagaimanapun, tidak digalakkan untuk minum green tea pada malam hari dek kerana kandungan kafien di dalamnya.

Baca: Khasiat & Keburukan Teh Hijau Untuk Kurus

Selepas Sarapan – Sekurang-kurangnya minum teh hijau 30 minit selepas sarapan pagi.

Awas – Jangan minum teh hijau ketika perut kosong. Ia boleh mengganggu sistem pencernaan badan.

Kafien Dalam Green Tea

Lebih banyak kuantiti dan lebih lama green tea direndam, maka kandungan kafien nya juga semakin tinggi. Namun, dalam banyak-banyak jenis green tea, jenis Chinese Oolong Green Tea yang punya kandungan kafien yang paling rendah.