Membeli Air Fryer Haier HA-AF40 4 liter

Alhamdulillah, ada rezeki lebih untuk membeli dan memiliki Air Fryer sendiri. Selepas membuat sedikit kajian dan pembacaan di internet – Google, Facebook, Lazada dan Shopee, akhirnya aku memilih untuk membeli Air Fryer jenama Haier yang berkapasiti 4 liter pada harga RM309 sahaja. Pada asalnya aku agak keliru nak beli jenama apa? – Philips atau Tefal atau Haier. Akhirnya atas faktor harga, user friendly dan kapasiti, aku memilih Air Fryer jenama Haier HA-AF40.

Faktor pertama aku pilih adalah ada gambar panduan waktu dan suhu pada paparan hadapannya hahahaha. Senang nak adjust suhu dan masa. Sebab pada masa ini aku pun ada Microwave Oven jenama Electrolux. Tapi tak reti guna sebab button yang ada pelik-pelik. Rugi je beli dan pasang di dapur.

Teruja sebab dah lama sangat impikan nak memiliki ‘gadjet’ ini. Tambah teruja sebab order pagi rabu lepas, keesokan harinya dah dapat. Memang terbaik dan pantas penjual di Shopee itu. Lagipun harga yang ditawarkan pun murah berbanding harga yang ditawarkan di Kedai Haier rasmi. Cara pembungkusan pun baik dan selamat. Review pun banyak dan kelihatannya stok yang telah terjual pun banyak yang amat.

Aku tak cuba lagi nie. Esok kot nak cuba masak ayam panggang ke apa camne. Pada bungkusan itu pun ada diberikan buku resepi. Jadi, kita ikut dulu mana yang rasa berkenan dihati.

Cara Minum Teh Hijau Agar Cepat Kurus

Aku rasa, PKP ini telah menyebabkan berat badan aku meningkat dengan mendadak. Ditambah pula duduk dengan kawan yang kurus tapi kuat makan. Gigihlah aku memasak menu sedap dan menggemukkan. Menu sedap selalunya menambah berat badan. Dok menambah nasi sokmo. Ahaks

Baca: Review Selepas Lebih 3 Bulan Guna Hada Labo Cleansing Oil

Banyak inisiatif sedang aku lakukan untuk kurangkan berat badan. Antaranya ialah mengamalkan teh hijau. Selama ini, pelbagai jenis teh hijau telah aku cuba. Tapi, setakat ini Teh Hijau jenama Boh paling sedap diminum (bagi aku). Harga pun tak mahal dan tak murah mana. Harga standard yang mampu milik.

Sebelum-sebelum ini, kalau nak kurukan badan, aku akan amalkan teh hijau sampai aku rasa jemu. Terbukti berkesan untuk aku. Perut terasa ringan dan asyik nak kencing je. Sebab katanya Teh Hijau ini meningkatkan metabolisma.

Teh hijau ni banyak manfaatnya jika diamalkan setiap hari. Antaranya ialah

  • Anti penuaan, nampak muda remaja
  • Meningkatkan metabolisme
  • Sumber tenaga
  • Mengurangkan kolesterol
  • Membakar kalori
  • Mengurangkan risiko kena kanser
  • Mencegah kegemukan

Senarai ini aku dapat daripada Google. Banyak juga hasil pembacaan yang menghasilkan kesimpulan seumpama senarai diatas. Khabarnya, teh hijau ini telah menjadi amalan kepada masyarakat Jepun sejak turun temurun. Terbukti, jika kita lihat, umur penduduk Jepun memang panjang kebanyakkannya.

Baca: Latest Wishes for Birthday to Inspire You

Bagi aku, tak perlu ambil produk kurus itu dan ini. Cukup sekadar amalkan teh hijau setiap hari dan lakukan senaman sekurang-kurangnya 2 kali seminggu atau lari antara 5KM hingga 10KM. Settle.

Minum teh hijau pula jangan tambah guna atau memana pemanis lain. CUkup sekadar teh hijau dan air panas semata-mata. Aku rasa, manis teh hijau itu sendiri sudah memadai untuk mengenakkan lidah yang merasa. Hahaha

Cara Minum Teh Hijau Agar Cepat Kurus Cara Minum Teh Hijau Agar Cepat Kurus

Khasiat & Keburukan Teh Hijau Untuk Kurus

teh Hijau

Khasiat Teh Hijau

Teh hijau merupakan antioksidan yang amat bagus. Ia diperolehi daripada kandungan polifenol di dalamnya.

Kajian menunjukkan bahawa teh hijau membakar lemak serta meningkatkan kadar penggunaan tenaga.

Mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap diabetes.

Baca: Rejim Penjagaan Kulit Muka

Ramai mengatakan yang meminum teh hijau memberikan tenaga yang stabil dan lebih produktif berbanding apabila mereka meminum kopi.

Kandungan katekin didalamnya berupaya meningkatkan kesihatan gigi di samping mengurangkan masalah bau nafas. Katekin boleh membunuh bakteria dan virus seperti influenza. Ini mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

Teh hijau mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok sebanyak 31%.

Keburukan Teh Hijau

Teh hijau ini banyak kelebihan. Tapi kalau pengambilannya dibuat secara berlebihan, sudah semestinya ia boleh mendatangkan keburukan kepada sesiapa sekalipun. Antara keburukan teh hijau (jika diambil secara berlebihan) ialah:-

Baca: 100+ Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik

Kandungan Kafein yang Tinggi – Bukan sahaja kopi, teh terutamanya teh hijau juga mengandungi kafein didalamnya. Pengambilan kafein yang tinggi boleh mengakibatkan insomnia / susah tidur.

Mengganggu Kesuburan – Sekiranya seseorang itu sedang berusaha untuk mendapatkan zuria, jangan ambil teh hijau. Pengambilan teh hijau yang berlebihan boleh menyebabkan paras homon testosteron lelaki menurun. Ia boleh menyebabkan lelaki itu ‘tiada mood’ untuk melakukan hubungan kelamin.

Teh Hijau Terbaik

Terdapat pelbagai jenis jenama teh hijau yang dijual dipasaran. Setakat ini aku sudah mencuba 3 jenama teh hijau ini.

  • Teh Hijau Ahmad – Baunya harum. Tapi harganya lebih mahal berbanding yang lain. Jenama dari UAE kelihatannya. Guna pula nama ‘London’. Rasanya ringan dan aku suka 🙂
  • Teh Hijau Boh – Jenama teh hijau pertama yang aku minum. Rasanya biasa-biasa sahaja. Tapi, aku menyukainya sebab inilah rasa teh hijau pertama yang aku rasa hahaha. Lembut. Tidak manis dan tidak tawar.
  • Teh Hijau Lipton – Aku baru minum beberapa uncang teh hijau jenama lipton ini. Hairan sebab aku rasa manis. Agaknya varieti teh hijau pun pelbagai. Lain jenama lain guna varieti-nya (mungkin).

Cara Minum Teh Hijau – Minum Sebelum Makan

Pengambilan teh hijau sekitar dua jam sebelum atau selepas makan dikatakan boleh memaksimumkan pengambilan nutrien dan penyerapan iron.

Elakkan meminum teh hijau ketika makan sekiranya seseorang itu mengalami masalah anemia.

Cara Minum Teh Hijau – Sebelum Bersenam

Teh hijau boleh membantu membakar lebih lemak kerana ia mengandungi kafein. Ia dipercayai membantu meningkatkan tenaga supaya kita dapat bersenam dengan lebih lama. Dalam masa yang sama membantu membakar lemak dan akhirnya dapat mengurangkan berat badan.

Sebaiknya minumlah teh hijau 30 minit sebelum bersenam.

Minum Teh Hijau Sebelum Tidur

Boleh ke minum teh hijau sebelum tidur? Teh hijau bukanlah sejenis minuman yang sesuai diminum sebelum tidur.Kafein yang ada di dalamnya boleh menjejaskan tidur kita. Kandungan asid amino L-theanine akan membuatkan kita lebih sedar dan fokus. 

Cara Minum Teh Hijau Agar Cepat Kurus

Waktu yang terbaik untuk meminumnya adalah dua jam sebelum waktu tidur. Pada waktu ini, metabolisme berada pada tahap rendah dan teh hijau boleh membantu meningkatkannya.

Jika seseorang itu mengambil teh hijau untuk mengurangkan berat badan, waktu ini adalah waktu yang terbaik. Minum teh hijau sebelum tidur dapat membantu membakar lemak ketika kita sedang tidur.

Awas! Mencampurkan susu dalam teh hijau akan mengurangkan nilai antioksidan. Elakkan minum teh hijau bersama susu.

Cara Makan Chia Seed Untuk Kurus

Chia Seed, atau Biji Chia, atau Salvia hispanica, merupakan benih kecil yang kaya dengan nutrien yang berasal dari tumbuhan berbunga dalam keluarga mint. Ia berasal dari benua Amerika Tengah dan Selatan. Benih chia telah mendapat populariti di seluruh dunia kerana manfaat kesihatan yang banyak. Benih ini kaya dengan nutrien seperti serat, protein, asid lemak omega-3, dan pelbagai mikronutrien seperti kalsium, magnesium, dan fosforus. Mereka juga dikenali kerana kandungan antioksidan yang tinggi.

Biji chia boleh dimakan secara keseluruhan atau digiling. Ia juga boleh digunakan sebagai bahan tambahan ke dalam smoothie, yogurt, oatmeal, atau sebagai pengganti telur dalam pembuatan kuih. Mereka mempunyai keupayaan unik untuk menyerap cecair dan membentuk konsistensi seperti jel, yang menjadikan mereka bahan popular dalam puding, minuman, dan sebagai agen penstabil dalam resipi.

Berikutan profil pemakanannya, biji chia dianggap sebagai tambahan yang bermanfaat dalam diet sihat dan sering dimasukkan ke dalam pelbagai hidangan sebagai salah satu kaedah untuk meningkatkan pengambilan nutrien penting.

Khasiat dan Kesan Sampingan Chia Seed

  • Chia seed merupakan sejenis bijirin yang mempunyai banyak kelebihan iaitu kaya dengan protein, kalsium, serat, anti-oksida, vitamin, dan Omega 3 dan 6.
  • Chia Seed dikatakan mampu memperlahankan tubuh menukarkan karbohidrat kepada gula ringkas. Kajian menunjukkan ia mampu mengawal gula dalam darah. Ini membuatkan saintis mempercayai Chia Seed boleh memberi kebaikan kepada pesakit kencing manis.
  • Bersifat antioksida yang melindungi sel-sel dalam badan daripda dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membuatkan kita rasa kenyang. Ini kerana biji Chia mampu menyerap 10 kali ganda berat dalam air sekali gus membentuk banyak jeli. Disamping itu, ia juga membantu melancarkan proses penghadaman yang akhirnya membantu mengurangkan berat badan.
  • Kandungan kalsium 5 kali lebih tinggi dari susu. Dengan memakan biji Chia anda mampu mengekalkan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis
  • Chia Seed juga dikatakan mampu memperbaiki tekanan darah pesakit kencing manis. Ia juga dikakatakan mampu meningkatkan kolesterol sihat.
  • Chia Seed merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian kerana tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya
  • Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda

Cara Makan Chia Seed

  • Chia Seed boleh dimakan mentah kerana ia memiliki rasa kekacang yang sedap. Boleh direndam dalam jus buah mahupun air kosong. Amat sesuai dicampurkan dengan bubur dan puding. Selain itu, biji Chia juga boleh dijadikan sebagai bahan tambahan dalam membuat roti, kek dan biskut. Oleh sebab itulah Chia Seed mempunyai pelbagai menu dan resepi khususnya dikalangan mereka yang menjaga penampilan etc.
  • Berapa banyak pula biji Chia yang boleh dimakan? Jumlah yang dicadangkan adalah lebih kurang 20 gram setiap kali anda makan.

Bahaya Chia Seed (Jika diambil secara berlebihan / diambil tanpa pengambilan air yang mencukupi)

  • Sakit tengkuk – Masalah ini selalunya terjadi jika pengamalan Chia Seed tidak disertakan dengan pengambilan air yang mencukupi. Oleh itu, penguna sangat digalakkan untuk rendam duhulu Chia Seed di dalam air sehingga betul-betul kembang.
  • Chia seed mampu membakar lemak dan memberikan rasa kenyang kepada pengamalnya. Nafsu makan yang berkurangan dikhuatiri mampu mengganggu tahap kesihatan pengguna yang berbadan kurus.
  • Chia seed mempunyai tekstur yang kenyal & padat. Pengambilan pada dos berlebihan dan air yang tidak mencukupi dikhuatiri akan menyebabkan penompokan di dalam perut yang sukar dicerna. Ia akhirnya mengakibatkan terjadinya penekanan pada dinding perut yang akan menimbulkan rasa mual, pedih ulu hati dan kembung perut.

Testimoni Chia Seed

Ada banyak jenama Chia Seed di pasaran. Boleh je Google atau buat carian di FB atau Instagram. Berlambak orang paparkan testimoni berkenaan khasiat dan kebaikan Chia Seed ini.

Kebaikan dan Khasiat Chia Seed Untuk Ibu Mengandung

Chia Seed juga termasuk dalam kategori makanan kekacang dan biji-bijian. Setiap ibu mengandung memerlukan lebih kurang 10 gram protein setiap hari bagi membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Makanan daripada sumber kekacang dan bijian ini mempunyai kandungan fiber dan folate yang tinggi.

  • Untuk baby – boleh meningkatkan kesihatan dan omega boleh membentuk otak yang bijak .
  • Untuk Ibu mengandung – melindungi otak ibu daripada mengecut , mengurangkan masalah pelupa, mengurangkan masalah sembelit , membantu mengawal berat badan semasa dan selepas mengandung

Kebaikan dan Khasiat Chia Seed Untuk Ibu Menyusu

Google sahaja, terdapat banyak testimoni dan review bahawa Chia Seed ini juga merupakan Milk booster (boleh tambah kuantiti susu ibu). Ada seorang blogger tu katanya kuantiti susu yang dihasilkan meningkat kepada 24 oz berbanding 16 – 20 oz sehari (2 kali pam).

#SamsungGalaxyS8

A post shared by MNM (@denniszill) on

Chia Seed Murah Malaysia

Aku beli Chia Seed ini di Lazada. Beli satu tin (400 gram kot) pada harga RM37 (Free Pos). Kalau beli dua, boleh dapat pada harga RM70 je camtu. Chia Seed jenama JoyMix ini popular kelihatannya. Pertama kali membeli dan ingin mencuba sebab dapat banyak testimoni yang baik dikalangan pengguna ahak.

Beli tempat lain pun Okay macam kat Cosway, tesco, 11Street, Shoppe dll. Harga pusing-pusing sama je. Kalau dapat murah, memang rezeki kome lah hihi. Contohnya di Cosway, haga Whole Chia Seed jenama Mildura Natural ini berharga RM38.00 untuk 500gm. Chia Seed jenama Certified Organic pula harganya ialah RM29.90 untuk 200gm.

Macam aku, lebih suka membeli secara online di Lazada je. Sebab malas nak menapak ke kedai fizikal.

Resepi Chia Seed Untuk Kurus

Puding almond dengan Chia Seeds

Bahan Untuk membuat Chia Seed Pudding

  • 4 sdk chia seeds
  • 250 ml susu almond
  • Satu setengah sdk madu (tambahkan jika anda suka manis)
  • sedikit Garam

Bahan Untuk Membuat Almond Pudding

  • 750 ml susu almond
  • 150 ml air
  • 4 sdk gula pasir (tambahkan jika anda suka manis)
  • 1 bungkus agar2 biasa
  • sedikit Garam

Cara membuatnya

  • Chia Seed pudding : letak chia seeds di dalam bekas bertutup. Tuang susu almond, kemudian masukkan madu dan garam, gaul sehingga sebati, Lakukan sehingga tiada ketulan. Chia seeds akan mengembang seperti selasih, simpan di dalam peti ais selama 4-5 jam.
  • Almond pudding : campur semua bahan, gaul rata dan masak diatas api sederhana sehingga mendidih. Tuang ke dalam acuan mengikut selera, sejukkan sebentar. Kemudian simpan dalam peti ais.
  • Sajikan almond pudding dengan chia pudding. Tambahkan buah-buhan jika suka

Sumber: ChiaSeedInfo.blogspot.my / halosehat.com

cosway chia seed price,khasiat chia seed malaysia,chia seed tesco malaysia,chia seed murah malaysia,chia seed supplier malaysia,khasiat chia seed cosway,pembekal chia seed,kesan sampingan chia seed,cara makan chia seed,harga chia seed,kebaikan chia seed untuk ibu mengandung,kebaikan chia seed untuk ibu menyusu,chia seed cosway,resepi chia seed,cara makan chia seed,cara pengambilan chia seed,testimoni chia seed,bahaya chia seed,harga chia seed cosway,cara makan chia seed untuk kurus,maksud chia,