Membeli Air Fryer Haier HA-AF40 4 liter

Alhamdulillah, ada rezeki lebih untuk membeli dan memiliki Air Fryer sendiri. Selepas membuat sedikit kajian dan pembacaan di internet – Google, Facebook, Lazada dan Shopee, akhirnya aku memilih untuk membeli Air Fryer jenama Haier yang berkapasiti 4 liter pada harga RM309 sahaja. Pada asalnya aku agak keliru nak beli jenama apa? – Philips atau Tefal atau Haier. Akhirnya atas faktor harga, user friendly dan kapasiti, aku memilih Air Fryer jenama Haier HA-AF40.

Faktor pertama aku pilih adalah ada gambar panduan waktu dan suhu pada paparan hadapannya hahahaha. Senang nak adjust suhu dan masa. Sebab pada masa ini aku pun ada Microwave Oven jenama Electrolux. Tapi tak reti guna sebab button yang ada pelik-pelik. Rugi je beli dan pasang di dapur.

Teruja sebab dah lama sangat impikan nak memiliki ‘gadjet’ ini. Tambah teruja sebab order pagi rabu lepas, keesokan harinya dah dapat. Memang terbaik dan pantas penjual di Shopee itu. Lagipun harga yang ditawarkan pun murah berbanding harga yang ditawarkan di Kedai Haier rasmi. Cara pembungkusan pun baik dan selamat. Review pun banyak dan kelihatannya stok yang telah terjual pun banyak yang amat.

Aku tak cuba lagi nie. Esok kot nak cuba masak ayam panggang ke apa camne. Pada bungkusan itu pun ada diberikan buku resepi. Jadi, kita ikut dulu mana yang rasa berkenan dihati.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *