THE BAUHINIA HOTEL GUANGZHOU

page1

 

Kami berada di Guangzhou China selama 2 hari 1 malam sahaja. Memang tidak berniat untuk menginap lama pun kat China ini huhu. Fokus perjalanan lebih tertumpu kepada Hong Kong.

Lagi satu, niatnya nak tengok kemasyhuran jualan borong dan harga barangan yang murah kat sini. Tapi apakan daya, kehadiran kami tatkala itu merupakan perayaan besar bagi diorang. Happy Chinese New Year 🙂

Kami menetap di The Bauhinia Hotel Guangzhou. Memang dah book hotel ini awal awal lagi via Agoda. Syukurlah, Hotel ini memang dekat dengan Station Haizhu Square dan Onelink International Wholesale huhu. Tanpa disedari, berhadapan dengan hotel ini jugalah terletaknya Shoes Wholesale. Tapi, yang sedihnya Shoes Wholesale ini tutup sempena perayaan tahun baru cina haha. Pengsan.

page2

Tak susah nak mencari Hotel ini sebenarnya. Just make sure alert dengan nama jalan. Hotel ini terletak di Jiefang South Road. Memang jalan ini popular dan meriah. So, tak susah nak cari. Lagipun di disetiap bucu jalan akan ada papan tanda dan nama jalan. Disini memang tiada aktiviti vandalisme. Jadi, memang mudah dan senang nak tengok. Gitew.

page3 page4

Kami datang awal iaitu area sebelum 12.00 tengahari rasanya. Nasib baik time tu ada bilik kosong dan kami boleh check in awal. Syukurlah nak. Semuanya berjalan dengan lancar. Harga bilik yang kami tempah via agoda ini ialah kira kira RM130 camtu. Agak luas untuk harga yang kami bayar. Boleh pulak diorang kata bilik ini kecil. Pengsan. Kemudahan dan service yang disediakan dalam bilik ini dah macam hotel 4 bintang lebih kalau kat Malaysia. Cantik OK. Cuma yang kurangnya bilik ini tiada tingkap. Lain lain tu, memang meletop.

Terkejut jugak aku, diorang sediakan kondom. Memang camtu ke budaya hospitaliti diorang? Pengsan terus.

page5 page6

Memang betul betul puas hati dengan keadaan bilik ini. Mewah dan meriah. 1001 macam benda baru aku dapat tengok kat bilik ini hahaha.

Jangan tak tahu, bilik air dalam hotel ini ada dinding kaca OK. Pelik betul. Ini bilik kelamin ke apa nie? Nampak gaya memang boleh mengintai orang yang sedang mandi dari luar. Habis? Kalau buang air besar camne? Matilah.

page7 page8

Memang tiptop dan puas hati dengan hospitaliti yang ada disini. Kekadang, aku rasa kemudahan yang diorang sediakan disini lebih baik dan vogue berbanding hotel 5 bintang di Malaysia. Tak dapat aku bayangkan macam mana hospitaliti yang ada untuk hotel bertaraf 5 bintang di China ini. Gitew.

Oh ya, harga bilik yang kami bayar itu tidak termasuk makan / sarapan pagi OK. Perlu ke nak bayar bersekali dengan pakej sarapan pagi? huhu.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *