Al-Qodho’i dan Ibn Asabir meriwayatkan hadis, maksudnya: Solat Jumaat itu sebagai haji bagi orang fakir miskin.
Hukum Meninggalkan Solat Jumaat
Abu Daud dan al-Hakim meriwayatkan hadis Nabi Muhammad saw, maksudnya: Solat Jumaat itu adalah kewajipan yang penting bagi setiap Muslim yang jemaah kecuali 4 golongan manusia iaitu hamba sahaya, perempuan, anak-anak dan orang yang sakit. Bagi muslim yang tidak uzur namun tidak melaksanakan ibadah solat Jumaat disebut sebagai orang munafik.
Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat hingga 3 kali tanpa uzur, maka akan dicatat dari golongan orang munafik.
Hadis Riwayat at-Tabrani
- Niat dan Cara Mudah Mandi Wajib Mengikut Hadis
- Pancut Luar – Hukum Memancutkan Air Mani di Luar Faraj
- Apa Hukum Perbuatan Suami Meliwat Isteri – Seks Anal
- Suami Isteri – Hukum Mengisap Kemaluan dan Telan Air Mani
- Kreatif – 25 Ucapan Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari
Datang Lewat: Tertinggal Rakaat Solat Jumaat
Sebagai Muslim, kita hendaklah sentiasa bersegera untuk datang ke Masjid sekurangnya sebelum khatib naik mimbar. Tatkala menunggu khutbah dibacakan, pelbagai amalan sunat dan sunnah boleh dilakukan. Antaranya berzikir, membaca al-Quran atau solat sunat.
Usahakan sebaiknya untuk datang awal. Namun, bagaimana situasinya jika datang lewat dan pada masa yang sama telah tertinggal rakaat solat Jumaat? Kita dianjurkan untuk melanjutkan rakaatnya apabila tertinggal dalam satu rakaat.
Barangsiapa dapat menjumpai dalam satu rakaat dari solat Jumaat, maka hendaklah dia menambah satu rakaat lagi. Nescaya sempurnalah solat Jumaatnya.
Hadis Riwayat An Nasaie dan Ibn Majah
Orang yang sudah menunaikan ibadah solat Jumaat, dia tidak lagi diwajibkan untuk solat Zuhor kerana solat Jumaat itu adalah pengganti baginya.
Baca: Susu Untuk Ibu Hamil – Mana Yang Terbaik?
Hadis Kelebihan Solat Jumaat
Bersegeralah ke Masjid untuk mengerjakan ibadah solat Jumaat. Sabda Nabi Muhammad saw, antara kelebihan solat Jumaat menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim adalah seperti berikut:-
Barangsiapa pergi solat Jumaat pada awal waktu, maka seperti ia berkorban seekor unta.
Barangsiapa yang pergi di saat yang kedua, maka seperti ia berkorban seekor lembu.
Barangsiapa yang pergi di saat yang ketiga, maka seperti ia berkorban seekor domba.
Barangsiapa yang pergi di saat yang keempat, maka seperti ia berkorban seekor ayam.
Barangsiapa yang pergi di saat yang kelima, maka seperti ia memberi sebutir telur.
Apabila imam Jumaat telah naik ke mimbar maka ditutuplah buku catatan, diletakkan pena dan berkumpullah para malaikat di sisi mimbar untuk mendengar khutbah, barangsiapa datangsesudah itu maka ia hanya datang untuk hak solat sahaja, ia tidak mendapat keutamaan satupun.