CUACA DAN WAKTU

Salah satu perkara penting yang kita perlu tahu apabila mahu pergi ke sesuatu tempat itu ialah cuaca dan waktu disana. Penting tu. Daripada situ kita boleh tahu nak bawa persalinan yang macam mana tatkala disana nanti. Yelah kan, Hong Kong, Shenzen dan Guangzhou China tidak sama dengan iklim khatulistiwa macam Malaysia ini. Diorang beriklim monsun tropika rasanya.

Untuk semak masa, waktu dan cuaca disesebuah tempt itu, aku check di laman web Time & Date. Disini aku boleh trace maklumat maklumat yang berkaitan. Paling penting, kita dah boleh tahu bila matahari terbit dan terbenam. So, daripada situ kita boleh tahu suasana / waktu bekerja / waktu sembahyang etc.

Dibawah ini ialah info cuaca dan waktu di Hong Kong

waktu hong kong

suhu hong kong

Daripada sini, aku dah boleh tahu waktu subuhnya ialah dalam lingkungan 7.00 pagi lebih dan waktu maghribnya pula dalam lingkungan 6.00 petang lebih. Anggaran suhu di Hong Kong pula ialah lebih kurang 17 hingga 25 darjah celsius. Sejuk tu. OK, siap siap dengan baju tebal sedikit. Aku tak tahan sejuk.

Dibawah ini pula ialah info cuaca dan waktu di Guangzhou China. Aku assume waktu dan cuaca di Shenzen pun lebih kurang sama.

suhu guangzhouwaktu guangzhouOh, ramalam cuaca dan suhu di Guangzhou China pun lebih kurang sama sahaja. Pengsan. Memang aku terpaksa menghadapi cuaca sejuk ke apa nie? Pengsan banyak kali. Harapnya aku tak kencing banyak dan tak lapar cepat sangat hahaha. Oh tuhanku, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI