The Ordinary Niacinamide Malaysia Review

The Ordinary Alpha Arbutin Review Malaysia

Apa yang boleh kita ketahui ialah, Niacinamide ini merupakan Vitamin B3. Ia mengandungi komposisi bahan aktif antioksidan yang tinggi (katanya). Apa yang dapat aku rasakan hasil daripada pemakaian selama lebih 2 bulan ini?

Baca: Niacinamide Fungsi. Keburukan dan Kebaikan

  1. Bagi aku, tekstur The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% ini agak lembut, ringan dan cair berbanding Alpha Arbutin (jenama yang sama). Guna sedikit sahaja dah boleh oles seluruh kulit muka dan leher. Lebih tahan lama berbanding Alpha Arbutin rasanya ni kot untuk aku.Apa yang penting, ia sangat cepat meresap pada permukaan kulit.
  2. Kulit muka lebih kenyal berbanding sebelum ini. Feeling aku je kot. Tapi, kalau betul apa salahnya. Memang betul pun.
  3. Warna kulit muka aku kelihatan lebih sekata. Tak ada kusam, gelap atau cerah yang tak sekata. Sekata belaka tona warnanya. Dahulu, aku agak takut tengok cermin. Yelah, nampak macam pelik je. Tapi, sekarang terasa bangga diri pula. Sebab nampak bersih haha.
  4. Produk ini pun dikatakan boleh menghirasi kulit. Melembabkan kulit dalam bahasa biasanya. Yelah tu kot. MEmang, aku pun dapat rasakan kulit muka akn lembab sepanjang penggunaan dan selepas penggunaannya. Feel better.
  5. Minyak pada kulit muka khususnya pada zon T pun kurang. Akhirnya, menyebabkan bintik hitam / bintik putih semakin mengurang dari hari ke hari. Nampak moist dan glowing je orang kata.

Baca: The Ordinary Alpha Arbutin Review Malaysia

Adakah aku akan membeli produk ini lagi? YA. Sudah semestinya. Sebab aku rasa selesa dan terasa keberkesanannya pada kulit muka aku. So, kenapa perlu memikir produk yang lain?

Baca: 100 Travel Blog Taglines Ideas & Example

The Ordinary Niacinamide Malaysia Review

Cara Pakai The Ordinary Niacinamide

Niacinamide ini serum. Secara umumnya, ia akan dipakai selepas penggunaan toner. Ada orang pakai Niacinamide pada belah pagi dan Alpha Arbutin pada belah malam. Tapi, aku pakai pada belah malam sahaja (untuk segala jenis serum yang aku guna). Normally aku akan gilirkan dengan jenis-jenis serum lainnya. Oh, daripada jenama The Ordinary juga.

Mahal kan. Jadi, rasa sayang nak pakai pada belah siang haha. Sebab rutin skincare aku secara puratanya bermula selepas solat dhuha. Sekitar 8.30 pagi baru pakai. Nanti nak kena cuci muka pula untuk solat zuhor dan asar. Jadinya, aku guna produk skincare lain yang lebih murah tapi keberkesanannya lebih kurang sama. Gitu katanya.

Baca: Kali ke-4 Makan di Cafe Nasi Kukus Tok We

Pakai tipis sahaja. Tapi kalau ada jerawat atau noda hitam pada kulit muka, padanya aku akan titiskan lebih sedikit. Tahan lama. Kena pandai berjimatlah. Jangan over letak banyak sangat. Gigih!

the ordinary niacinamide malaysia review, the ordinary niacinamide malaysia price, niacinamide products malaysia, drugstore products with niacinamide malaysia, the ordinary malaysia, the ordinary malaysia store, cara pakai the ordinary niacinamide, where to buy the ordinary skincare in malaysia, The Ordinary Niacinamide Malaysia Review