Rejim Penjagaan Kulit Muka Aku

Hahahaha kelakar sebenarnya. Tapi, antara niche dan keyword yang ingin aku gunakan dalam blog denniszill.com ini ialah kecantikan dan kesihatan. Isi masa lapang dan sedang ber-eksperimen tentang niche dan keyword ini.

Penjagaan kulit muka (skincare) aku bermula sejak terasa diri ini semakin meningkat usia – kulit semakin kusam. Aku pula pada masa sama agak aktif bersukan sana sini. Jadi, kulit agak berminyak dan semakin menghitam. Ramai orang menegur. Stress dibuatnya. Hasilnya, banyaklah aku mengkaji produk skincare di internet dan saling bertukar pendapat dengan rakan-rakan sepejabat.

Daripada beli satu, kepada satu dan akhirnya banyak produk skincare yang kini aku guna dan amalkan. Antara produk yang berjaya menambat hati dan lekat dengan aku ialah:-

Baca: Ucapan Selamat Hari Lahir Ibu Mertuaku

The Ordinary

  1. Buffet
  2. Hyaluronic Acid 2% + B5
  3. Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2%
  4. Niacinamide 10% + Zinc 1%
  5. Alpha Arbutin 2% + HA

Pada awalnya, aku hanya beli Niacinamide dan Alpha Arbutin je. Dua produk ini antara yang paling awal aku beli iaitu sekitar seminggu sebelum kempen online sales 11.11.2019. Beli awal sebab mahu elak masalah delivery.

Selepas beberapa ketika mengamalkan serum dari The Ordinary ini, aku terasa jatuh cinta pula. Tak pasti apa puncanya. Sama ada pengaruh rakan / social media influencer mahupun kesan pada kulit aku. Nampak berkesan dan terasa perubahannya. Jadi, aku beranggapan, produk jenama ini sesuai untuk aku gunakan (setakat ini).

Hasilnya, aku terus beli Buffet dan Vitamin C. Kemudian, selang sebulannya aku beli Hyaluronic Acid. Setakat ini, aku telah guna 5 produk berjenama The Ordinary. Memang nampak lain dan uniknya produk ini. Insyaallah, aku akan buat review satu persatu produk ini nanti haha.

Serum ini aku guna pada waktu malam sahaja. Gilir-gilir dan ikut kondisi kulit muka pada ketika itu. Tahan lama.

Missha Time Revolution The First Treatment

Aku terpengaruh dengan iman abdul rahman dan populariti produk ini di Lazada. Banyak komen dan rating tinggi untuk produk ini di Store Wynora Lazada. Positif belaka komentarnya.

Setakat ini, aku pun memang tidak menggunakan apa-apa produk essence cecair (macam SK11). Khabarnya bagus. Seminggu mencuba, memang terasa kelainannya. Tak pasti adakah ini sekadar perasaan aku semata-mata atau hasil ‘rejim’ penjagaan skincare yang lain. Tapi, aku rasa produk Missha Time Revolution ini pun turut memberikan ‘sumbangan’ yang banyak.

Baca: Ucapan Hari Lahir untuk Anak Tersayang

Aku guna waktu malam lepas mandi antara maghrib dan isyak camtu.

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence 100 ml

Produk ini kelihatan viral dan ramai orang memuji akan keberkesanannya. Aku yang lampi dan kurang ilmu pengetahuan ini pun mencubalah. Agak melekit sedikit tekstur essence ini. Hahaha aku panggil essence siput babi. Agak terasa ‘berat’ tatkala menggunakannya. Tapi ia cepat meresap ke dalam kulit.

Aku guna waktu malam / waktu cuti hujung minggu. Tahan lama. Rasa macam dah pakai banyak, tapi tak habis-habis haha. Kadang aku pakai MISSHA, kadang aku pakai COSRX. Ikut mood dan kondisi situasi.

Acwell Licorine pH Balancing Cleansing Toner 150mlPURE BEAUTY

Rasanya, sudah dua botol aku guna produk ini. Yelah, pH pun 5.5 jadi tak merengsa dan menghakis kulit muka. Terasa selesa dan insyaallah akan terus menggunakan produk ini. Sana sini orang review produk ini dan kesemuanya berikan komentar positif (setakat yang aku lihat).

Illuminating Urban Shield Sun Protector SPF50 50ml

Inilah produk sunscreen pertama yang aku beli dan gunakan. Harga pun murah dan cenonet je saiznya. Aku ingatkan akan habis cepat sebab aku guna ini setiap hari di pejabat. Rasa dah nak masuk dua bulan ke tiga bulan, tapi tak habis-habis lagi. Terasa bosannya menggunakan produk ini. Boleh?

Tapi, bagi aku produk ini bagus dan sesuai dengan kulit muka aku. Tak terasa berminyak pada muka. Cepat meresap dan ringan. Mungkin akan repeat beli lagi kot atau guna produk sunscreen yang lain tapi jenama yang sama. Sennag nak cari sebab dijual secara ekslusif di Watson. Harga pun murah sekitar RM30 untuk 50ml.

Baca: Koleksi Ucapan Selamat Pengantin Baru

WATSONS Mineral Spring Water Drop Hydrating Mask 220g

Produk ini jenama Watson, jadi memang senang untuk diperolehi di drugstore. Katanya untuk hydrating. Inilah produk hydrating pertama yang aku gunakan. Murah je pun harganya, Kalau tak silap, tak sampai RM40 rasanya. Tak habis-habis lagi sampai sekarang. Agaknya kena tunggu 4 atau 5 bulan kot baru habis (220g).

Puas hati. Mungkin akan repeat beli lagi kelak.

Simple Micellar Cleansing Water

Aku pun tak tahu sebab apa aku beli produk ini. Konon untuk bersihkan muka sebelum solat zuhor. Tapi, aku jarang-jarang pakai. Guna kalau terasa kulit muka semacam tidak bersih walaupun telah cuci muka.

Tapi, hasil gunakan produk ini terasa macam anjal je kulit muka. Lembut dan lembab.

Baca:

Nivea Extra White Repair & Protect with SPF 30 ++

Produk penjagaan kulit tangan. Sebab tangan terasa macam hitam / sunburn je kata orang. Terpaksalah beli produk untuk jaga tangan. Pulak! Aku beli saiz kecil-kecil je. Sebab cepat bosan nak tunggu habis kalau beli saiz besar.

Simple Cleansing Oil

Aku amalkan double cleansing – pencuci muka biasa + oil celansing sebab aku gunakan sunscreen dalam rejim harian. Konon sebab nak betul-betul pastikan kulit muka bersih dan segala kotoran pada muka betul-betul hilang.

Setakat ini sangat puas hati dengan hasilnya. Ini pun sama, guna lama tapi tak habis-habis sampai sekarang haha. Antara produk awal yang aku beli. Lebih daripada 3 bulan telah guna.

ST IVES Blackhead Clearing Green Tea Scrub 170g

Aku ada masalah blackhead dan whitehead especially di bahagian hidung haha. Entahlah, tak pasti samaada produk ini berkesan untuk aku atau tidak. Dah setengah tahun pakai, tapi tak nampak sangat apa perubahan yang ada. Kira bolehlah sebab blackhead pun tak banyak mana.

Saiz biji pun tak besar mana. Ramai yang beri respond prositif. Kita iyakan sahaja. Aku pakai 2 atau 3 kali seminggu.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Haaaa, aku pakai produk jenama ini bertahun lamanya. 2 atau 3 tahun rasanya. Tak merengsa, menghakis atau apa. Terasa kulit muka lembab selepas memakainya. Ya, aku selesa dengan produk ini. Kalau beli, aku akan buat stock 500gram x 2 terus. Boleh pakai lamaaaa hahaha.

Memang menjadi amalan untuk simpan stock produk di rumah. Malas nak menggelabah kalau tetiba habis. Waktu sibuk dan senggang aku tidak menentu.

Baca: Phuket Thailand

Yadah Oh My Suncreen

Ini produk suncreen kedua aku. Digunakan hanya pada hari cuti / outstation/ meeting luar dan tidak masuk pejabat. Khabarnya inilah suncreen paling viral ketika aku beli. Konon paling ringan gamaknya. Aku pun gunalah. Kot-kot betullah apa yang dikhabarkan.

Ya, memang betul. Ringan dan tak bercapuk. Aku pakai pun orang tak perasan mana. Umpama tidak memakai apa-apa produk skincare. Selesa

Ada produk yang aku pakai hanya pada hari bekerja dan ada juga produk yang aku pakai hanya pada hari cuti. Aku asingkan untuk kegunaan di pejabat dan dirumah. Malas nak berangkut bawa sana sini dalam beg. Melenggang lebih baik