Fungsi Niacinamide Malaysia Untuk Kulit Wajah

Apa Itu Niacinamide

Niacinamide merupakan vitamin B3 yang ada pada beberapa jenis makanan seperti ayam, ikan salmon, tuna dan sayuran hijau. Ia berfungsi untuk kesihatan otak, kesihatan kulit, sistem pencernaan dan sistem saraf manusia.

Niacinamide mulai digunakan pada abad ke-20 untuk mengubati penyakit kulit yang diakibatkan oleh kekurangan vitamin B3 (atau lebih dikenali sebagai pellagra) yang menyebabkan kulit menjadi radang, kering dan mengelupas.

Kini, produk berasaskan Niacinamide banyak digunakan dalam bahan penjagaan kulit khususnya bagi tujuan kulit berjerawat. Ia membantu memperkuatkan pertahanan lapisan kulit paling luar, menghilangkan kemerahan yang disebabkan oleh jerawat dan meredakan jerawat yang meradang.

Baca: Alpha Arbutin Kebaikan. Bagus Sangat Ke?

Penggunaannya yang kerap boleh menjadikan pori-pori kulit lebih bersih kerana niacinamide mampu membantu mengawal penghasilan minyak. Kulit yang berminyak tidak akan menjadi kering, dan kulit yang kering tidak akan menjadi berminyak.

Fungsi Niacinamide Malaysia

Antara fungsi dan kebaikan penggunaan Niacinamide pada kulit wajah ialah:

  • Melembap dan menghaluskan kulit. Ketika dioleskan pada kulit, produk kecantikan yang mengandung niacinamida dapat membantu mengurangkan peradangan pada kulit.
  • Ia juga ampuh membantu mengatasi masalah jerawat, eksim, dan rosacea

Baca: Happy Birthday Mom – letter, funny, poems etc

  • Kandungan 5 peratus niacinamida dapat membantu mencerahkan kulit. Niacinamide membantu merangsang produksi kolagen kulit sehingga noda hitam bekas jerawat menjadi pudar dan samar.
  • Menurut kajian, ia juga mempercepat proses baikpulih DNA kulit yang rosak akibat paparan sinar UV.
  • Niacinamide dapat mendorong penghasilan kolagen dan terbentuknya elastin baru sehingga kedutan halus serta kulit yang kendur dapat kembali menjadi lebih sihat.

Seperti biasa, keberkesanan penggunaan Niacinamide ini akan dapat dilihat selepas penggunaan sekitar 4 minggu dan ke atas.

Perlu diingat, tidak semua kulit sesuai atau alergi dengan Niacinamide ini khususnya bagi mereka yang berkulit sensitif. Peratusan kandungan Niacinamide boleh menimbulkan kesan iritasi pada kulit. Ia boleh memberikan reaksi kemerahan bagi mereka yang tidak sesuai dengan kandungannya.

Sila mulakan dengan kandungan produk Niacinamide yang mengandungi peratusan paling rendah dahulu.

fungsi niacinamide malaysia, fungsi niacinamide the ordinary, fungsi niacinamide untuk kulit wajah, efek samping niacinamide, manfaat niacinamide the ordinary, kebaikan niacinamide, skincare yang mengandung niacinamide, fungsi niacinamide dalam skincare, review the ordinary niacinamide, fungsi niacinamide dan zinc, Fungsi Niacinamide Malaysia

the ordinary serum watsons,