Makan di 4Fingers IOI CityMall

Selalunya, kalau makan di IOI CityMall, aku akan pilih Sopoong. Tapi, hari ini terpaksa beralah sebab kawan nak makan di 4Fingers. Im getting bored with 4Fingers actually. One of the reason is the price.

Tapi, oleh kerana hari ini aku hanya perlu meneman dan dibelanja, jadinya aku okay je haha.

Agak sedih dan terkesima juga sebab menu kegemaran tidak sedia lagi – ricebox chicken wing. Katanya nasi tak masak lagi. Lama lagi nak siap kalau nak tunggu katanya hahaha. Apalah diorang ini. Business hours kan bermula dari pukul 10 pagi. Kalau camtu, why not korang buka kedai pukul 12 tengahari je hahaha.

So, solusinya ialah kami pilih je 12 ketul. Tak kenyang dok makan ayam je. Tetap nak makan nasi juga huuu.

Jenuh nak habiskan 12 ketul ayam nie. Adeiiii, rasa nyesal order banyak2. Rasanya kalau ambil 6 ketul je pun dah cukup rasanya.

Apapun, rasa tenang sikit makan kat sini sebab ruang lebih luas dan orang pun tak ramai mana.

Mee Kuning Juwita

Petang tadi, oleh kerana mood memasak tengah onz, aku pun gigih masak mee goreng ala mamak / bodoh. Ada sebungkus Mee Kuning Juwita yang perlu segera dihabiskan.

Pada masa yang sama, hajat nak makan Mee Bodoh di Tengkera Melaka tidak dapat ditunaikan. Itu yang lebih buat aku gigih nak masak Mee Goreng. Nyum Nyum Nyum.

Aku guna sepenuhnya bahan-bahan yang ada di peti sejuk. Sesambil tu boleh habiskan stok terus hihi

Bumbu – Bawang Putih, Bawang Merah, Cili Padi dan Cili Boh

Sos – Tiram dan Cili

Aksesori – Udang, Lemon,

Tadaaa, siap sudah. Makan mee goreng dengan telur mata dan mempelam. Uitttt sedap yang amat. Terasa kemewahannya sebab diperah dengan lemon. Alhamdulillah.

Sedap betul mee kuning Juwita ini. Langung tak rasa kapur. Terasa segar, kenyal dan sedap. Beza betul dengan mee kuning yang selalu aku beli di pasaraya. Lebih terasa enak sebab keluaran Bumiputera Muslim.

Meh sini, kita cerita serba sedikit mengenai pemilik perusahaan Mee Kuning Juwita.

Hajah Juwita binti Abu Hassan menjalankan perusahaan membuat mee kuning, taugeh dan cincau. Perniagaan yang mula ditubuhkan pada tahun 1997 ini dimulakan secara kecil-kecilan dengan menggunakan modal pusingan daripada simpanan keluarga.

Pengeluaran mee kuning daripada kilang ini telah diiktiraf halal oleh Jabatan Agama Islam Melaka.

Produk jualan syarikat ini telah dipasarkan ke kawasan sekitar seperti AEON, Mydin, pemborong, peruncit, kantin sekolah, pasar basah, pasar tani dll.


Selain mendapat pembiayaan daripada bank tempatan, belia turut mendapat bantuan dari beberapa agensi kerajaan yang lain. Antaranya ialah Jabatan Pertanian Malaysia, FAMA, RISDA, MARA, TEKUN Nasional dan SIRIM.

Antara anugerah dan pengiktirafan yang telah beliau perolehi ialah Usahawanita Jaya Industri Desa, Naib Johan Usahawan Jaya kategori Jualan dan Usahawan Jaya Wanita sempena HPPN Melaka.

Beliau boleh dihubungi ditalian 019-6695811 beralamat di PS 273 Kampung Kemuning 78000 Alor Gajah Melaka.

Lepak di Pantai Tanjung Bidara

Secara kebetulan, usahawan yang kami nak shoot, lokasinya terletak di Tanjung Bidara. Kami pula datang terlebih awal. Jadi, terpaksalah ronda-ronda tengok kampung orang dulu. Singgah sebentar di Pantai Tanjung Bidara. Lokasinya betul-betul bersebelahan dengan Kem Terendak. Oittt, aku memang tak pernah nampak kem tentera. Inilah pertama kali aku lalu.

Sewaktu kami dok lepak di Pantai Tanjung Bidara ini, tak ramai orang sangat. Yelah kan.. pukul 10 pagi camtu. Hari bekerja pula tu. Memamg tak ramai orang lah kot. Nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Seronok dan terasa tenang mendengar deruan ombak memukul pantai.

Im not sure pantai disini boleh mandi atau tidak. Kelihatannya macam boleh.

Serba lengkap kemudahan disini. Ada lempat parking, medan selera, astaka, taman permainan, surau, tandas dan menara kawalan Angkatan Pertahanan Awam.

Time aku datang tu pun ada pekerja majlis yang sedang membersihkan kawasan sekitar. Memang terjaga rapi.

Tidak jauh daripada situ, kelihatan seakan logi petroleum. Nampak juga nelayan pantai menebar jala mencari rezeki disitu.

Sarapan Apa di Muzaffar Hotel Melaka?

Hajat dihati nak merapa sarapan Mee Bodoh di Tengkera. Tapi, oleh kerana Melaka Darul Traffic Light, kami batalkan sahaj niat. Bersarapan sahajalah di Hotel. Selama dua hari berturut-turut dok jadi pelanggan tetap di Makan-Makan Coffee House, Muzaffar Hotel Melaka ini.

Hurmm tidak banyak sangat pilihan yang ada. Tapi, boleh lah untuk mengenyangkan diri sebelum membuat tugasan luar. Suasana pula nyaman dan tak ramai orang. Agaknya sebab kami menginap pada hari bekerja. Sangat aman, tenang dan mendamaikan.

Suasana dan susun atur di sini seakan motif baba nyonya (kot). Lagu-lagu yang diputarkan pun penuh kemelayuan (irama malaysia). Jarang dapat merasa suasana seumpama ini. Satu ciri dan identiti yang unik.

Makanan kat sini pun sedap. Not bad juga. Aku boleh terima dan yang penting kenyang. Paling best sebab ada sayur lodeh. Aku siap makan dengan lontong lagi. Rasanya pekat dan berlemak. Nyum Nyum Nyum.

Senarai Menu Makanan Di Pak Putra Restaurant

Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah, setelah beberapa bulan tidak singgah makan Roti Naan Cheese tersedap di Malaysia. Akhirnya hari ini dapat juga aku makan di Pak Putra Cheese Naan & Tandoori Chicken Restaurant. Secara peribadi, lebih sedap berbanding RSMY.

Selain Roti Naan dan Tandoori Chicken, menu apa lagi yang popular dan sedap? Macam aku, sudah semestinya Chicken Hyderabad sebab kuah yang berlemak dan pedas. Selalunya aku memang akan order bersama dengan double cheese naan.

Kawan aku pula dia order Chicken Bombay dan double cheese naan. Tadi, nak je order tandoori chicken. Tapi takut tak habis dan senak perut. Next time je lah. Sejak lari nie, perut makin kecil gitewwww ahaks.

Naahh, aku siap snap buku menu makanan yang ada disediakan di Pak Putra Restaurant ini. Untuk rujukan masa hadapan. Senang nak rujuk balik.