Mee Kuning Juwita

Petang tadi, oleh kerana mood memasak tengah onz, aku pun gigih masak mee goreng ala mamak / bodoh. Ada sebungkus Mee Kuning Juwita yang perlu segera dihabiskan.

Pada masa yang sama, hajat nak makan Mee Bodoh di Tengkera Melaka tidak dapat ditunaikan. Itu yang lebih buat aku gigih nak masak Mee Goreng. Nyum Nyum Nyum.

Aku guna sepenuhnya bahan-bahan yang ada di peti sejuk. Sesambil tu boleh habiskan stok terus hihi

Bumbu – Bawang Putih, Bawang Merah, Cili Padi dan Cili Boh

Sos – Tiram dan Cili

Aksesori – Udang, Lemon,

Tadaaa, siap sudah. Makan mee goreng dengan telur mata dan mempelam. Uitttt sedap yang amat. Terasa kemewahannya sebab diperah dengan lemon. Alhamdulillah.

Sedap betul mee kuning Juwita ini. Langung tak rasa kapur. Terasa segar, kenyal dan sedap. Beza betul dengan mee kuning yang selalu aku beli di pasaraya. Lebih terasa enak sebab keluaran Bumiputera Muslim.

Meh sini, kita cerita serba sedikit mengenai pemilik perusahaan Mee Kuning Juwita.

Hajah Juwita binti Abu Hassan menjalankan perusahaan membuat mee kuning, taugeh dan cincau. Perniagaan yang mula ditubuhkan pada tahun 1997 ini dimulakan secara kecil-kecilan dengan menggunakan modal pusingan daripada simpanan keluarga.

Pengeluaran mee kuning daripada kilang ini telah diiktiraf halal oleh Jabatan Agama Islam Melaka.

Produk jualan syarikat ini telah dipasarkan ke kawasan sekitar seperti AEON, Mydin, pemborong, peruncit, kantin sekolah, pasar basah, pasar tani dll.


Selain mendapat pembiayaan daripada bank tempatan, belia turut mendapat bantuan dari beberapa agensi kerajaan yang lain. Antaranya ialah Jabatan Pertanian Malaysia, FAMA, RISDA, MARA, TEKUN Nasional dan SIRIM.

Antara anugerah dan pengiktirafan yang telah beliau perolehi ialah Usahawanita Jaya Industri Desa, Naib Johan Usahawan Jaya kategori Jualan dan Usahawan Jaya Wanita sempena HPPN Melaka.

Beliau boleh dihubungi ditalian 019-6695811 beralamat di PS 273 Kampung Kemuning 78000 Alor Gajah Melaka.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI