Sarapan Apa di Muzaffar Hotel Melaka?

Hajat dihati nak merapa sarapan Mee Bodoh di Tengkera. Tapi, oleh kerana Melaka Darul Traffic Light, kami batalkan sahaj niat. Bersarapan sahajalah di Hotel. Selama dua hari berturut-turut dok jadi pelanggan tetap di Makan-Makan Coffee House, Muzaffar Hotel Melaka ini.

Hurmm tidak banyak sangat pilihan yang ada. Tapi, boleh lah untuk mengenyangkan diri sebelum membuat tugasan luar. Suasana pula nyaman dan tak ramai orang. Agaknya sebab kami menginap pada hari bekerja. Sangat aman, tenang dan mendamaikan.

Suasana dan susun atur di sini seakan motif baba nyonya (kot). Lagu-lagu yang diputarkan pun penuh kemelayuan (irama malaysia). Jarang dapat merasa suasana seumpama ini. Satu ciri dan identiti yang unik.

Makanan kat sini pun sedap. Not bad juga. Aku boleh terima dan yang penting kenyang. Paling best sebab ada sayur lodeh. Aku siap makan dengan lontong lagi. Rasanya pekat dan berlemak. Nyum Nyum Nyum.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *