Makan di 4Fingers IOI CityMall

Selalunya, kalau makan di IOI CityMall, aku akan pilih Sopoong. Tapi, hari ini terpaksa beralah sebab kawan nak makan di 4Fingers. Im getting bored with 4Fingers actually. One of the reason is the price.

Tapi, oleh kerana hari ini aku hanya perlu meneman dan dibelanja, jadinya aku okay je haha.

Agak sedih dan terkesima juga sebab menu kegemaran tidak sedia lagi – ricebox chicken wing. Katanya nasi tak masak lagi. Lama lagi nak siap kalau nak tunggu katanya hahaha. Apalah diorang ini. Business hours kan bermula dari pukul 10 pagi. Kalau camtu, why not korang buka kedai pukul 12 tengahari je hahaha.

So, solusinya ialah kami pilih je 12 ketul. Tak kenyang dok makan ayam je. Tetap nak makan nasi juga huuu.

Jenuh nak habiskan 12 ketul ayam nie. Adeiiii, rasa nyesal order banyak2. Rasanya kalau ambil 6 ketul je pun dah cukup rasanya.

Apapun, rasa tenang sikit makan kat sini sebab ruang lebih luas dan orang pun tak ramai mana.

Buffet Ramadan di Putrajaya Seafood Restaurant

Aiiiii bulan Ramadan ini rasa malas yang amat nak update mykeledek.com ini. Lemau meanjang. Walhal banyak je gambar dan cerita yang aku nak abadikan disini. Tapi, apakan daya, aku lebih suka melepak tidur bebanding buat benda lain haha. Okay, cuti panjang ini, boleh lah kumpul tenaga dan mengarang ayat disini. Kita mulakan dengan pengalaman makan buffet ramadan di Putrajaya Seafood Restaurant.

Semalam, aku dok makan buffet ramadan di Putrajaya Seafood Restaurant. Kawan ajak makan sini sebab dia penggemar makanan laut (katanya). Aku okay kan sahaja sebab hari cuti kan. Apa salahnya makan luar sesekali. Beli di Fave murah. Harga asal RM78 boleh dapat RM70 seorang. Not bad.

Hujan agak lebat semalam. Panorama pun agak menarik juga. Ini adalah kali kedua aku berkunjung kesini. Dulu, kali pertama aku datang makan sini tatkala hadiri majlis anjuran Pejabat Perdana Menteri. Bertahun-tahun lamanya. Kedudukannya agak ekslusif dan tak ramai orang. Jadinya, tidaklah terlalu sesak dengan manusia. Konsep yang santai dan tenang which is i like.

Nama pun restaurant makanan laut. Jadinya, konsep dan menu yang dihidangkan pun laut-laut belaka. Sesuailah dengan harganya yang ‘berpatutan’ tu. Pilihan menu yang dihidangkan pun tak banyak dan tak sedikit. Just nice. Nak banyak-banyak varieti pun buat apa? Buat pening kepala je nak memilih.

Aku tengok, ramai pelancong warga China yang datang makan sini. Nampak gaya macam datang berpakej / booking. Kawan kata, konsep makan kat sini adalah chinese food. Jadinya, rasa masakannya tidak pedas. Memang menepati citarasa orang yang tak makan pedas.

Alhamdulillah kenyang makan kat sini. Banyak pinggan jugalah aku ambil. Biasalah, kita kena makan lebih daripada harga yang dibayar. Barulah berbaloi dan untung huhu.

2 JAM DI FLORIA PUTRAJAYA 2013

Seronok plak aku selepas ada akaun tumblr nie. Semua gambar parking je kat situ dan kemudiannya tarik je dari sana kalau nak paparkan dalam blog mykeledek.com ini hahaha.

Tadi malam, sebaik sahaja hantar Cici pergi mating dengan Budak, aku terus pergi jalan jalan di Floria Putrajaya 2013. Nasib baik hari tu program berlangsung sehingga jam 12 tengah malam. Aku sampai pun area jam 9.30 malam. Imprezz cz still ramai yang berpusu pusu datang macam aku. Pengsan. Continue reading “2 JAM DI FLORIA PUTRAJAYA 2013”

FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN PUTRAJAYA 2013

945521_10151527681721723_1025675968_nFestival Bunga dan Taman Putrajaya 2013 / Pesta Floria / Fiesta Bunga Putrajaya. Banyak betul nama untuk festival bunga ini. Lain orang, lain ‘nama’ nya ahaks.

Aku sendiri tidak pasti ada kesempatan atau tidak untuk attend festival bunga ini. Syok tu. Boleh tengok banyak jenis bunga dan dekorasi landskap dan bla bla bla. Rasa macam nak beli bunga orkid je nie hahahahaha. Mesti dapat murah murah nie.

Plan memang nak pergi 22 Jun ( untuk tangkap gambar dan feeling2 dalam taman) + 30 Jun ( untuk borong bunga pada harga murah ). Continue reading “FESTIVAL BUNGA DAN TAMAN PUTRAJAYA 2013”

5th PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FIESTA 2013

5

Amboi, panjang betul nama event ini – 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013. Yeah, untuk kali keduanya aku diberi kesempatan untuk hadir menyaksikan acara yang ‘lain dari yang lain’ ini lagi huhu. Ada ke acara belon panas kat tempat lain di Malaysia ini selain daripada Putrajaya? Tak ada lagi rasanya. Continue reading “5th PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FIESTA 2013”

PENGALAMAN NAIK BUS NADI PUTRA #1

image

Hari ini aku pergi kerja naik bus! Hebat. . . Setelah sekian lama meninggalkan dunia public transport, akhirnya aku berkesempatan untuk mengalaminya kembali. Panjang umur nie. . . . Tetiba

image
Haaaa. . . ini buktinya

See. . . Nampak kan tiket tu? Hahahaha. . .bayar RM0.50 untuk sekali jalan.

image

Suasana kat dalam bus ini pun nampak selesa je. Simply like RapidKL. Cuma yang membezakannya orang yang naik Nadi Putra ini tak seramai RapidKL. OMG Bus Nadi Putra ini menggunakan gas asli.

OK, lepas ni nak kene fikir camne nak balik rumah 🙂 Pengsan

LAMAN MEGALIT

Salah satu daya tarikan di Taman Putra Perdana ini ialah Laman Megalit. 1st time aku datang sini pun aku tak tahu apa itu megalit. Yang aku tahu, of cz seram je dok tengok batu batu ini kalau sorang2 + sunyi 🙂

Kalau nak tahu apa itu megalit, boleh datang sini dan baca penerangan yang disediakan disini. Try surf google juga, tapi rasanya penerangan yang ada disini lebih terperinci dan mudah untuk difahami

Sambil sambil merendek tu, boleh r tambah ilmu pengetahuan sikit sikit kan!

Oh, Dah macam kubur lama bukan? huhu

Continue reading “LAMAN MEGALIT”

JIMBA DI TAMAN PUTRA PERDANA

Taman awam yang paling dekat dengan rumah aku rasanya 🙂 Terletak di Bulatan Putrajaya. Besar OK bulatan ini. Pada awalnya aku tak aware pun bahawa ia merupakan bulatan. Yang aku tahu, kat tengah tengah bulatan itu ada Shangri- La Putrajaya dan juga sebuah istana. huhu

Abaikan, yang penting aku suka kat Taman ini.

Kenapa? Cz pemandangannya cantik + sangat sesuai untuk beriadah.

Ramai je aku tengok family2 yang datang bersama keluarga besar diorang dan ala-ala picnic kat sini. Banyak pokok pokok besar kat sini + kemudahan pun banyak. Sejuk je hati tengok kawasan hijau camnie huhu.

Continue reading “JIMBA DI TAMAN PUTRA PERDANA”