Selalunya, kalau makan di IOI CityMall, aku akan pilih Sopoong. Tapi, hari ini terpaksa beralah sebab kawan nak makan di 4Fingers. Im getting bored with 4Fingers actually. One of the reason is the price.
Tapi, oleh kerana hari ini aku hanya perlu meneman dan dibelanja, jadinya aku okay je haha.
Agak sedih dan terkesima juga sebab menu kegemaran tidak sedia lagi – ricebox chicken wing. Katanya nasi tak masak lagi. Lama lagi nak siap kalau nak tunggu katanya hahaha. Apalah diorang ini. Business hours kan bermula dari pukul 10 pagi. Kalau camtu, why not korang buka kedai pukul 12 tengahari je hahaha.
So, solusinya ialah kami pilih je 12 ketul. Tak kenyang dok makan ayam je. Tetap nak makan nasi juga huuu.
Jenuh nak habiskan 12 ketul ayam nie. Adeiiii, rasa nyesal order banyak2. Rasanya kalau ambil 6 ketul je pun dah cukup rasanya.
Apapun, rasa tenang sikit makan kat sini sebab ruang lebih luas dan orang pun tak ramai mana.