Cara Solat Sunat Rakaat Selepas Solat Jumaat – Bilangan Rakaat

Bilangan Rakaat Solat Sunat Selepas Solat Jumaat

Dalil pensyariatan solat sunat selepas Jumaat boleh dilakukan dengan 2 rakaat atau 4 rakaat (lebih baik).

Empat Rakaat

Dalil pensyariatan mengenai Solat Sunat 4 Rakaat Selepas Solat Jumaat adalah Daripada hadis riwayat Muslim yang bermaksud, Daripada Abu Hurairah ra katanya, Nabi Muhammad saw bersabda: Apabila seseorang daripada kamu solat Jumaat maka dia hendaklah solat selepasnya 4 rakaat.

2 Rakaat

Daripada Salim, daripada bapanya, daripada Nabi Muhammad saw bahawa adalah Baginda solat selepas Jumaat 2 rakaat

Hadis Riwayat at Tirmidzi
Cara Solat Sunat Rakaat Selepas Solat Jumaat

Niat Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat

Usalli sunnatal Jum’ati raka’ataini baqdiatan lillahi ta’ala.

Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat jumaat dua rakaat kemudiannya kerana Allah Ta’ala.

Cara Menunaikan Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat

RAKAAT PERTAMA

  1. Takbiratul ihram & Niat
  2. Membaca surah al-Fatihah
  3. Membaca Surah Pilihan
  4. Rukuk
  5. Iktidal
  6. Sujud pertama
  7. Duduk di antara dua sujud
  8. Sujud kedua

RAKAAT KEDUA

  1. Berdiri semula dan memulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan)
  2. Membaca surah al -Fatihah
  3. Membaca Surah Pilihan
  4. Rukuk
  5. Iktidal
  6. Sujud pertama
  7. Duduk di antara dua sujud
  8. Sujud kedua
  9. Tahiyat Akhir
  10. Memberi Salam

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI