Hukum mandi bogel adalah MAKRUH. Ia adalah berdasarkan kepada dalil oleh at-Tirmidzi. Daripada seorang sahabat yang bertanya kepada Nabi Muhammad saw tentang mandi berseorangan secara berbogel, maksudnya:
“Saya bertanya,’Wahai Nabi Allah, manakah aurat kita yang harus kita tutup? dan manakah yang boleh kita nampakkan?’
Hadis Riwayat at-Tirmidzi
Nabi saw menjawab,’Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.’
Saya bertanya,’Wahai Rasulullah, bagaimana pula apabila sekelompok orang sedang berkumpul bersama?’
Nabi saw menjawab,’Jika kamu mampu agar auratmu tidak dilihat oleh seorangpun, maka (usahakan) supaya jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.’
Saya bertanya,’Ya Rasulullah, kalau seorang daripada kita berada berseorangan?
Jawab Nabi Nabi saw,’Dia lebih layak berasa malu kepada Allah daripada malu terhadap manusia.'”
- Cara Solat Sunat Rakaat Selepas Solat Jumaat – Bilangan Rakaat
- Cara Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat
- 25 Contoh Ucapan Penghormatan dalam Pembukaan Pidato
- Penerangan Hadis – 5 Syarat Sah Solat Jumaat
- 5 Amalan Utama Sunat Pada Hari Jumaat
- Tertinggal Rakaat dan Hadis Kelebihan Solat Jumaat
Mandi Bogel Secara Beramai-Ramai
Sesama lelaki auratnya, ialah lutut dan pusat serta kawasan di antara kedua-duanya. HARAM bagi seorang lelaki melihat aurat lelaki lain atau mendedahkannya kepada orang lain. Begitu juga sesama perempuan.
Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Seorang lelaki tidak melihat aurat lelaki yang lain, demikian juga seorang wanita tidak melihat aurat wanita yang lain." - Hadis Riwayat Muslim
Tidur Bogel Sendirian atau Berdua Suami Isteri
Hukumnya makruh.
Hal ini disebabkan Allah dan para malaikat-Nya sentiasa bersama dengan kita. Justeru, hendaklah kita berasa malu kepada mereka. Ia juga adalah berdasarkan kepada dalil hadis oleh Imam at-Tirmidzi diatas.