Cara Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat

Waktu Untuk Solat Sunat Sebelum Solat Jumaat

Dalil mengenai pensyarikatan Solat Sunat Sebelum Jumaat ini adalah berdasarkan kepada riwayat hadis daripada Imam Bukhari

Daripada Abdulillah bin Mughaffal al-Muzani, bahawa Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: Di antara 2 azan (azan dan iqamat) adalah solat bagi orang yang hendak (mengerjakannya).

Hadis Riwayat Bukhari

Bilangan Rakaat Solat Sunat Sebelum Jumaat

Solat sunat sebelum jumaat adalah salah satu daripada sunat rawatib. Ia berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Jabir ra, maksudnya: Telah datang Sulaik al-Ghatafani pada hari jumaat, dan Nabi Muhammad saw sedang duduk di atas mimbar. Kemudian Sulaik pun duduk sebelum dia menunaikan solat. Maka bersabda Baginda kepadanya: “Adakah kau telah ruku’ (solat) dua rakaat?” Sulaik menjawab: “Tidak”. Maka Baginda SAW bersabda: “Berdirilah dan rukuklah (solatlah) dua rakaat”. – Hadis Riwayat Muslim

Cara Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat

Diriwayatkan daripada Abdulillah bin Mas’ud bahawa beliau solat sebelum Jumaat 4 rakaat dan selepasnya 4 rakaat. Sesungguhnya telah diriwayatkan daripada Ali ra bahawa beliau menyuruh solat selepas Jumaat 2 rakaat kemudiannya 4 rakaat. Sufian ats-Tsawri dan Ibnu Mubarak berpegang dengan apa yang dikata oleh Ibnu Mas’ud

Hadis Riwayat Tirmidzi

Oleh yang demikian Solat sunat ini boleh ditunaikan empat rakaat dengan dua salam. Dua rakaat yang pertama adalah sunat yang muakkad (amat dituntut), sedangkan dua rakaat yang terakhir adalah sunat yang bukan muakkad (baik jika dilakukan).

Baca: Syarat Sah dan Rukun Khutbah Jumaat

Niat Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat

Usalli sunnatal Jum’ati raka’ataini qabliyatan lillahi ta’ala.

Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Jumaat dua rakaat dahulunya kerana Allah Ta’ala.

Solat Sunat Qabliyah Jumaat atau Zohor – Ustaz Azhar Idrus

Cara Menunaikan Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Jumaat

RAKAAT PERTAMA

  1. Takbiratul ihram & Niat
  2. Membaca surah al-Fatihah
  3. Membaca Surah Pilihan
  4. Rukuk
  5. Iktidal
  6. Sujud pertama
  7. Duduk di antara dua sujud
  8. Sujud kedua

RAKAAT KEDUA

  1. Berdiri semula dan memulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan)
  2. Membaca surah al -Fatihah
  3. Membaca Surah Pilihan
  4. Rukuk
  5. Iktidal
  6. Sujud pertama
  7. Duduk di antara dua sujud
  8. Sujud kedua
  9. Tahiyat Akhir
  10. Memberi Salam

Rujukan: https://ecentral.my/solat-sunat-sebelum-solat-jumaat/

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI