FAKTA MENGENAI HONG KONG – PART 2

Hong_Kong_night2

  1. Telekomunikasi di Hong Kong adalah cekap dan sofistikated. Panggilan bagi talian tempatan adalah percuma dan caj HK$1 dikenakan bagi tempoh panggilan lima minit di telefon awam. Pihak hotel biasanya mengenakan caj. Panggilan Terus Antarabangsa (IDD) ke kebanyakan wilayah dan negara di seluruh dunia boleh dibuat dari hotel-hotel di Hong Kong.hk
  2. Anda tidak akan menghadapi sebarang masalah menggunakan telefon bimbit anda di Hong Kong kerana sebahagian besar sistem tanpa wayar yang digunakan di seluruh dunia – seperti GSM 900, PCS 1800, CDMA and WCDMA –beroperasi di Hong Kong.
  3. Perkhidmatan Wi-Fi percuma di lapangan terbang
    Bagi kemudahan pelawat, perkhidmatan Wi-Fi percuma disediakan di Terminal Penumpang di Hong Kong International Airport, termasuk di dewan ketibaan dan kawasan berlepas pra dan paska pemeriksaan keselamatan.
  4. Bagi akses mudah internet, anda boleh menggunakan komputer secara percuma yang disediakan di kafe. Ia juga disediakan di sesetengah tempat awam seperti di stesen Wan Chai dan Central MTR , dan perpustakaan awam yang terletak di Causeway Bay di sebelah Taman Victoria, menyediakan ratusan komputer dan akses broadband percuma jika anda membawa laptop.
  5. Kebanyakan hotel-hotel utama menyediakan akses internet percuma kepada pelanggan mereka.
  6. Kantonis adalah dialek bahasa Cina yang dituturkan oleh 95% penduduk Hong Kong. Bagaimanapun, bahasa Inggeris digunakan secara meluas di kawasan tumpuan pelancong dan di kalangan masyarakat peniaga. Sebahagian besar pemandu teksi dan jurujual boleh berkomunikasi dengan bahasa Inggeris.
  7. Terdapat sekitar 20,000 Muslim di bandaraya ini. Mereka adalah suku Han dengan bakinya terdiri dari Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Timur Tengah dan negara-negara Afrika.

hong_kong_mtr_map

Sumber : Google & Discovery Hong Kong

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) danGoogle +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI