Terfikir sejenak, rasa macam nak tukar brand makanan kucing kepada Blackwood sahaja 🙂 lebih murah berbanding Royal Canin. Lagipun ia sama sama pada level Premium Food untuk haiwan kesayangan. Bilangan kucing makin bertambah ini buat aku rasa senak sedikit ahaks. .
Takper. . Kita cuba untuk anak anak kucing itu nanti.huhu. . . Kalau OK, syukurlah nak.
Sudah decided untuk menjual 2 ekor anak kucing itu nanti. 2 ekor lagi kami bela bersama sama Mak dia. Apa boleh buat. . Kos mengatasi segalanya. Lagipun takut tak terjaga. . . Takper, kita cari ‘parent’ yang baik hati dan penyayang OK huhu 🙂
Apapun, kalau nak beli makanan kucing jenama Royal Canin. . . Memang kene beli kat Melaka. Aku tengok macam lebih murah ( untuk repackaging ). Beza RM2 – RM3 jugak lah. That why kalau ada kesempatan pergi Melaka, memang akan beli stock makanan lebih sedikit.
Kat Melaka ini ada banyak kedai haiwan kesayangan. Not sure kenapa. . Huhu even Cici pun dibeli di Melaka 🙂 Ada banyak tempat yang jual barangan berkaitan pada harga yang boleh dikatakan murah – berbanding tempat lain. Pandai pandailah cari yang mana terbaik + termurah + berbaloi
Salah satunya ialah North South East West Aquarium, 25 Jalan Melaka Raya13, Taman Melaka Raya 75000 Melaka. Senang cerita, terletak berhampiran dengan Akademik Kastam + berhadapan dengan air terjun Ayer Keroh + tepat tepat di tepi lampu isyarat huhu. Kedai ini ada jual kucing dan ikan. . .