Solat Jumaat diwajibkan ke atas semua golongan yang memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat. 7 golongan yang termasuk dalam Syarat Wajib Solat Jumaat ialah Islam, Baligh, Berakal, Merdeka, Lelaki, Sihat tubuh badan dan Bermastautin di tempat solat Jumaat didirikan.
Abu Daud meriwayatkan hadis, maksudnya: Solat Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap orang Islam, melainkan 4 golongan iaitu hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak atau orang sakit.
5 Syarat Sah Solat Jumaat
Pertama:
Didirikan dalam kawasan bangunan / binaan sama ada di bandar kampung atau kariah penduduk yang bermustautin tidak kurang daripada 40 orang lelaki
- Niat dan Cara Mudah Mandi Wajib Mengikut Hadis
- Pancut Luar – Hukum Memancutkan Air Mani di Luar Faraj
- Apa Hukum Perbuatan Suami Meliwat Isteri – Seks Anal
- Suami Isteri – Hukum Mengisap Kemaluan dan Telan Air Mani
- Kreatif – 25 Ucapan Assalamualaikum Salam Jumaat Penghulu Segala Hari
Kedua:
Bilangan penduduk yang bermastautin disitu perlulah tidak kurang daripada 40 orang lelaki yang cukup syarat-syarat wajib Jumaat.
Bagi masyarakat kita, mungkin tidak masalah untuk bilangan tersebut. Situasi seumpama ini mungkin berbeza untuk daerah tertentu yang bilangan jemaahnya kurang 40 orang. Mazhab Hanafi mengatakan, cukup 4 orang sahaja termasuk imam. Ia berlandaskan kepada dalil yang bermaksud:
Jumaat itu diwajibkan bagi tiap-tiap kampung di situ ada imam, walaupun penduduknya hanya 4 orang.
Hadis Riwayat at-Tabrani
Imam Auzai pula mengatakan, Solat Jumaat itu cukup 12 orang. Ini berlandaskan kepada hadis riwayat at Tabrani yang bermaksud: Orang yang pertama kali datang ke Madinah dari kaum Muhajirin adalah ush’ab bin Umair dan dialah orang yang pertama mendirikan Jumaat di situ pada hari Jumaat sebelum Nabi Muhammad saw datang, dan ketika itu mereka berjumlah 12 orang.
Baca: Apa Hukum Meninggalkan Solat Jumaat?
Ketiga:
Solat Jumaat hendaklah didirikan pada waktu Zuhur. Namun, sekiranya waktu zuhur sudah hendak tamat atau mereka tidak sempat untuk menunaikan solat Jumaat beserta dengan 2 khutbahnya, mereka hendaklah menunaikan solat Zuhur.
Keempat:
Jangan didirikan lebih daripada satu solat Jumaat pada satu tempat yang sama. Malahan mereka wajib berhimpun pada satu tempat. Namun harus berbuat lebih daripada satu tempat jika tempat tersebut tidak dapat menampung bilangan jemaah yang ramai.
Kelima:
Solat Jumaat perlu didirikan secara berjemaah. Tidak sah mengerjakan solat Jumaat sendirian. Makmum yang lewat hendaklah sekurang-kurangnya sempat rukuk bersama dengan imam pada rakaat kedua. Jika tidak, dia perlu berniat solat Zuhur dan menambah 4 rakaat selepas imam memberi salam