THE PEAK HONG KONG

Kata orang, salah satu tempat wajib untuk dikunjungi ialah The Peak. Disini pengunjung boleh lihat pemandangan Victoria Harbour dan juga bangunan bangunan tinggi di Hong Kong ini dari atas bukit. Memang cantik katanya. Itu yang kami nak merasa tu. Gigih!

page1

Ini adalah langkah pengembaraan dan jimba jimba pertama kami di Hong Kong ini. Untuk mendapatkan maklumat perjalanan dari Tsim Sha Tshui, boleh rujuk entry aku sebelum ini bertakut HARI PERTAMA – HONG KONG atau boleh je tengok kat laman web MTR Hong Kong dan juga Hong Kong Tourism Board. Memang tip top betul informasi yang diorang ada.

page2

Perjalanan kami dimulakan dengan singgah sebentar di Station Hong Kong untuk mengambil tiket Disneyland kami di Kaunter Express mereka. Beli via online huhu.

page4

page3

Tak susah untuk bertanya kepada orang tempatan dan sekeliling cz diorang agak fasih berbahasa Inggeris dan di mana mana informasi pun ada disertakan sekali dengan terjemahan berbahasa inggeris. Memang sesuai dengan tema diorang – Hong Kong World City.

page5

OTW nak ke The Peak tu, kami terpegun jap dengan bangunan bangunan tinggi di kiri kanan kami. WOW

page6

Apapun, ada banyak warga indonesia dan Filipina yang bersantai dan berbual sesama mereka disini hahaha. Dah macam kat KLCC pun ada jugak rasanya ni ahaks.

page7

Amabaikan diorang dan kami meneruskan perjalanan menuju ke The Oeak yang terletak di The Garden Road. Tak jauh pun cuma agak penat cz kene menaiki bukit. Disini memang berbukit bukau. Break kereta memang selalu kene jaga. Silap silap memag dok langgar bontot orang je lah gamaknya.

Kami bertuah huhu cz nampak LIVE kemalangan kecil kereta BMW langgar bontot Mercedes. Polis pun memang kat merata tempat. So, masalah jem dan pertengkaran dapat diatasi dengan cepat dan baik. Gitew.

page9

The tersangat sangat ramai orang yang beratur untuk membeli tiket dan menaiki The Peak time kami pergi tu. Ada macam macam bangsa dan bahasa yang aku dengar hahaha. Pengsan banyak kali. Asalnya kami dok ikut beratur jugak. Tapi rupanya yang beratur panjang itu khas untuk tiket The Peak sahaja. Walhal kami dah beli via online dan memang beli Combo untuk The Peak dan juga Madame Tussaud. Jadi, sepatutnya kami perlu ke kaunter yang lagi satu. Salah diorang jugak cz kaunter tu terletak di bucu bangunan sangat. Huh

page10Konsep The Peak ini lebih kurang macam Bukit Bendera jugak. Kat Malaysia tak nak naik. Tapi kat Hong Kong gigih nak naik jugak kan? Memang OVER.

page11Gigih bersesak dengan orang ramai ini semata mata nak naik tram The Peak itu. Saja nak merasa kan? hahaha. Sambil sambil tu dok tengok kira kanan dan perhatikan gelagat manusia seantero dunia yang ikut beratur kat sini. Dunia dunia.

page12Adalah satu jam lebih jugak kami menunggu nak naik. Dari jam 4.30 petang tu, kami sampai ke The Peak area jam 6.00 petang. Sentap dan pengsan banyak kali. Tapi aku tak kisah cz ini semua memang aku dah masukkan dalam jadual perjalanan untuk kos luar jangkaan huhu.

page14

Suatu pengalaman mendebarkan tatkala naik tram The Peak ini. OMG curam benar landasan dia haha. Aku rasa macam 45 darjah je. Oh, takut betul. Nasib baik aku naik tram yang belah atas. Kalau belah bawah, mau aku terkencing dalam seluar terus. Aku memang gayat OK haha.

page15

Sampai je kat The Peak, aku nampak ada banyak kedai yang jual barangan cenderahati. Oh, tak boleh beli. MAHAL dan rasa macam super mahal.

page16

Kita layankan sahaja pemandangan indah Victoria Harbour dan juga bangunan bangunan pencakar langit di Hong Kong ini. page17page18 page19 page20 page21 page22

Aku sentap sebenarnya cz terlupa plak nak bawa kamera lebih cz kamera canon aku tertiba je dah terkurang satu bar bateri OMG. Terus spoil mood nak bergambar sana sini. Kami terus bergegas ke Madame Tussaud plak. Harap sempat ambil banyak gambar menarik disana nanti. huhu.

page23 page24

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI