Makan di Dayang Sarawak Corner Sungai Besi


Kerja di sekitar Terminal Bandar Tasik Selatan ni rasa macam tak tahu nak makan apa lagi dah. Pusing2 makan yang sama je. Nasib baik pengangkutan awam kiri kanan ada. Jadinya, naiklah LRT menuju Sungai Besi. Bertentangan dengan Station LRT Sungai Besi, ada kedai Dayang Sarawak Corner. 
Macam-macam menu diorang ada. Aku paling suka order mee kolok dan nasi kukus ayam dara. Ada juga kawan yang suka order mee wantan, nasi ayam bla bla bla bla. 

Ya tuhan, sambal nasi kukus diorang sedap. Berasa sangat. Kalau aku order, mesti minta extra cili. Suka pedas kann.

Macam mana nak pergi sini? Google je ‘ Dayang Sarawak Corner Sungai Besi’. Insyaallah sampai.

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *