Kenapa Kucing Suka Menggigit?

Korang, especially yang membela kucing, selalu tak mengalami situasi dimana kucing kita dok menggigit-gigit / menggurut dengan kuku pada kita. Walhal kita dok belai-belai manja dan usap-usap dia nie.

A post shared by MNM (@denniszill) on


Kekadang sakit hati juga aku dibuatnya. Yelah, aku ni dah lah sibuk bekerja diluar. Kekadang sokmo teringat kat diorang tatkala bekerja di luar. Yelah, kesian kat diorang sebab sibuk bekerja sampaikan jarang nak luangkan masa bersama kucing-kucing tersayang.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Yang buat aku sakit hatinya ialah, gigihlah pula aku dok usap-usap bulu diorang, belai-belai manja. Tapi, boleh pula diorang nie gigit / urut2 aku sambil keluarkan kuku. Sakit hokey! Kenapa tu agaknya? Meh sini aku kongsikan :-

Personaliti

Sama juga macam manusia. Kucing pun ada pelbagai ragam. Mungkin kucing berkelakuan seumpama itu sebab kita dok pegang bahagian sensitif pada tubuhnya (perut / ekor / telinga / leher etc). Keselesaan tiap makhluk hidup berbeza-beza.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Tanda Sayang

Manusia ada ‘love bite’, kucing pun ada juga ada gigitan manja demi menunjukkan cinta sejati katanya haha. Dengan gigitan manja (walaupun sakit bagi kita), mungkin dia berharap agar kita dapat merasai perasaan sayang dia pada tuannya. Pengsan

A post shared by MNM (@denniszill) on

Gurau Senda

Selalu je kucing aku tu gigit aku dan blah macam tu je. Lepas tu datang balik. Alahai, kesian dia. Sokmo kena maki hamun dengan aku. Hahahaha teman gaduh sehidup semati.

Selalunya kalau aku free, aku akan ajak main. Tapi kalau aku tengah buat kerja, mulut aku akan membebel. Tapi, macam biasa, diorang akan buat muka tiada perasaan.

Umpama terlepas dari mulut harimau, masuk pula ke mulut kucing ??? #cat #meow #cats

A post shared by MNM (@denniszill) on

Rasa Terancam

Mungkin situasi seumpama ini terjadi kepada orang yang kucing tu tak kenal kot. Selalunya kalau ada kawan datang rumah dan dan  untuk mendekati kucing-kucing aku, dia akan menggigit atau lari menyorok. Rasa terancam kot sebab tak kenal. Lagipun, diorang mana jumpa orang luar.

A post shared by MNM (@denniszill) on

Tidak Ingin Dipengaruhi

Aku ada beberapa ekor kucing yang punya sifat suka datang dekat dan bermanja. Tapi pada masa sama, tak nak aku usap dia atau pegang badan dia.

Kemudian ada juga beberapa ekor yang suka menyendeng kacau aku sana sini. Tapi, gigit aku balik tatkala aku kacau dia. Amboi amboi amboi, kau buat aku boleh. Aku buat kat kau tak boleh. Banyak cantik…

Rupanya, ada juga kucing yang bersifat macam tu. Tak nak dipengaruhi orang ‘orang’ lain. Bersifat dominan gamaknya.

A post shared by MNM (@denniszill) on

A post shared by MNM (@denniszill) on

Author: Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *