JOM MAKAN BUAH @ PUTRAJAYA 2012

Entry kedua aku berkenaan dengan Jom Makan Buah @ Putrajaya 2012 🙂  Saja datang untuk tengok tengok apa lagi yang boleh aku usha usha di sini huhu.

Seperti biasa, aku akan datang sewala pagi ( 10 pagi lebih ). Alasannya mudah..aku tak mahu berpanas bagai + mahu makan durian yang fresh dari ladang. Datang awal, boleh lah pilih pilih durian / barangan yang berkualiti huhu

Mini Syurga Dunia bagi penggemar buah buahan tempatan – especially Durian, Maggis dan rambutan. Memang dijual pada harga yang murah dan berbaloi baloi huhu.

See…ada juga beberapa produk pertanian yang dijual disini – keropok, pokok bunga, makanan popular Malaysia dll. Kira OK lah untuk aktiviti hujung minggu huhu

Oh….. teringin nak makan lagi Cendol Borhan ini 🙂 Cendol tersedap dari Tanjung Karang huhu. Tapi apakan daya, niat aku datang sini memang nak makan durian banyak2. So, kene jimat ruang kat perut. Mungkin esok lusa still boleh makan di Cendol Borhan ini Insyaallah

The most important part 🙂 Jom Makan Buah !!!!!!! huhu

Lets makan sampai pengsan huhu.  Durian durian yang disediakan cuma D24 sahaja. Katanya pada hari ini stok Musang King hanya 1 Tan. Takut tak cukup. SO, pada sesiapa yang mahu makan Musang King, boleh beli di gerai jualan diluar pada harga hanya RM13 sahaja. Nyum nyum

PUAS HATI beb. Kebanyakan durian yang aku ambil memang isinya tebal…lemak..pahit bagai. Yang penting kebanyakkan ala ala kucing tidur huhu

Syukurlah…datang awal, boleh pilih yang baik baik punya 🙂

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill dan Video (Youtube)

 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI