Selesai Mengundi di Parlimen Parit Sulong dan DUN Sri Medan

Alhamdulillah syukur bebanyak. Pepagi buta seawal 8 pagi lebih aku ke pusat pengundian di Sekolah Agama Sri Medan. Hairan, family aku yang lain mengundi di SRK Sri Sejati. Aku pulak tercampak jauh ke pekan. Sentap.

Suasana belah pagi agak tenang sebab tak ramai lagi yang sampai. Sebab tu datang awal. Mengundi dan terus balik Kajang. Takut kesesakan lalu lintas je nanti.

Dakwat calit untuk PRU14 nie nampak lebih pekat dan tahan lama berbanding PRU13 yang lalu. Mula-mula nampak cair, tapi lama kelamaan jadi pekat.

Sama seperti PRU13, aku masih lagi saluran 3 huhu. Aku tengok tadi, saluran 1 dan Saluran 2 panjang dah beraturnya. Agaknya sebab orang muda jenis datang lewat kot huhu.

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

LADANG NENAS + POKOK KELAPA

Sesungguhnya aku tak pernah menjejakkan kaki ke Ladang / Kebun Nenas. Inilah kali pertama aku pergi tempat yang luas mata memandangnya ditanam nenas. OMG…. cantik

Kalau di kawasan kampung tempat tinggal aku kebanyakan kawasan ditanam dengan kelapa sawit dan getah….lain pula halnya dengan beberapa kawasan di Parit Sulong. Lebih banyak ditanam dengan pokok kepala dan nenas. Oh…mungkin faktor tanah gambut kot.

Nice dan sangat cantik.

Continue reading LADANG NENAS + POKOK KELAPA

MRSM BATU PAHAT

Baru sahaja pulang dari Majlis Perasmian Karnival Tani 2012 di MRSM Parit Sulong. Biasalah, balik kampung pun jarang. So, setiap kali balik je mesti aku akan start berangan sambil mengimbau kembali kenangan lalu. Sangat Hidup Dalam Kenangan Yer..

Emm, lama sebenarnya tak masuk ke dalam area sekolah MRSM ini. Yelah, bukannya pandai sangat pun. Aku berpeluang masuk pun cz terpilih dalam program anak angkat mereka.

Dulu time aku datang situ, semuanya tampak baru dan cantik shj. Tapi time aku pergi nie, semuanya dah kelihatan lama dan carca merba sikit. Itu ini.. Oh, mungkin budak2 punya style kot hihi. Tapi sedih, tandas yg pernah aku gunakan dahulu kini kelihatan tidak terurus. Dinding berconteng sana sini.

Letih berjalan sebenarnya. Kalau ada driver senang sikit. Boleh lelap mata jap. Oh, Syukur cz semua perjalanan aku berjalan dengan lancar. Harapnya perjalanan pulang ke Putrajaya esok OK2 sahaja. Juz nice dan smooth je

Posted from WordPress for BlackBerry.

DATO NORAINI AHMAD AHLI PARLIMEN PARIT SULONG

Sepanjang aku tinggal disini, aku rasa bertuah cz kesemua ahli parlimen yang dilantik memang nampak ‘buat kerja’. Ini pandangan peribadi aku.

Tapi, dalam banyak banyak ahli parlimen yang mewakili Parit Sulong, aku rasa Dato Noraini nie memang nampak sangat usaha dan semangatnya. Ini berdasarkan kepada pemerhatian aku since aku start bekerja dan mengenali erti kenegaraan / politik / pentadbiran.

Sebelum ini, aku hanya berkesimpangan dengan dia di mana mana majlis sewaktu parlimen bersidang. Semalam, buat pertama kalinya aku berpeluang untuk hadir ke majlis yang dirasmikan oleh beliau. Dan pertama kali juga aku face to face melihat cara beliau bekerja. Nice and I can feel effort beliau…

Even beliau tidak pandai sangat membuat pengucapan awam, tapi semua itu aku maafkan dek kerana sikap beliau yang aku sifatkan ‘banyak buat kerja’ – sangat rajin.

Same goes to what Dato KSU said.

Yelah, sepanjang aku hidup di kampung dulu memang susah aku mahu jumpa mana mana kain rentang atau banner yang menunjukkan kehadiran ahli parlimen di kawasan aku.. Tapi time dia nie, memang ada sahaja aktiviti yang dibuat oleh beliau. Tiap kali balik kampung, pasti akan nampak kain rentang baru bagi program beliau.

Oh, lupa. Mak aku sendiri pernah menerima bantuan daripada beliau. Tahun lepas rasanya. Time banjir kot. Not sure.

ADUN Sri Medan? Aku tak nampak apa usaha beliau. Apa sumbangan beliau? Aku sendiri pun tak pernah bersua muka dengan dia. Kita tengok siapa calon ADUN / PERLIMEN bagi PRU13 nanti. Kalau Noraini dicalonkan, memang aku akan mengundi beliau. Kalau ADUN sedia ada, let me think first.

Posted from WordPress for BlackBerry.