Gambar Assalamualaikum Jawi & Waalaikumussalam Jawi

#1 Tulisan Jawi Untuk Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Gambar Assalamualaikum Jawi & Waalaikumussalam Jawi
  • Makna dalam Bahasa Melayu: Semoga kedamaian, rahmat, dan keberkatan Allah bersamamu
  • Makna dalam Bahasa Inggeris: May the peace, mercy, and blessings of Allah be with you

Hadis Nabi Muhammad SAW tentang kelebihan memberikan salam.

Dari Abu Umammah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ”Orang yang lebih dekat kepada Allah SWT adalah yang lebih dahulu memberi Salam.” – Musnad Ahmad, Abu Dawud, dan At Tirmidzi

“Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling mencintai. Adakah aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu melakukannya, kamu akan saling mencintai? Sampaikanlah salam di antara kamu.” – (Hadis Riwayat Muslim)

ASSALAMUALAIKUM, WAALAIKUMUSSALAM

Gambar ?????? ????? - Assalamualaikum Jawi dan Rumi

Para ulama’ mengatakan hukum mengucapkan salam adalah sunat yang sangat digalakkkan dan amat dituntut oleh Rasulullah SAW.

Adapun hukum menjawab salam adalah wajib kerana Allah SWT memerintahkan kita untuk menjawabnya, berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama)”. [al-Nisa’:86]

#2 Tulisan Jawi Untuk Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh

Gambar Assalamualaikum Jawi & Waalaikumussalam Jawi
  • Makna dalam Bahasa Melayu: Semoga keselamatan dan rahmat Allah menyertai anda juga
  • Makna dalam Bahasa Inggeris: May the peace and mercy of Allah be with you too
Gambar Assalamualaikum Jawi & Waalaikumussalam Jawi

#3 Tulisan Jawi Untuk Bismillahirahmanirrahim

  • Makna dalam Bahasa Melayu: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
  • Makna dalam Bahasa Inggeris: In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

Lirik Lagu Assalamualaikum oleh Raihan

Assalamualaikum
Apa khabar saudaraku sekelian
Daku mendoakan kamu selamat sejahtera

Assalamualaikum

Dari hati yang ikhlas kami mengharapkan
Agar sekelian insan telah mendapat hidayah

Kita semua bersaudara
Harus saling menyayangi

Jangan ada yang tak seimbang
Berbelah bagi dan membenci
Bersatu teguh bercerai robohlah kita

Assalamualaikum
Dari hati yang ikhlas kami mengharapkan

Agar sekelian insan telah mendapat hidayah

Assalamualaikum
Daku hanya mengingatkan pada yang lupa
Juga mengingatkan pada diri sendiri

Lihatlah mereka yang ingkar
Jauh dari kemuliaan
Agar tidak mengikut mereka
Agar kita terpelihara
Dari sifat yang keji
Dan melanggar perintah agama

Assalamualaikum
Assalamualaikum
Assalamualaikum
Assalamualaikum
Assalamualaikum
Assalamualaikum……

Gambar Assalamualaikum Jawi & Waalaikumussalam Jawi  Gambar Assalamualaikum Jawi & Waalaikumussalam Jawi