SEKITAR PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA PUTRAJAYA 2012

Aku baru sahaja pulang jalan jalan di Program Jom Beli Barang Raya @ Putrajaya 2012 yang diadakan bersebelahan dengan KPDNKK Putrajaya. ENTRY SEBELUM INI

image

Seperti biasa, aku akan pergi awal – malas mahu bersesak dengan 1001 macam perangai dan karenah manusia sejagat huhu. Aku pergi sebaik sahaja habis berbuka dan solat Maghrib. Lucky cz memang syok je jalan jalan . . . dan yang penting tak lama selepas itu, orang berpusu pusu masuk. Waktu malam je dah macam ini. Aku tak boleh bayangkan macam mana waktu siang atau aku datang lewat sedikit. Pengsan

Tapi, apapun memang selesa program ini dibuat berbumbung dan berhawa dingin. Sejuk je rasanya hihi. . . . .

image

Banyak jugalah jenis barangan yang dijual. Memang sesuai dengan tema barangan raya – sofa, tilam, katil, barangan elektrik, kuih muih, aneka biskut, pakaian, kasut, barangan dapur, barangan elektronik, makanan dan minuman. Sesuai untuk mereka yang telah barangan kekeluargaan huhu

image

image

image

image

image

Aku beli apa? Huhu. . . Kononnya harga yang dijual lebih murah, aku tak tahulah. Tapi apapun, bagi aku dan kawan aku. . . Harga yang ditawarkan memang berbaloi. Lebih murah berbanding harga biasa. Yelahkan, program pun anjuran KPDNKK. . . takkan nak jual mahal kot hihi. Sah sah kat sini memang lubuk orang berbelanja dan baru lepas gaji dan bakal dapar bonud raya. . .memang dijamin akan dapat sambutan hangatlah gamaknya.

image

Tapi apapun sebelum pembelian itu kami agak kecewa gak dengan salah seorang si penjual barangan elektrik disitu. Not sure apa status dia. . Penjual atau promoter atau apa. Aku nak juga tahu apa beza Air Purifier jenama Sharp dengan jenama Panasonic..tapi last2 kecewa dengan promoter di booth yang menjual jenama Panasonic itu. Acuh tak acuh je nak jual. Ditanya 2 patah, dijawab sepatah. Pengsan. . . Tu yang akhirnya kami decide untuk beli di booth yang menjual jenama Sharp. Promoter nya pun memang well known dan memang OK. Simple as that. Pelanggan tanya, ko jawab. . . Plus additional info.

 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI