Proses beli rumah boleh menjadi mudah dan kekadang boleh jadi sangat mencabar iman. Kesemua itu bergantung kepada banyak faktor seperti kemudahan kelulusan pinjaman, pemaju, peguam dan sebagainya. Bersama ini disertakan urutan proses jual beli rumah yang biasa dilalui untuk pembelian rumah baru dari pemaju yang sedang dalam pembinaan:
PERTAMA: Research & Survey Rumah Yang Ditawarkan & Pilihan Lain Jika Ada (Harga, Lokasi, Kemudahan, Latar Belakang Pemaju)
KEDUA: Menyediakan Wang Tunai Yang Secukupnya (15-20% daripada harga rumah)
KETIGA: Membuat Pendaftaran/Tempahan Dengan Pemaju (Sediakan Dokumen Yang Berkaitan, Bayar Booking Fees)
Tip elakkan wang pendahuluan / booking fees anda hangus begitu saja.
- Pastikan kita berurusan dengan perunding hartanah yang berdaftar. Sebagai bukti, minta mereka tunjukkan tag & business card
- Jika beli terus dengan pemilik, booking fees perlu dibayar kepada peguam sebagai pemegang amanah,
- Baca, teliti dan patuh klausa perjanjian (Offer to Purchase),
- Pastikan kita layak meminjam berkadaran dengan harga rumah. Pastikan ada klausa booking fee akan dipulangkan jika pinjaman tidak lulus.
KEEMPAT: Membuat Permohonan Pinjaman Dengan Bank (Sekurang-kurangnya 3 bank yang berlainan)
Tips Memilih Bank Untuk Memohon Pinjaman Perumahan
- Jika kewangan pembeli kukuh dan komitmen rendah, mungkin Maybank dan CIMB sesuai. Dua bank ini memang pantas. Kelulusan pinjaman boleh tahu dalam 5 hari sahaja jika dokumen lengkap.
- RHB sesuai jika anda perlukan bank yang mempunyai Debt Service Ratio yang sedikit tinggi. Kelulusan juga agak pantas.
- Untuk pembelian pangsapuri berumur lebih 10 tahun tapi masih tiada geran strata, sesuai dekat BSN dan Ambank. Bank lain majoriti tak terima.
- Untuk pinjaman 100% melalui Skim Rumah Pertamaku, kebanyakan bank boleh buat. Tapi ramai orang kata Bank Islam yang terbaik. Untuk Skim Perumahan Belia pula, sudah pasti BSN.
- Hantar permohonan sebolehnya ke 2 buah bank.
Tips Sebelum Membuat Permohonan Pinjaman Perumahan
- Semak laporan CCRIS. Tuan puan boleh cetak laporan CCRIS ni di Bank Negara. Laporan CCRIS ni nak pastikan tiada kelewatan pembayaran apa-apa komitmen dengan bank.
- Buat pre-qualification dengan jurubank. Tuan puan juga boleh hubungi jurubank untuk buat saringan awal dari segi kelayakan pinjaman perumahan. Jurubank boleh beritahu berapa jumlah pinjaman yang boleh dipohon berdasarkan pendapatan tuan puan.
- Sediakan dokumen selengkapnya. Untuk membeli rumah pastikan dokumen sokongan adalah lengkap. Bagi mereka yang berkerja tetap, berikut adalah dokumen yang diperlukan: Salinan kad pengenalan , Slip gaji 3 bulan , Bank statement 3 bulan , EPF statement dan /atau borang EA , Dokumen sokongan untuk pendapatan sampingan (sewa, ASB dll.) , Surat tunjuk minat membeli rumah (surat tawaran / tunjuk minat / ‘booking form’) dll.
Kelulusan pinjaman anda boleh tahu sekitar 2 minggu secara kasar.
KELIMA: Menerima Tawaran Pinjaman Dari Bank (Tandatangan Surat Tawaran/Letter of Offer oleh pihak bank)
KEENAM: Penyediaan Dokumen Perjanjian (Perjanjian Jual Beli dengan Pemaju dan Perjanjian Pinjaman dengan Bank)
KETUJUH: Tandatangan Perjanjian Pinjaman Dengan Bank
KELAPAN: Tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P) Dengan Pemaju
Dalam tempoh 14 – 21 hari berkerja selepas surat tawaran dipersetujui, pembeli dan pemaju akan menandatangani perjanjian jual beli atau ‘Sales and Purchase Agreement’.
KESEMBILAN: Pembayaran Baki Berperingkat Oleh Pihak Bank Kepada Pemaju (Perlu dikeluarkan dalam masa 3 bulan selepas S&P ditandatangani untuk mengelak Late Penalty)
KESEPULUH: Mula Membayar Ansuran Pinjaman Perumahan (Sebulan selepas pihak Bank mula membayar kepada Pemaju)
KESEBELAS: Penyerahan Kunci & Geran (Pemaju akan menyerahkan rumah dan semua hak yang berkaitan)
KEDUA BELAS: Pemeriksaan Kecacatan & Perolehan Sijil Layak Menduduki (Periksa mengikut kondisi yang telah dipersetujui dalam S&P)
KETIGA BELAS: Kemaskini Maklumat Utiliti & Cukai Pintu (Api, Air, Pejabat Tanah dll.)
KEEMPAT BELAS: TAHNIAH!!! Anda sudah mempunyai rumah sendiri!
Sumber: http://cheahmad.blogspot.my , http://gilahartanah.com, https://arifhussin.com
Proses Beli Rumah Baru Dari Pemaju, proses beli rumah, proses membeli rumah,