Based on pembacaan aku di internet, makanan kucing ini ada banyak kelas dan jenisnya – komersial, premium, super premium etc. Royal Canin termasuk dalam kategori premium katanya.
Salah satu jenama yang sedang dalam perhatian aku ialah jenama Orijen – kategori super premium. Harganya lebih kurang sama sahaja dengan harga Royal Canin yang selalu aku beli. Apa yang menarik perhatian aku ialah kandungan proteinnya lebih tinggi bebanding Royal Canin. So, makan sedikit je dah kenyang.
In term of bau, aku lebih suka bau Royal Canin. Lebih sedap dan menyelerakan. Bau Orijen ini nampak macam tengik sedikit hahahaha. Sebenarnya, aku cuba beralih kepada Orijen sedikit demi sedikit. Tu yang start campurkan makanan diorang.
Tengok gaya, diorang makan even dicampur / tidak dicampur. Tapi, fikir punya fikir jenama Royal Canin ini lebih spesifik dan baik untuk buku / kesihatan kucing kucing ini. Memang sudah terbukti keberkesanannya.
Rasanya, untuk penjimatan aku akan campurkan kedua dua jenama ini dalam makanan diorang. Satu untuk protein (cepat kenyang) dan satu lagi untuk kecantikan hihi.
Oh ya, Orijen ini ada 2 jenis – diperbuat daripada ayam turkey dan juga ikan. Harga ayam turkey lebih murah berbanding harga ikan.