Selalunya jika musim bertugas di KL, mesti akan ada beberapa kali kami akan lepak berehat sambil berbincang di Aseana Cafe KLCC. Cafe berkonsepkan butik dan menu rakyat Malaysia. Menu kampung yang apabila dihidangkan disini, nilainya berkali-kali ganda hihi.
Nasib baik bosses yang bayar. Jadi, kita anak-anak menjamu selera sambil mendengar diskusi sahaja ler. Sambil tu, menikmati makanan seumpama ini + tengok orang lalu lalang. Kekadang, lepak minum / makan di kawasan sekitar KLCC pun seronok sebab boleh lihat 1001 gelagat orang / manusia yang lalu lalang. Sibuk benar semuanya dengan 1001 karenah / perkara.
Aku ini, dok sibuk suka tengok orang. Tak tahu apa pula yang orang pandang kat aku ini kan.