Alhamdulillah sangat, selepas beberapa siri drama dan propaganda yang hebat, akhirnya sampai juga Codos Pet Dryer ini. Harga pasaran katanya RM650. Tapi anak-anak kucing aku dapat pada harga RM550 (penghantaran percuma).
Beli daripada NSS Petshop Enterprise @ Sungai Besar Selangor. Meriah bukan? Rasanya inilah harga paling murah via online yang ditawarkan.
Sebenarnya ada beberapa pilihan untuk Pet Dryer ini. Tapi usha punya usha, akhirnya pilih yang ini juga. Alah membeli menang memakai. Nampak gaya macam produk gabungan Korea + Jepun + China. So, kita OK lah tu kan.
Agak besar jugak saiznya. Not sure lagi macam manalah rupanya time men dry bulu-bulu kucing. Mesti kuat angin + panas hihi.
Plan nak guna esok pagi untuk mandikan anak Mia. Tapi soket yang Codos guna ini bukan jenis Malaysia punya. Ini mesti jenis soket dari negara pengeluar. Satu kerja lagi untuk mencari palam pencucuh yang berkenaan 😯😯.