BAYARAN MASUK KE ZOO NEGARA

Salah satu tempat yang rasanya, orang tidak boleh persoalkan jumlah bayaran kemasukan ialah ZOO. Ini tempat bela haiwan liar / terancam. So, apa salahnya bayar lebih. At the end, wang yang dibayar itu pun akan ‘kembali’ kepada haiwan yang dipelihara di dalamnya. Gitew katanya.

Kadar bayaran masuk ke dalam Zoo Negara ialah RM30 (dewasa), RM10 (Kanak-kanak) dan RM15 (orang tua yang berusia 65 tahun keatas). Kadar ini berbeza kepada warga asing. So, kalau nak datang sini + beli tiket, jangan lupa bawa myKad. Karang tak pasal-pasal terpaksa bayar lebih pula hahaha.

Im just wonder untuk bayaran ‘Video Kamera’ yang tercatat disitu. Apa maksud Video Camera bagi mereka? Walhal, zaman sekarang smartphone / camera biasa pun dah boleh buat video. Emmmm, video kamera yang besar gedabak itu kot.

MELAWAT ZOO NEGARA UNTUK KALI KEDUA

Aku menggunakan peluang cuti umum yang lepas dengan melawat Zoo Negara :)) Niat pada bulan lepas, akhirnya dapat aku tunaikan pada minngu lepas ahaks. Syukur dan teruja yang amat. Ini adalah kali kedua aku menjejakkan kaki ke Zoo Negara. Kali pertama ialah pada 2 tahun yang lepas.

Secara keseluruhannya tidak banyak perbezaan ketara yang aku perasan sepanjang lawatan aku ini. Emmm, aku melawat ini pun sekadar suka-suka dan mahu melihat alam semulajadi. Lagipun, aku memang suka melihat flora dan fauna. Insyaallah, jika diberi peluang, masa dan rezeki aku memang mahu bercuti di Taman Negara / Tasik Kenyir huhu.

Sambil melawat, sempat lagi baca sejarah awal penubuhan Zoo Negara ini. Saja nak tambah pengetahuan am. Gitew katanya.

Aku akan buat entry berasingan mengenai pengalaman melawat Zoo Negara ini disini. Buat entry secara berasingan adalah kegemaran aku. Senang nak mengarang + masa mencemburui katanya huhu.