PERTAMA KALI KE SINGAPURA

20140827_020056

Tahun lepas, sekitar bulan Ogos 2014, aku ditugaskan untuk iringi bos ke Singapura untuk program besar disana. Tiada pengalaman langsung bertugas diluar negara seorang diri untuk cover sana sini. Sangat mencabar OK.

Ada lah beberapa situasi yang buat aku clumsy dan mengelabah sedikit. Tapi akhirnya berjalan dengan lancar dan very the kan ahaks. Duduk pula di Shangri-La Hotels and Resorts Singapura. Aku sifatkan hotel ini sangat privacy dan lain daripada yang lain. Sedikit terasing daripada orang luar. Apapun, hotel hanya sekadar hotel semata-mata. Datang untuk tidur je pun. Tak sempat nak menikmati bathtub etc. Sibuk memikir + arrange + melayan itu dan ini.

20140827_012916

20140827_012925

20140827_012936

20140827_012946

20140827_024149

Susun atur dan dekorasi dalaman yang menarik dan tenang. Aku ambil gambar ini pun sekitar pukul 3 pagi. Pukul 6 pagi pula aku sudah bangun untuk setup itu ini.

Aku pun ada upload gambar di Instagram pada ketika itu. Sangat teruja OK sebab Shangri-La sini ada akaun instagram sendiri dan mereka said welcome kepada aku. Maknanya mereka pun monitor feedback pelanggan mereka via online.

Gambar pemandangan persekitaran luaran dari tingkap hotel. Ohh, tiada bezanya Singapura ini dengan Malaysia. Tapi aku ada perasan satu perkara. Disini diorang tanam banyak pokok. Dengan kata lain, kalau aku jalan di luar pun tak terasa panas. Memang beza dengan Malaysia. pantang tengok pokok besar sedikit, ada lah tangan yang nak menebang etc. Beza sangat di Singapura ini. Mentaliti dan pengurusan yang sangat world class.
20140827_094109

20140827_161429

20140828_063511Aku sifatkan tugasan diluar negara (single) aku sangat berjaya pada ketika itu. Sebab KPI dan coverage bercanak-canak. Aku pun perasan, disini the way mereka handling media coverage sangat pantas. Oh…maybe negara kecil kot.