Makan Mee Kolok Pak Amit Cafe, Kuching Sarawak

Salah satu menu wajib makan kalau datang Sarawak ialah Mee Kolok. Biasalah, datang tempat orang kenalah merasa menu makanan tempatan. Contohnya kalau ke Sarawak, kena cuba menu popular diorang seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak etc.

Kelmarin, selepas selesai tugasan rasmi, kami singgah makan di Pak Amit Cafe, Kuching. Bos nak makan Mee Kolok. Kata kawan yang bawa kami tu, menu kat sini pun not bad juga

Hihi bukan apa, sebab tengok kiri kanan macam kedai nie je yang buka. Agaknya hari Sabtu/Ahad di Kuching nie banyak kedai tutup kot.

Tak payah pening-pening, kita order je Mee Kolok. Selama ini makan mee kolok kat semenanjung je.

Lain rasanya. Kuah agak sedikit & mee agak keras. Berbeza dengan mee kolok yang aku makan di Sarawak Corner, Sungai Besi KL. Agaknya inilah citarasa tempatan kot.

Kawan tempatan kata, keenakan mee kolok ini ditentukan oleh sambal kicap dan rempah supnya.

Aku plak jenis yang suka pedas dan kuah banyak. Malu segan aiiii nak minta tambah sup dan sambal kicap tu hihi. Terpaksalah habiskan macam tu je.

Kat Pak Amit Cafe ini, diorang pun ada menu ayam penyet etc yang lain. Boleh juga mencuba lain kali kalau datang oustation kat sini. Insyaallah.

Tengok gaya, macam ada banyak cawangan je cafe nie. Kawan ada di beberapa tempat seperti di Samarahan, Matang etc. Aku google tempatnya pun macam ada beberapa tempat. Tak pasti sebab info yang pelbagai.